Ada Sebabnya Mengapa Anak Tak Boleh Selalu Ambil Makanan Bergula, Beri Kesan Pada Memori Anak!

Share

Ada sebabnya mengapa gula dan garam dilarang pengambilannya dalam kuantiti yang banyak pada anak-anak kecil kita. Minuman dan makanan manis seperti aiskrim dan sebagainya elakkan diambil setiap minggu.

Melalui kajian, gula khususnya dikatakan menjadi penyebab anak mudah lupa jika diambil berlebihan. Jadi kurangkan dalam kuantiti makanan anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.

Anak akan cepat lupa bila selalu ambil makanan tinggi gula. Ini kajian dari Universiti Southen California.

Gula kacau metabolisma badan.
Gula lembapkan fungsi otak.
Gula rosakkan aktiviti otak.
Gula tingkatkan rintangan insulin.
Gula kacau bilaukan mood anak.
Gula juga buatkan anak ketagih.

Kandungan pertama pada kebanyakan aiskrim adalah gula. Korang boleh tengok label dalam gambar yang saya share tau.

Sebab tu anak selalu ketagih makan aiskrim. Walau sekali je anak cuba, mesti dia akan ingat rasa sedap aiskrim tu, sampai bila-bila pun dia akan suka mintak nak makan aiskrim.

Aiskrim ni makanan ultra processed. Selain kandungan gula yang tinggi dan tak sesuai untuk anak, ada banyak lagi kandungan lain yang boleh bebankan kesihatan anak.

Perisa tiruan.
Pewarna tiruan.
Maltodekstrin.
Pengawet.
Aditif.

Sekali sekala, mungkin takde masalah. Cuma bukan untuk untuk jadi makanan anak secara mingguan. Setiap hari memang tak boleh.

Kita cuba sama-sama ya, kurangkan semampu mungkin makanan ultra processed dari anak-anak. Banyakkan real food untuk anak ambil.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN