Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
-Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
-Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
-Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
-Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
Ads
1. Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.
2. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
3. Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Ads
Langkah pencegahan
-Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.
Ads
-Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
-Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
-Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
‘Risaunya, anak dah lama batuk tak baik-baik’ pasti keadaan ini membuatkan kita sebagai ibu bapa risau.
Menurut perkongsian Dr. Mazliana, penggunaan lemon dapat membantu meredakan batuk kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ikuti perkongsian ini.
Cari lemon bila anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Lemon bantu cairkan kahak anak.
Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.
Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan.
Kalau campur madu lagi baik (Bagi anak 2 tahun ke atas)
Bagi anak minum, paling kurang sekali sehari.
Anak yang tengah asthma, minum 2 kali sehari.
Lemon hanya untuk anak batuk kahak, umur setahun dan ke atas.
Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.
Korang cuba k. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah.
Pemakanan ibu hamil amat dititikberatkan sepanjang fasa kehamilan bagi memastikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk tubuh yang lebih sihat. Selain untuk kesihatan ibu hamil, pemakanan yang baik seperti ikan juga amat penting untuk tumbesaran dan kesihatan janin, agar bayi yang akan dilahirkan kelak mempunyai zat dan nutrisi yang mencukupi.
Pernahkah anda tertanya-tanya apakah jenis makanan yang baik untuk ibu hamil? Sebenarnya, selagi mana ia dikategorikan sebagai jenis makanan yang sihat, dan anda tidak mengambilnya secara melampau, ia adalah jenis makanan yang baik untuk ibu hamil. Pun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mempengaruhi bayi yang akan dilahirkan kelak. Ingin tahu apakah ia? Ikutinya di bawah ini.
Menurut kajian terbaharu, ibu hamil akan kurang cenderung memiliki anak yang kurang fokus sekiranya banyak makan ikan ketika hamil. Saintis juga menemukan bahawa, kadar ADHD adalah lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak yang mana ibunya dahulu mengambil banyak ikan atau produk ikan semasa sedang hamil.
Betul ke dakwaan ini?
Para penyelidik di The Barcelona Institute for Global Health telah mengkaji pengambilan diet 1,641 pasangan ibu dan anak. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa, kanak-kanak yang berumur 8 tahun mempunyai skor 16% lebih baik dalam ujian rentang penumpuan (attention span), dan ini telah dikaitkan dengan pemakanan ibunya yang mengambil 4 bahagian minyak ikan dalam seminggu.
Selain itu, bagi ibu yang memakan satu bahagian ikan setiap hari, anak remaja mereka mempunyai skor 24% lebih baik dalam ujian tersebut, berbanding remaja dengan ibu yang hanya mengambil satu bahagian ikan dalam seminggu. Risiko ADHD turut berkurang sebanyak 16%.
Ikan sumber terbaik perkembangan otak bayi
Menurut pengkaji, ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri adalah jenis ikan yang sangat bermanfaat yang boleh membantu struktur otak janin. Ini kerana jenis ikan berminyak seperti ini mengandungi asid lemak omega-3. Skor ujian rentang penumpuan ini adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, yang mana ibunya lebih gemar memilih ikan berminyak seperti salmon dan tenggiri atau ikan kurang lemak seperti ikan kod dan haddock.
Kesan yang diberikan oleh makanan laut terhadap perkembangan otak janin adalah lebih besar berbanding kanak-kanak atau ibu yang mengambil makanan laut selepas kelahiran bayi. Menurut Dr. Jordi Julvez yang merupakan pengarang utama kajian ini, perkembangan otak semasa fasa-fasa awal kehamilan adalah amat penting. Asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam jenis ikan berminyak memainkan peranan penting dalam pembentukan dan laluan antara sel semasa perkembangan otak janin berlaku.
