“Cepatnya masa berlalu, dah setahun kamu membesar tanpa kasih ibu wahai anak-anakku.. Syukur alhamdulillah walaupun tak pernah kenal ibu, Allah itu Maha Adil kerana dikelilingi oleh ahli keluarga dan saudara-mara yang sentiasa menyayangi anak abiy”.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Itu luahan dari hati seorang bapa, Syazwan Najmi Zulkarni kepada anak kembarnya, Nur Medina Sofiya dan Nur Medina Safiya yang kisah mereka mendapat perhatian ramai pada akhir Mac tahun lepas selepas kehilangan ibu akibat daripada komplikasi ketika proses kelahiran.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Rezeki si kembar ini juga, mereka turut mendapat kunjungan dari kerabat Diraja Kelantan yang datang menziarahi Sofiya dan Safiya selepas kisah mereka tular di media sosial.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Sempena genap setahun usia Sofiya dan Safiya pada 31 Mac lalu, Syazwan Najmi telah meraikan ulang tahun kelahiran anaknya walaupun dalam hati masih terasa kehilangan isteri tercinta.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Panjangkan umur kedua-dua puteriku

IKLAN

Hanya doa yang mampu diucapkan dengan harapan anak kembarnya membesar dengan sihat dan dilindungi Allah sepanjang masa.

Happy birthday anak abiy NUR MEDINA SOFIYA dan NUR MEDINA SAFIYA. Dah genap setahun anak abiy. Tiada susunan ayat istimewa yang dapat abiy ucapkan dan hanya ucapan doa yang mampu diberikan. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah anak abiy.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Berikan kesihatan yang baik, panjangkan umur buat kedua-dua puteriku ini. Murahkan rezeki dan sentiasa diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat serta jadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga.

Bawa kakak, adik pergi kubur ibu

IKLAN

Apa yang membuatkan orang ramai tersentuh hati, apabila Syazwan Najmi membawa anak kembarnya menziarahi pusara ibu mereka. Sebagai seorang ayah muda, bukan mudah untuk membesarkan anak kembar tanpa isteri.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Tapi cara Syazwan Najmi uruskan anak-anaknya begitu teratur dan sempurna walaupun perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga. Sokongan dan bantuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak banyak memudahkan urusannya untuk membesarkan anak.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Hari ini abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun.  Awak..Sofiya dan Safiya dah pun boleh jalan.

IKLAN

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.Syukur, anak-anak kita sihat dan comel macam awak. Mudah sangat nak jaga mereka. Saya datang dengan anak-anak untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk awak. Insya-Allah saya dan anak-anak akan selalu doakan awak.

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

Saya berjanji dengan awak, selagi diberi kekuatan, anak-anak ini akan saya jaga sepenuh kasih sayang. Tiada siapa yang dapat memisahkan kasih sayang mereka berdua. 

Kredit: Mie Mie

**Nak dapatkan barangan keperluan bayi pada harga berpatutan, klik di sini

“Abiy Bawa Kakak, Adik Pergi Kubur Ibu. Anak Kita Dah Setahun, Comel Macam Awak”.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI