Setiap ibu pasti mengharapkan anak yang lahir itu sihat. Namun sebaliknya berlaku pada seorang ibu ini apabila bayi yang dilahirkannya mempunyai tanda lahir yang agak besar. Walaupun ia bukanlah kecacatan fizikal namun tanda lahir itu ‘hidup’.

Perkongsian dari seorang ibu, Puan Intan Ku Shakina Abu Bakar mengenai kisah anaknya, Mohamad Fahim Naufal yang kini berusia 2 tahun mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu yang mengalami nasib sama.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

Tanda lahir tepi pipi

Saya nak cerita pengalaman saya masa baru-baru dapat tahu dia lahir. Masa mula-mula anak saya lahir doktor seolah-olah rasa serba salah untuk beritahu yang bayi saya ni ada birthmark di bahagian muka dan saiznya juga besar.

Kebetulan saya czer dan waktu itu masih mamai-mamai lagi. Cuma dalam keadaan mamai tu, dengarlah jururawat cakap ‘ehh ada tanda lahir la kat baby ni’. Masa tu saya abaikan je.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

Bila dah selesai semua, bayi dijaga sementara oleh jururawat dan barulah doktor beritahu hal sebenar. Apabila dibenarkan untuk melihat bayi, terus terdetik dalam hati, ‘comelnya tapi ada tanda lahir pula.’

Masa tu Allah je tahu perasaan saya. Saya mula fikir macam-macam bila anak besar nanti mesti ada orang ejek dan tak mahu berkawan dengannya. Dah terbayang jika anak balik sekolah menagadu orang ejek mesti secara tak langsung dia pun akan malu.

IKLAN

Sampai macam tu sekali saya fikir. Yelah hati dan perasaan seorang ibu ini kalau boleh tak mahu apa-apa berlaku pada anak.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

Orang tengok pelik

Bila bawa anak keluar jalan-jalan, pasti orang akan tengok dengan pandangan yang pelik. Cumanya yang saya perasan apabila dia semakin membesar, tanda itu semakin membesar. Itu yang lagi buat saya susah hati.

Masa tu rasa kena buat sesuatu dan terus terdetik nak jumpa dengan pakar pediatrik. Ini kerana tanda lahir anak tu tak boleh kena cuaca panas kerana mesti akan kering dan jadi berkuping.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

IKLAN

Bila dah jumpa pakar, pihak mereka cadangkan untuk berjumpa dengan pakar pembedahan plastik dan terus bersetuju. Masa tu usia bayi dalam 7 bulan. Bila rujuk ke pakar pembedahan plastik dan pihak doktor tengok, mereka cakap boleh buang dan bertanya kenapa tak jumpa dari awal lagi.

Dah buat 4 kali pembedahan

Mungkin juga sebab tak ada pengalaman dan tak tahu pun sebenarnya boleh dirawat dengan cepat. Kini selepas 4 kali menjalani pembedahan, hasilnya cukup melegakan hati kerana nampak perkembangannya yang semakin positif dan tanda lahirnya makin mengecil.

Selepas ni Naufal hanya perlu menjalani sekali lagi pembedahan terakhir untuk membuang sisa tanda lahirnya.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

Ada segelintir pihak melarang saya membuang tanda lahir anak atas alasan mengubah ciptaan Allah. Tapi saya tetap berkeras juga nak buang kerana tak mahu anak terus malu bila besar nanti. Semua ni untuk masa depannya.

IKLAN

Fokus pada kesan jahitan dan menghilangkan parut

Anak saya ni dikira bertuah kerana setiap kali pembedahan, semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang komplikasi.

Ada Tanda Lahir, Mama Bukan Nak Ubah Ciptaan Allah. Selepas 4 Kali Operate, Alhamdulillah!

Cuma selepas ini saya akan fokuskan untuk penjagaan kesan jahitan dan menghilangkan parut yang ada di kawasan tanda lahir itu. Buat masa ini saya menggunakan krim khas untuk menghilangkan parut. Moga dengan cara ini, Naufal dapat membesar dengan baik seperti rakan sebayanya.

Sumber: Mss Eina

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI