Adab Jadi Tetamu, Diaper Anak Jangan Main Buang. Bungkus & Ikat

Share

Bila raya menjelma, ramai yang akan saling mengunjungi saudara mara dan sahabat handai. Bagi yang mempunyai anak kecil masih berlampin, ada perkara yang perlu dititikberatkan.

10 hari lagi Syawal bakal tiba. Dalam menyambut hari istimewa ini, mungkin ramai yang terlepas pandang bab membuang lampin anak ketika bertamu ke rumah orang. Nampak kecil tapi impaknya cukup besar, boleh membuatkan udara persekitaran lebih selesa dihirup dan tuan rumah pun lega.

Perkongsian ibu ini wajar dijadian panduan kepada ibu bapa lain yang mempunyai bayi dan anak kecil.

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang

Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.

Diitakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangatt tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. ummi dah lupa zayd makan apa.

Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.

Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah gilerrr. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan​.

Lama pandang tong sampah

Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?

Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang otw balik rumah.

Sentiasa bawa plastik

Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap2, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.

Kita tak tahu, bolehjadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. kita taknak orang mengata buruk pasal kita. ini bukan pasal betul atau salah.

Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.

Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.

Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.

Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.

Sumber: Fadzielah Ayub

IKLAN