Bila ditanya, waktu bila penghidap ekzema gatal, ramai yang akan berkata, waktu hendak tidur, waktu lapar dan waktu marah.
Berdasarkan perkongsian Dr Suriyakhatun, ketiga-tiga keadaan ini melibatkan emosi. Semasa nak tidur, tumpuan beralih kepada diri dan emosi diri, bila lapar sudah tentu rasa kurang enak dan bila marah emosi sedang meradang dan kulit juga akan meradang.
Ini antara sebab saya telah mengajar pengidap ekzema dan ibu-bapa penghidap ekzema untuk tangani emosi diri dengan baik. Penyakit ini kadangkala amat mencabar dan sering juga penghidap dan penjaga menjadi buntu, putus asa dan menjadi murung sebab ekzema sering berulang dan berpusing-pusing seolah tanpa kesudahan.
Inilah antara sebab kumpulan sokongan menjadi sumber inspirasi dan memberi semangat kepada pengidap dan penjaga pesakit ekzema.
Anak dan bayi yang ekzema perlu dilayan dan dibelai dan juga perlu ditangani supaya tidak mengalami stres. Jangan sekali ibu-bapa paksa anak makan atau minum. Jangan juga di ikat dan dibedung kecuali dengan cara yang tidak menghalang pergerakan anak itu sepenuhnya.
Ads
Memang saya tahu kadangkala apabila ekzema tengah teruk dan anak boleh mengaru sehingga berdarah, ibu akan rasa tidak ada pilihan selain dari mengikat tangan anak.
Namun demikian sebenarnya jika rawatan terhadap punca ekzema telah dijalankan dengan baik dan ubat yang paling tepat telah diberi, sebarang aktiviti mengaru tidak akan melecetkan kulit lagi.
Ads
Saya selalu mendapat aduan, “Kulit anak saya sudah mula baik tapi gatalnya masih kuat, cuma bila dia garu sudah tidak melecet.” Jawapan saya adalah bahawa gatal adalah yang paling akhir untuk pulih dan emosi main peranan penting dalam menyembuhkan gatal.
Antara teknik yang saya ajar berkenaan emosi adalah ‘emotional freedom technique’ dan zikir sebagai cara untuk mendatangkan ketenangan dan keamanan di dalam jiwa pengidap dan penjaga pesakit ekzema.
Ads
Emosi penjaga amat berpengaruh kepada penghidap ekzema dan sebarang ketegangan di antara ahli keluarga dalam rumah akan menjejaskan pesakit ekzema.
Emosi jugalah yang menyebabkan ‘flare” atau radang apabila pesakit ekzema menghadapi stres peperiksaan atau perkara-perkara yang menekan emosinya.
Mempunyai anak autisme juga merupakan satu anugerah terindah. Dengan itu, kita diajar menjadi ibu ayah yang lebih tabah dan sentiasa positif serta bersabar dengan kerenah anak yang macam-macam. Dengan cara yang betul, kita dapat tackle anak autisme ini untuk menjadi individu yang berjaya dan berpotensi tinggi.
Ikuti perkongsian panduan oleh salah seorang Terapis Carakerja di Excel Qhalif Playgroup Xtra. Semoga menjadi panduan buat ibu bapa dan guru-guru mengendalikan anak-anak istimewa ini.
Kesedaran Tentang Autisme Sudah Semakin Meluas
Sebagai seorang guru dan terapis kepada kanak-kanak autism, saya berasa sangat bangga sekiranya apabila saya berbual-bual dengan sesiapa mengenai skop kerjaya saya dan mereka mengetahui tentang autism.
Ini bermaksud kesedaran mengenai autism sudah semakin meluas di Malaysia, alhamdulillah. Ini adalah satu petanda yang sangat baik dan insyaAllah sekiranya semakin meluas kesedaran, semakin luas juga penerimaan masyarakat terhadap anak-anak istimewa ini.
“Autisme tu yang selalu kepak-kepakkan tangan tu kan?”
“Kanak-kanak autism ni kan selalu tantrum…”
“Dekat sekolah anak saya pun ada kanak-kanak autism ni,.. anak saya cerita diorang suka susun-susun barang..”
“Diorang kan hebat main puzzle..”
