Nak anak kembar semua seronok, tapi bab menjaganya bukan mudah. Dalam hal ni, ibu bapa kena pandai uruskan masa dan sanggup berkorban dan bersabar sementara tunggu si kembar membesar.
Bak kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, ramai yang inginkan pasangan kembar. Tak kiralah anak kembar atau saudara kembar. Mungkin sebagai kembar ia lebih menyeronokkan.
Namun mempunyai anak kembar bukanlah satu tugas yang mudah. Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar pada satu entri bervideo di Instagramnya.
“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.
“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.
Ads
Tambahnya lagi, dia menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak lelakinya yang berupa telur dan susu, sebelum pergi bekerja dan isterinya menghantar kembar mereka ke sekolah.
“Everyone wants twins but it’s totally hard work. Double the effort, double the commitment, double trouble, double of everything including Double Joy,” tulisnya lagi.
Namun dia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.
Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: IG Dr Sheikh Muszaphar & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang mengejar untuk mendidik anak-anak supaya IQ mereka tinggi, menjadi pelajar yang cemerlang dan pintar. Namun, adakah didikan IQ anak-anak seiring dengan didikan EQ nya?
Kenapa pentingnya mendidik EQ anak-anak? Puan Wawa Shauqi berkongsi kisah dan pengalamanya kenapa mendidik EQ anak sangat penting.
Saya di sebuah restoran sedang menikmati makanan, tiba-tiba… “Kak, tepi sikit.”
Sudu yang berisi nasi goreng yang hampir sampai ke mulut, saya letak segera. Terkulat-kulat saya menarik kerusi rapat ke meja untuk beri ruang pada gadis tadi lalu.
Terpinga-pinga sekejap. Tak sempat fikir apa. Macam refleks tubuh saya akur bergerak. Dah command nya tegas begitu.
Sempat saya memandang wajahnya. Oh budak sekolah. Lembut, comel dan menawan. Langsung tak sesuai dengan gaya tegasnya meminta saya ke tepi.
Gadis tu berlalu. Wow! Terima kasih pun tak ada.
Takpe, saya cuba husnuzhon. Mungkin dia kelam kabut ke sekolah sampai tertinggal adabnya di rumah.
Memang ada ketikanya, makin ramai kita jumpa orang, makin banyak kita jumpa spesis manusia kurang beradab macam ni kan. Tapi saya rasa berterima kasih kepada gadis tersebut.
Kalau tak kerana kasarnya dia minta laluan tadi, saya tak jumpa indikator untuk mengukur tahap ilmu adab pada anak sendiri. Saya tak jumpa reminder yang buat saya rasa tertampar sebegini.
Macam kebetulan sangat insiden ni berlaku waktu saya sedang fikir nak buat artikel berkenaan EQ.
EQ tu apa? Masih ada yang belum jelas apa itu EQ. EQ atau inteligensi terhadap emosi adalah salah satu cabang kepandaian yang wajib dikuasai anak-anak.
Tanpanya, anak kita mungkin akan melakukan perkara yang sama macam gadis tadi ‘tepi’kan saya. Saya tak menolak kemungkinan dia pelajar cemerlang di sekolah. Skor IQ dia mungkin tinggi. Tapi perbuatannya tadi memungkinkan skor EQnya tidak setinggi mana.
Alah tak apelah tak ada EQ. IQ ada, dah confirm dia ada tempat belajar di IPT.
Oh, tak!
Mungkin ramai yang tidak sedar, EQ sangat penting untuk survival seseorang jadi manusia berjaya. Pelajar dengan skor EQ yang tinggi lebih mudah mengendali cabaran di sekeliling dan memotivasikan dirinya.
Kajian oleh Dr Traviss Bradberry, 90% ‘Top Performers’di dalam sesebuah institusi adalah mereka yang memiliki skor EQ yang lebih tinggi dari skor IQ. Malah mereka yang tinggi EQ berpendapatan 29 ribu dollar setahun lebih yang tinggi skor IQ.
Tanpa EQ, kita akan lihat anak-anak bijak tapi mudah putus asa. Bijak tetapi tak bijak kawal emosi. Bijak tetapi tidak ada adab. Bijak tetapi tak ada ‘common sense. Kalau dia jadi leader, dia akan jadi leader yang ‘pain in the ass’ bak kata orang jawa. Kalau dia jadi seorang kawan, dia jadi kawan yang menyakitkan hati.
Tak boleh jadi! Saya kena minta Dr Taufiq Razif siapkan cepat Kit Didik EQ Anak. Biar Kit ini bantu lebih ramai anak-anak kita memiliki skor EQ yang tinggi. Wajib grab!
Si sulong saya dah makin faham kalau nak bercakap kena tunggu orang lain habis cakap. Si nombor 2 ni pulak ni bila nampak muka saya kepenatan, pandai dah suruh saya rehat, dia tolong kemaskan mainan. Hanya selepas belajar serba sikit latihan yang ada pada Kit Didik EQ Anak ni.
Tolong doakan kami. Nak sangat tengok anak remaja generasi sekarang dengan perubahan EQ yang lebih baik pada 5 tahun akan datang.
Mohon share status ini supaya lebih ramai ibu ayah tau kepentingan EQ.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah pendidikan keluarga, perlunya ada keseimbangan dalam mendidik anak-anak. Perlu ada elemen berlawanan. Seperti lumrah hidup, panas mesti ada sejuk. Besar dan kecil. Kuat dan lemah. begitu jugalah keluarga
Anak-anak ni kalau dua-dua ibu bapa lembut hati sangat. Kurang seimbang jadinya. Kekadang mereka tidak akan takut dan terlebih manja. Tu yang tak dengar cakap, taknak dengar arahan, suruh buat itu tak mau, lambat, bertangguh, dan sebagainya. Dah mak ayahnya lembut hati.
Kalau dua-dua tegas dan garang pun tak seimbang sangat. Takut anak-anak tidak merasa tenteram pula dirumah. Berasa seperti diri tak disayangi
Tapi, kalau salah seorang samada ibu atau bapa garang dan tegas, maka akan jadi seimbang. Anak akan lebih mudah mendengar kata. Anak akan mudah mendengar kata orang yang dia takut.
Contohnya yang paling ditakuti / tegas ialah ayah, makan lebih mudah si anak mendengar kata ayah. Ibu yang lembut pula berfungsi sebagai penyejuk dan pemujuk. Dan si ibu pula boleh lah menggunakan peluang yang ada pada ketegasan si bapa kalau tak berapa nak dengar kata ibu.
Biasakan anak bertudung sejak kecil lagi mudah berbanding kita nak memaksanya bila dah besar. Walaupun tak diwajibkan lagi untuk anak kecil apa salahnya kita membiasakannya supaya mereka rasa seronok.
Tip dari Puan Nurkhomsiah Bakrim ini yang mendidik dua anak be.rtudung sejak awal sangat mudah tanpa perlu disuruh setiap kali nak keluar. Berikut antara tipnya
1 . PERSEDIAAN
– Mulakan seawal mungkin dengan sediakan tudung saiz kanak-kanak. Biasakan anak perempuan dengan pakaian sopan sejak kecil. Dunia semakin ‘sakit’ untuk kita membiarkan anak-anak kecil berpakaian seksi.
Ada masa tertentu, anak-anak keberatan untuk bertudung. Usahakan dengan gantung tudung-tudung comel mereka di dalam kereta. Dengan pujukan kasih sayang bersulam ketegasan, inshaa Allah mereka mahu juga untuk bertudung sebelum keluar dari kereta. Ini bukan paksaan. Sekadar latihan awal untuk membiasakan.
2 . PEMILIHAN
– Pilih tudung dengan design ringkas. Anak boleh pakai sendiri secara independent sepantas 5 saat. Pilih fabrik yang selesa dan tidak panas. Corak comel pada tudung dengan watak kartun popular adalah bonus untuk menarik minat anak kecil.
3. PUJIAN
– Puji usaha dan kemahuan anak-anak untuk bertudung. Bagitahu, bertudung bukan suruhan ibu bapa tetapi suruhan Allah. Reward sebenar bila buat baik datang dari Allah, bukan ibu bapa. Ceritakan tentang pahala dan Syurga. Mereka pasti teruja mendengar cerita.
Walaupun belum tahap wajib bertudung, tak salah untuk biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Bawa imej Islam ke mana-mana. Pepatah Melayu menyebut, “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
4. PERSOALAN
– Pilih soalan yang betul bila berkaitan tudung.
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak pakai tudung pink ke purple untuk pergi kenduri?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa pergi kenduri nanti?”
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak bawak dua helai ke tiga helai tudung masa travel nanti?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa travel nanti?”
5. PEMERHATIAN
– Anak-anak kecil peniru tegar orang dewasa. Melalui pemerhatian, mereka belajar dan meniru banyak perkara. Maka, ibu harus jadi role model terbaik kepada anak tentang aurat. Wajib bertudung bila ada saudara mara lelaki bukan mahram di dalam rumah. Wajib bertudung setiap kali sidai kain dan buang sampah di luar rumah. Dari pemerhatian, mereka belajar bertudung satu kewajipan bukan satu fesyen berpakaian.
6 . PERSEKOLAHAN
– Jika anak dihantar ke tadika antara umur 4-6 tahun, pastikan uniform sekolah itu lengkap bertudung. Pada peringkat permulaan, mungkin bertudung sekadar ikut peraturan. InshaaAllah.. Cepat atau lambat boleh jadi satu kebiasaan yang dibuat dengan kerelaan.
7. PERGANTUNGAN
– Kemahuan anak-anak kecil bertudung bukan kerana usaha kecil ibu bapa tetapi kerana rahmat Allah yang membuka pintu hati mereka. Maka, selitkan doa bergantung sepenuhnya kepada Allah dengan mengharap pengampunan dan pertolongan dari-Nya.
Mengapa mohon ampun?
Boleh jadi 6 usaha kecil di atas tidak berhasil kerana dosa kita sendiri.
Mengapa mohon pertolongan?
Tiada daya kekuatan melainkan atas izin Allah.
Autisme bukan lagi satu istilah yang asing dalam dunia keibubapaan hari ini. Semakin ramai ibu bapa mula sedar tentang spektrum autisme, namun masih banyak persoalan dan kekeliruan tentang apa sebenarnya yang dilalui oleh anak-anak autisme.