Ambil banyak ikan putih untuk bayi anda
Walau bagaimanapun, Nichola Ludlam-Raine, pakar pemakanan yang juga ahli British Dietetic Association menyarankan agar wanita hamil mengambil jenis ikan berminyak ini tidak lebih daripada dua hidangan dalam seminggu. Beliau menggalakkan agar wanita hamil memakan jenis ikan putih atau tidak berlemak seperti ikan kod, haddock dan ikan merah kerana ia merupakan sumber protein yang baik.
Bagi suami-suami yang bakal mempunyai anak yang akan dilahirkan, galakkan isteri anda untuk memakan sumber makanan ini dengan kerap. Selain ia bertindak sebagai sumber protein yang baik, ia juga mungkin membantu anda untuk memiliki anak yang lebih fokus dan genius pada masa hadapan. Tidak hairanlah jika kita mengetahui ramai anak-anak Terengganu dikategorikan sebagai kelompok yang genius. Ini mungkin disebabkan oleh diet pemakanan mereka yang banyak bersumberkan ikan seperti ikan tuna dan tenggiri. Jom makan lauk singgang ikan bermula esok!
Selepas bersalin, pastinya kebanyakan wanita ingin mendapatkan kembali bentuk badan langsing, kan? Tapi wujudkah cara tanpa pembedahan yang boleh dicuba? Baca artikel ini.
Badan langsing idaman setiap wanita
Perubahan hormon selepas bersalin yang dialami wanita akan membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan bentuk badan sebelum mengandung.
Namun, ia memerlukan masa untuk menghilangkan kulit kendur yang ada pada bahagian perut.
Walau bagaimanapun, dengan usaha dan ketekunan, mendapatkan kembali bentuk badan langsing bukanlah sesuatu yang mustahil, wahai ibu sekalian.
Tip kembalikan badan langsing selepas bersalin
Umumnya, kaedah yang disenaraikan di bawah boleh membantu untuk memulihkan dan menegangkan kulit perut yang mengeleber dan longgar selepas bersalin.
Tetapi seperkara perlu anda ketahui, ia mungkin tidak memberikan impak yang sama pada setiap individu.
1. Pemakanan seimbang
Kulit memerlukan nutrien untuk mengekalkan keanjalannya. Oleh itu, anda perlu mengambil nutrien yang mencukupi agar kulit kekal berdaya tahan dan lembut.
Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak seimbang untuk meningkatkan keanjalan dan menegangkan kulit yang longgar.
Mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berikut juga dapat membantu mengembalikan kesihatan kulit selepas bersalin, seperti:
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, bayam, dan strawberi, mengandungi vitamin A dan C. Vitamin A dapat membantu mencegah pengeringan kulit sementara vitamin C membantu menghasilkan kolagen yang memberikan ketegangan pada kulit
Badam, biji bunga matahari, dan kacang hazel mengandungi lemak yang sihat. Ia juga mempunyai vitamin E dan antioksidan yang membantu menjaga kesihatan kulit
Oren, beri hitam, strawberi, dan raspberry mengalakkan pengeluaran kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. Sayuran seperti daun salad, bayam, tomato, brokoli, lobak, ubi bit, dan lada benggala juga merupakan sumber kolagen yang baik
Makanan tinggi kandungan zink, termasuk biji labu, kacang buncis, kacang gajus, dan cendawan, juga dapat membantu menegangkan kulit
Makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kekacang, susu soya, taugeh, dan quinoa juga boleh membantu menegangkan otot
2. Aktiviti fizikal
Bersenam dapat menegangkan kulit yang kendur dengan menguatkan otot perut.
Aktiviti ini juga membantu menurunkan berat badan berlebihan, mengencangkan otot perut, membentuk semula tubuh dan mengembalikan badan langsing anda.
Bersenam juga melancarkan peredaran darah, yang meningkatkan bekalan oksigen ke tisu dan membantu meningkatkan kolagen dan elastin – protein matriks ekstraselular yang memberikan keanjalan serta ketahanan terhadap tisu.