Begitulah antara dialog-dialog biasa yang saya dengar dari perspektif mereka yang mengetahui autism dengan hanya mengenal seorang dua individu autism ataupun yang mengenal autism daripada pembacaan dan tidak kurang juga yang mengetahuinya daripada drama dan movie.
Well, walaupun isi dalam perbualan itu benar semuanya, tapi boleh juga saya katakan isi perbualan itu juga adalah stereotaip atau generalize tentang kanak-kanak autism. Namun, saya tidak salahkan mereka apabila memandang individu autism dari satu-satu sudut sahaja, kerana dulu saya juga begitu, dan kerana autism yang dihebah-hebahkan di bahan bacaan, di drama dan di movie juga begitu.
Anak Austime Ada Karakteristik Mereka Tersendiri
Tetapi alangkah bagusnya jika kita semua mengetahui, bahawa individu autism juga mempunyai karakteristik mereka tersendiri, mereka juga ada individualiti mereka tersendiri, sama seperti kita yang tipikal. Jika ada antara kita yang mempunyai minat mengumpul setem, sebahagian daripada mereka pula minat menyusun barang.
Well said, menyusun barang itu adalah minat bagi mereka, bukanlah menyusun barang itu yang menjadikan mereka autism – ini yang saya maksudkan sebagai stereotaip pada autism (dan bukan semua individu autism minat menyusun barang, ya!)
Tantrum Kerana Tak Dapat Ekspresi Dengan Perkataan
Jika kita meninggikan suara dan mengerutkan kening apabila kita marah, kanak-kanak autism pula yang biasa dilihat tantrum seperti berguling-guling di lantai atau menghantuk-hantukkan kepala apabila marah.
Mereka tantrum bukan kerana mereka autism, mereka tantrum kerana mereka marah, tetapi tidak dapat mengekspresikannya dengan menggunakan perkataan dan meninggikan suara seperti kita (kerana limitasi mereka dalam komunikasi).
Bukan semua kanak-kanak autism hebat main puzzle, bukan semua juga suka susun barang. Jangan expect semua individu autism genius, jangan anggap semua individu autism juga lemah dalam komunikasi. Mereka juga sama seperti kita, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Macam Mana Nak Kendalikan Anak Autisme?
Tidak dinafikan individu autism adalah individu yang istimewa, namun bukan bermaksud mereka sentiasa perlukan layanan yang istimewa, tetapi apa yang mereka perlukan adalah cara didikan yang lebih istimewa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autism, cuba layan anak autism anda sama seperti anak-anak anda yang lain.
Sekiranya anak lain seawal usia tiga atau empat tahun sudah kita didik untuk memakai baju sendiri, makan menggunakan sudu sendiri, ‘toilet training’, menyimpan barang mainan mereka sendiri misalnya.
Anak autism juga sudah boleh dilatih seawal itu, bezanya mungkin teknik didikan dan tempoh masa yang akan mereka ambil untuk dilatih sehingga mahir berdikari adalah lebih lama berbanding kanak-kanak biasa.
Jika anak lain kita tegur dan denda apabila mereka melakukan kesalahan, kita puji dan beri hadiah jika mereka mendapat sesuatu pencapaian, anak autism juga layak menerima teguran dan denda, pujian dan hadiah, sedikit bezanya adalah cara pelaksanaannya.
Individu autism juga terkenal dengan ‘berada dalam dunia mereka sendiri’. Sebagai ibu bapa, terapis, dan guru, kita sibuk memikirkan bagaimana rawatan atau cara untuk ‘mengeluarkan’ mereka dari ‘dunia’ mereka dan ‘memasukkan’ mereka ke ‘dunia’ kita.
Cuba Masuk Ke ‘Dunia’ Anak
Apa kata kadang-kala kita tukar cara fikir : “Apa kata aku cuba masuk ke dunia dia”. Cuba letakkan sudut pandang kita pada sudut pandang mereka. Cuba tempatkan hati kita dalam dada mereka. Walaupun mungkin kita tidak akan faham sepenuhnya, insyaAllah akan terbuka sedikit jalan untuk kita memahami mereka secara individunya mereka, bukan hanya sekadar autism nya mereka.
Jadi bagi ibu bapa, guru-guru, terapis-terapis, dan masyarakat umum juga, apa yang penting bagi kita, selain daripada mempunyai kesedaran mengenai autism, penting juga untuk kita mengenali dan menghormati kanak-kanak atau individu autism secara individualiti mereka.
