Kehamilan

Abby Buka Buku Pink Di KK Sebab Darah Tinggi, Bakal Lahir Baby 2020

Share

Abby Abadi akhirnya bercerita tentang kehamilannya dan tekanan darah tinggi yang dialami. Dia juga Bakal melahirkan bayi pada tahun 2020.

Dalam kemaskini terbaru Instagram, pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi mengenai kehamilannya. Ia sekali gus mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Abby juga turut mengkhabarkan sudah pun berdaftar dan memulakan pemeriksaan kehamilan dan penjagaan pranatal di klinik kesihatan kerajaan.

“Cakkkk! Hehe. Sorry IG Mama tak ceria hari ni. pening kepala + mood ke laut la huhu.. Takde aktiviti menarik hari ni.

“Gi buka buku pink dekat Klinik Kesihatan *******  je tadi. Pastu gi beli brg utk isi dalam goodies beg @daiyandayana utk Majlis 30hb nanti.

Perkhidmatan baik & mesra

Abby juga turut memuji perkhidmatan dan staf di klinik berkenaan yang baik dan memberikan servis dengan mesra.

“Yang menariknya nak share: semua staff nurse di Klinik Kesihatan tadi baik-baik belaka termasuklah Dr yang merawat saya tadi.

“Mesra alam semua hehe.. Syukur.”

Alami tekanan darah tinggi

Di samping itu, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengakui ia adalah pengalaman pertama membuat pemeriksaan di klinik berkenaan memandangkan tekanan darah tinggi  yang dialami boleh memberikan risiko tinggi kepada kandungan.

“Pertama kali check up kt Klinik Kesihatan kerajaan ni, itupun sbb dah ada darah tinggi, berisiko. Tapi mcm best lah sebab dorg cek semua. Pastu paling best.

“FREE Seriuslah tak payah bayar apa-apa langsung.. Ramai-ramai pun tadi layannnn je hehe.

Anak Wawasan 2020

Abby turut memberitahu jangkaan bersalin bayi yang dikandungnya itu adalah pada tahun 2020.

“Apapun TQ tauuuu Klinik Kesihatan *******. Nanti saya datang lagi utk cek darah tinggi ye..

“Cumanya untuk record mengandung lepas ni kes Sy kena refer ke Klinik Kesihatan Gombak sebab alamat rumah termasuk ke sana.

“Doakan ye semuanya selamat & dipermudahkan. Due date? Anak Wawasan 2020 kalau jadi kenyataan.”

Para peminat mendoakan kesejahteraan Abbt dan meminta agar Abby berhati-hati pada peringkat awal kehamilan dan mengambil ubat yang diberikan.

“Moga dipermudahkan sampai Baby lahir ya . Jaga kesihatan Kena makan ubat kalau ada ubat diberi Jangan skip ubat . Sayang Dayan Dayana.” @dyanneoden

“In sya allah amin…amin..amin,tahniah utk abby dan suami,semoga abby diberi kesihatan dan kekuatan ❤️.” @mardiana_hassan

“Semoga dipermudahkan kak abby.. Jgn terlalu lasak sgt masih di awal kandungan?.” @nur_afeeyfa

Sumber: abby_abadi112 &  jaiezzany

IKLAN