Rutin senaman boleh merangkumi:
Senaman kardio yang membantu menguatkan otot perut dengan membakar lemak berlebihan
Senaman kekuatan untuk menguatkan dan menegangkan otot, yang membantu meningkatkan keanjalan kulit
Tambahkan variasi dalam senaman anda dengan memulakan latihan kardio atau kekuatan. Jangan lupa untuk melakukan aktiviti pemanasan badan dan regangan sebelum memulakan senaman.
3. Teknik pernafasan
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan biarkan udara memenuhi paru-paru. Hembuskan perlahan-lahan melalui mulut untuk mengosongkan paru-paru.
Latihan pembesaran dan pengecutan perut melalui pernafasan juga boleh berfungsi untuk menegangkan kulit yang longgar. Ia akan membantu mencapai badan langsing idaman anda.
4. Penjagaan minda
Jangan berputus asa sekiranya anda tidak dapat kembali kurus selepas bersalin.
Ia memerlukan masa dan anda perlu memastikan minda berada dalam keadaan sihat dan fokus.
Amalkan teknik pernafasan mendalam dan meditasi
Dengarkan muzik kegemaran anda
Bermain dengan si manja
Lakukan aktiviti luar seperti berkebun
Manfaatkan waktu tidur bayi untuk mendapatkan tidur siang. Kajian menyatakan ibu baharu yang tidur malam kurang daripada 5 jam akan mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Bahkan, mereka cenderung berdepan kenaikan berat badan
Menumpukan kepada kesihatan emosi dan mental akan menyumbang kepada kesejahteraan fizikal yang penting untuk mendapatkan badan langsing.
5. Minum air
Kekal hidrat memberi kesan dan mengekalkan keanjalan kulit. Pastikan anda minum air dengan kerap sepanjang hari.
Tabiat anda itu akan membantu mengurangkan pengekalan air dan membakar kalori, yang menjadikan kulit longgar kurang kelihatan.
Menggunakan pelembap juga menyumbang kepada proses keanjalan kulit.
6. Penyusuan eksklusif si manja
Penyusuan susu ibu sangat bermanfaat sama ada kepada ibu mahupun bayi.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu dapat membantu ibu baru kehilangan beberapa kalori tambahan sehari.
Ini sudah pasti dapat mempercepatkan proses untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan.
7. Proses pengelupasan kulit
Pengelupasan akan mendorong pertumbuhan kulit baharu yang lebih sihat dan anjal.
Ia juga meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk penghasilkan kulit baharu serta meningkatkan keanjalan.
Anda boleh gunakan loofah atau span mandian untuk menggosok bahagian perut semasa mandi.
8. Balutan badan di spa
Untuk mendapatkan badan langsing dan mengembalikan keanjalan kulit, anda juga boleh melakukan balutan badan di spa. Namun, hasil yang diperolehi lebih bersifat sementara.
Balutan yang dilakukan di spa mengandungi garam laut, tanah liat, atau minyak berkhasiat. Kesemua bahan-bahan tersebut dapat menyahtoksin kulit dan membantu menegangkannya.
9. Mengurut badan
Mendapatkan urutan perut dapat melancarkan peredaran darah.
Walau bagaimanapun, periksa dengan doktor sebelum memasukkannya ke dalam rutin harian anda selepas bersalin.
Anda boleh menggunakan minyak zaitun untuk menggosok perut kerana minyak tersebut mengandungi fungsi antioksidan.
Teruskan mencuba
Usah berasa bimbang jika anda tidak dapat menyingkirkan kulit kendur walaupun selepas aktif dan mengamalkan pemakanan seimbang.
Teruskan usaha untuk mendapatkan badan langsing dan jangan berputus asa. Anda pasti dapat mencapainya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Terkini, Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson kelihatan memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya. Kelihatan hanya sebuah video buat tatapan umum.Dalam video pendek...