Memang benar kadang-kala mereka ini kelihatan sama, berkongsi ciri-ciri yang sama, tetapi mereka juga ada kelainan, kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain. Semoga dengan keterbukaan kita untuk memahami mereka, akan membuka lebih lagi ruang dan peluang untuk masa depan mereka yang lebih baik, insyaAllah.
Kanak-kanak kinestetik akan sentiasa bergerak bebas dan tidak terikat dengan aktiviti setempat tanpa sebarang pergerakan. Selain itu, mereka mempunyai banyak kekuatan yang akan membantu mencapai kejayaan dalam proses perkembangan dan pembelajaran.
Bagi ibu bapa, anda jangan risau kerana anak dalam kategori ini adalah seorang penguji yang baik, aktif bersukan, mempunyai prestasi baik dalam seni dan drama serta mempunyai tahap tenaga yang tinggi.
Seperti perkongsian Puan Alina Adenan, ibu bapa dan orang ramai perlu faham terlebih dahulu personaliti anak kinestetik agar tak sewenang-wenangnya labelkan mereka nakal.
Betul ke anak jenis kinestatik ni tak boleh cakap NO?
“Alisya, duduk laa kejap. Tak penat-penat ke?”
Dialog Alina hari-hari rasanya dekat anak bertuah sorang ni. Sejak tau dia jenis kinestatik, jenis cepat je tangkap semua yang mama cakap, memang banyak betul tahan mulut.
Memang istighfar dan jerit ‘anakkkkk bertuahhhhhhhhhhh’ kalau dia sel-sel otak dia berhubung tu.
– dia melompat – dia berlari, memanjat – dia buat macam-macam experiment – dia cuba segala benda yang mama ayah cakap ‘NO’
Selagi tak kena marah, memang tak reti duduk diam langsung. Tapi nanti dia buat muka sedih, kita pulak kesian. Nanti pandai pulak tu datang peluk kita cakap sorry, sayang mama ayah.
Tapi 5 minit jela. Lepas tu dia sambung balik. Tapi tulaa. Salah sebenarnya suruh anak kinestatik ni duduk diam.
Sebab anak kinestatik ni memang Allah dah jadikan otak dan badan dia sehati sejiwa. Dia belajar dengan bergerak bebas dan belajar dengan tubuh badan mereka.
Hanya dengan bergerak sahaja, baru anak rasa hidup. Kalau kita suruh dia duduk diam, memang dia mati akal punya.
Anak kinestatik tak boleh di kongkong sangat apa yang dia boleh & tak boleh buat sebaliknya kita kena bagi kelongkaran untuk dia buat apa sahaja.
Asalkan ada pantauan orang dewasa dan kena kawal. Bagi buat benda-benda mencabar dan bahaya bukan bermakna kita biar. Kena limitkan jugak kadang tu.
Kurangkan kata, – tak/no – tak boleh – jangan
Tapi banyakkan kata, – jom buat macam ni. – hati hati – Kalau panjat, kena pegang dekat sini
Bantu mereka explore dengan cara selamat instead of terus sekat dan larang. Semoga ibu ayah yang ada anak kinestatik ni dikurniakan kesabaran tertinggi.
Risau bila anak lambat bercakap, macam-macam benda dibuat sebagai usaha untuk si kecil dapat bertutur sesuai perkembangan usia. Nak lagi efektif, kena pastikan 3 tumpuan atau fokus anak ini ada untuk bantu mereka bercakap dengan baik.
3 Jenis Tumpuan Untuk Anak Belajar Bercakap
Anak ada masalah nak fokus? Anak asyik berlari je bila buat main bersama-sama?
Kenapa jadi macam ni eh? Apa nak buat?
Attention / fokus / tumpuan bukan hanya dilihat kepada kebolehan anak untuk duduk dan siapkan task je..
Tapi juga kebolehan anak untuk respon pada rangsangan-rangsangan yang ada di sekeliling mereka..
Untuk bercakap, anak-anak perlu ada tiga jenis tumpuan ni untuk membolehkan mereka mudah menerima apa yang kita ajar/ apa bahasa yang sedang kita beri kepada mereka..
Jika anak ada masalah pada attention cepat-cepat dapatkan penilaian dan rawatan ya.. sebab ianya boleh menganggu proses anak belajar bercakap dan perkembangan yang lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...