Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan manakala 15 lagi rakan berusia 7 hingga 12 tahun cedera ringan apabila van sekolah yang dinaiki terbalik dekat Padang Temusu, Tikam Batu, Sungai Petani, pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pemandu van berusia 50-an (lelaki) cedera ringan di bahagian kepala.
Menurutnya, maklumat awal mendapati kemalangan jam 7.40 pagi itu melibatkan sebuah van sekolah yang dalam perjalanan menghantar murid ke sekolah telah terbabas dengan sendiri ke dalam parit di bahu jalan.
Ads
“Apabila sampai di lokasi, terdapat sebuah van sekolah terbalik dan 17 mangsa yang terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan serta seorang pemandu van.
“Tiada yang tersepit dalam van berkenaan dan semua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kantin sekolah jual mi segera pada hari pertama persekolahan mencetuskan rasa kecewa seorang ibu apabila mendapati anaknya terdedah kepada makanan segera seawal memasuki alam sekolah rendah. Situasi ini sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek pemakanan kanak-kanak yang sepatutnya lebih terjaga pada peringkat awal tumbesaran.
Menerusi perkongsian di media sosial, ibu berkenaan mengakui dia tidak melarang sepenuhnya anak mengambil mi segera di rumah dan hanya membenarkannya sekali-sekala. Namun, keadaan menjadi lebih merisaukan apabila makanan itu turut dijual di kantin sekolah, menjadikan kawalan pemakanan anak semakin mencabar buat ibu bapa.
Menurut ibu tersebut, penjualan mi segera di kantin sekolah meletakkan ibu bapa dalam keadaan serba salah. Wang saku perlu diberikan kepada anak untuk keperluan penting seperti membeli alat tulis atau makanan ringan, namun pada masa sama wang tersebut boleh digunakan anak untuk membeli makanan kurang sihat.
“Tak bagi anak makan mi segera dekat rumah, tapi dekat kantin sekolah pula jual. Ini kalau bawa bekal pun belum tentu dia tak beli. Kalau tak bagi duit, susah pula nak beli barang penting atau kuih,” luah si ibu dalam perkongsiannya.
Lebih mengejutkan, ibu itu turut berkongsi pengalaman hari pertama persekolahan anaknya yang baru memasuki Darjah 1 apabila anak pulang ke rumah dan memberitahu sudah makan mi segera di sekolah, sekali gus menguatkan lagi kebimbangannya.
Perkongsian mengenai kantin sekolah jual mi segera itu nyata mengundang reaksi ramai warganet, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang pernah melalui situasi sama. Ada yang berkongsi pengalaman anak mereka yang mula terdedah kepada mi segera sejak awal alam persekolahan.
“Hari pertama sekolah, bila balik saya tanya makan apa. Dia jawab makan mi segera letak telur. Sama macam kakak dia dulu Darjah 1. Hari-hari makan mi segera dekat sekolah. Akhirnya dekat rumah memang tak bagi makan sebab dekat sekolah dah makan hari-hari,” kongsi seorang ibu.
Rata-rata ibu bapa mengakui walaupun mereka berusaha menyediakan bekal dari rumah, kawalan sepenuhnya sukar dilakukan apabila anak mempunyai pilihan lain di sekolah.
Ramai berpandangan isu kantin sekolah jual mi segera tidak seharusnya dipandang ringan. Mi segera sering dikaitkan dengan kandungan garam yang tinggi serta nilai nutrisi yang rendah, terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Pemakanan di sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat makan anak-anak. Apa yang mereka pilih dan biasakan sejak kecil berpotensi memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan, tahap tenaga, serta gaya hidup mereka apabila dewasa kelak.
Dalam masa sama, terdapat juga pandangan lebih seimbang daripada segelintir pengguna media sosial yang memahami kekangan dihadapi pengusaha kantin. Faktor kemudahan penyediaan, kos bahan mentah serta permintaan tinggi dalam kalangan murid antara sebab utama makanan segera menjadi pilihan.
