Ads

Adab Melawat Ibu Bersalin, Ini Nasihat Doktor 10 Perkara Penting Elak Bayi Sakit

Kelahiran seorang bayi sememangnya membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga dan rakan terdekat. Apabila mendapat berita seseorang yang kita kenali baru sahaja melahirkan anak, pasti ramai yang teruja untuk datang menziarah dan melihat si kecil.

Namun, dalam kegembiraan itu, adab melawat ibu bersalin juga perlu dijaga. Ibu masih dalam proses pemulihan, manakala bayi yang baru lahir pula masih memerlukan penjagaan dan perlindungan yang rapi.

Sebagai pelawat, perkara yang dianggap kecil seperti mencium bayi, menyentuhnya tanpa izin, datang ketika tidak sihat atau berada terlalu lama di rumah ibu berpantang boleh memberi kesan kepada keselesaan ibu dan bayi.

Justeru, perkongsian daripada Dr Zubaidi ini wajar dijadikan panduan dan kesedaran kepada orang ramai sebelum datang menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.

Adab Melawat Ibu Bersalin, Baca Ini Dulu

Adab Melawat Ibu Bersalin, Ini Nasihat Doktor 10 Perkara Penting Elak Bayi Sakit

Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.

Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.

Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.

Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Ads

Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan supaya menjaga perkara berikut:

1. Jangan Cium Bayi

Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.

2. Jangan Sentuh Bayi Sesuka Hati

Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?

3. Tak Sihat, Tak Perlulah Datang Melawat

Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.

4. Jangan Lama-Lama Bila Melawat

Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 minit sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.

Menjaga adab melawat ibu bersalin juga bermaksud memahami bahawa ibu mungkin kepenatan dan memerlukan masa untuk berehat, menyusukan bayi serta menguruskan dirinya sendiri.

5. Beritahu Sebelum Ingin Datang

Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.

6. Cuci Tangan Sebelum Mendekati Bayi

Adab Melawat Ibu Bersalin, Ini Nasihat Doktor 10 Perkara Penting Elak Bayi Sakit

Ads

Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyakan jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.

7. Jauhkan Komen Yang Tidak Sedap Didengar

Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.

Dalam menjaga adab melawat ibu bersalin, perasaan ibu juga perlu diberi perhatian. Kunjungan sepatutnya membuatkan ibu rasa dihargai dan disokong, bukannya menyebabkan dia semakin tertekan.

8. Elakkan Wangi-Wangian Yang Menyengat

Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

9. Jangan Kejutkan Bayi Yang Sedang Tidur

Jangan kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama, sekitar 12-14 jam.

10. Hulurkan Sumbangan dan Doakan Bayi

Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Ads

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Adab Melawat Ibu Bersalin Bukan Bermaksud Menghalang Ziarah

Adab Melawat Ibu Bersalin, Ini Nasihat Doktor 10 Perkara Penting Elak Bayi Sakit

Perkongsian ini bukan untuk menghalang orang ramai daripada menziarahi ibu dan bayi, tetapi sebagai peringatan supaya kita lebih berhati-hati dan menghormati keadaan mereka.

Kita mungkin datang dengan niat yang baik, tetapi biarlah kunjungan itu benar-benar membawa kegembiraan, bukan menambah kepenatan kepada ibu atau memberi risiko kepada bayi.

Dengan menjaga adab melawat ibu bersalin, kita bukan sahaja menghormati ruang dan keadaan ibu yang sedang dalam proses pemulihan, malah turut membantu menjaga persekitaran bayi yang masih kecil.

Tak salah teruja nak tengok ahli keluarga atau anak rakan yang baru lahir. Cuma dalam keterujaan itu, fikirkan juga keadaan ibu dan bayi. Kalau ibu mahu berehat, beri ruang. Kalau bayi sedang tidur, biarkan dia tidur. Kalau diri sendiri sedang tidak sihat, tangguhkan dahulu kunjungan.

Perkara-perkara kecil seperti meminta izin sebelum datang, mencuci tangan dan tidak berada terlalu lama mungkin nampak remeh, tetapi boleh membuatkan kunjungan lebih selesa buat semua pihak. Itulah antara adab melawat ibu bersalin yang wajar kita sama-sama praktikkan.

Adab Melawat Ibu Bersalin, Ini Nasihat Doktor 10 Perkara Penting Elak Bayi Sakit

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/

Sumber: Dr Zubaidi

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Kesan Ubat Batuk Kepada Kanak-Kanak: Amaran Penting Yang Ibu Bapa Wajib...

Kesan ubat batuk kepada kanak-kanak boleh menjadi serius jika tersalah dos. Ketahui risiko kepada anak bawah dua tahun dan amaran penting KKM.