Kehamilan

“Ada Cara Tak Nak Selamatkan Anak Kembar Dari Gugur?” Aliff Syukri Minta Doa Kandungan Isteri Selamat

Share

Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi akaun instagramnya semalam memberitahu bahawa isterinya Datin Seri Shahida sedang hamil bayi kembar namun dia meminta doa ramai agar kandungan isterinya selamat.

Aliff Syukri memuatnaik sebuah rakaman di instagram menunjukkan Shahida sedang terlantar di hospital akibat pendarahan teruk yang dialaminya. Dia menjelaskan kenapa pendarahan tersebut berlaku.

tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat…Dugaan 2 ramadhan
. . .
sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??….

Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan, doa kalian amat saya hargai..

Aliff Syukri dan Shahida mendirikan rumahtangga hampir 12 tahun telah dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, Ammar Ahyan 11 tahun, Ibraheem Adham 7 tahun, Yusoff Alqardawi  9 bulan, dan seorang cahaya mata perempuan, Qadejah El Zahra 9 tahun.

Malah mereka turut mengambil anak angkat perempuan iaitu Ameena yang sudah pun mencecah umur 1 tahun 3 bulan.

Rata-rata netizen terkejut dan gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Mereka turut mendoakan kesihatan Datin dan bayi yang dikandungnya. 

Wahhhh

Ya Allah Semoga Selamat Semuanya Ida and Shukri

Tahniah Dato Dan Datin

Semoga Datin Sihat

Semoga Kandungan Datin Baik2 Dan Dilindungi Allah

Sumber: Aliff Syukri

 

 

IKLAN