Namun begitu, ramai ibu bapa berharap agar pihak sekolah dan pengusaha kantin dapat mencari jalan tengah dengan menyediakan lebih banyak pilihan makanan sihat yang ringkas dan berpatutan, tanpa menjejaskan kesihatan murid.
Isu kantin sekolah jual mi segera bukanlah perkara baharu, namun ia terus mencetuskan perbincangan setiap kali dibangkitkan. Situasi ini jelas menggambarkan keprihatinan ibu bapa terhadap pemakanan anak-anak, selain menuntut kerjasama semua pihak dalam memastikan persekitaran sekolah menyokong pembesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan seimbang.
Pelakon, Jozlynn memuat naik insta story kenangan setahun yang lepas ketika dia sedang berbasikal di sekitar Kuala lumpur.
(Followers Pa&Ma nak dapatkan barangan yang comel-comel untuk anak boleh klik SINI)
Namun video tersebut disalah ertikan oleh sesetengah warga maya yang terlalu mengambil berat kerana menyangka Jozlynn melakukan aktiviti berbasikal ketika ini sedangkan dia masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keenam awal September yang lalu.
Terpanggil untuk memperbetulkan keadaan, Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak menjelaskan bahawa video tersebut sebenarnya dikongsi kembali setelah setahun dan sememangnya kepsyen yang ditulis juga jelas menyatakan video tersebut diambil setahun yang lalu.
“Sangat prihatin rakyat Malaysia.. di video basikal tu pun dah ada ayat baru semalam kayuh tahu-tahu dah setahun.. bermaksud video dah setahun”
“Maksud ayat sebulan tu, dalam tempoh belajar kayuh tak sampai sebulan dah mendaki bukit-bukit tinggi”
Tambahnya lagi, dia masih dalam tempoh berpantang hari ke 18 dan tidak terfikir untuk kayuh basikal dalam keadaan seperti ini.
“Saya ni baru je pantang 18hari, tak sampai sebulan lagi. Nak kayuh apanya.. dengan kepala berpilis, perut berbarut 20 meter panjang, ada ketika masih berkain batik, mana maunya kayuh”
Walaupun Jozlynn dan Johan sudah menimang cahaya mata ke-6, namun dia masih lagi tahu menjaga diri.
“InsyaAllah sekalipun anak dah masuk 6, saya masih tahu menjaga diri.”
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada yang mengambil berat namun sempat menasihati supaya warga maya bersangka baik sebelum mengeluarkan pendapat.
“Anyway terima kasih pada yang ambil berat dan pada yang tak tahu situasi, belajar husnuzon ye”
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati menyambut kelahiran cahaya mata keenam mereka pada awal september lalu namun masih belum mendedahkan identiti bayinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Hampir 5 bulan pemergian isteri akibat komplikasi melahirkan bayi kembar, nampaknya rezeki buat si ayah ini semakin dipermudahkan Allah. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, namun bayi kembar perempuan ini bertuah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang cukup menyayangi mereka sepenuh hati.
Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.
Kisah bapa tunggal, Syazwan Najmi Zulkarni, 23, yang cekal membesarkan bayi kembar perempuannya menjadi inspirasi ramai walaupun masih muda dan tiada kepakaran menguruskan bayi.
Nampak kepuasan diwajahnya melihat anak kembarnya membesar dengan sihat dan sentiasa dikelilingi ahli keluarga yang tak putus memberi sokongan padanya.
Yang paling buatkan ramai sebak, semakin besar, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.
Terkini, Syazwan yang menetap di Tumpat, Kelantan itu memohon orang ramai memberi sokongan terhadap perniagaan tudung yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui jenama Medina Scarff.
Harap terus dapat sokongan
Setakat ini, akaun Instagram jenama Medina Scarf itu telah memiliki hampir 5,000 pengikut walaupun produknya belum dilancarkan secara rasmi lagi.
Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.
Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.
Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!