Kajian menunjukkan kanak-kanak mampu mencapai 60% pertumbuhan ketinggian mereka dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan. Meskipun faktor genetik memainkan peranan penting, nutrisi yang betul sangat mustahak dalam merealisasikan potensi pertumbuhan sebenar kanak-kanak.

Adakah Tumbesaran Si Kecil Anda Normal?    
Sumber foto: www.shutterstock.com

Namun, mencapai status nutrisi yang baik dalam lima tahun tersebut amatlah mencabar, dan masalah pertumbuhan boleh timbul sekiranya keperluan nutrisi mereka tidak dipenuhi dengan baik. Malangnya, pertumbuhan terbantut – sejenis kekurangan zat makanan yang lazim berlaku – menjejaskan 1 daripada 5 kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah di Malaysia. Lebih membimbangkan, 57% ibu bapa tidak menyedari anak-anak mereka mungkin menghadapi risiko pertumbuhan terbantut. Tanpa intervensi di peringkat awal, kanak-kanak ini bukan sahaja bakal mempunyai saiz tubuh badan yang lebih kecil, tetapi mengalami kesan jangka panjang dari segi kesihatan, prestasi sekolah dan keupayaan bekerja pada masa hadapan.

Adakah Tumbesaran Si Kecil Anda Normal?    

Bagi membantu ibu bapa mengenal pasti tanda-tanda kekurangan zat makanan dan menjamin pertumbuhan kanak-kanak yang normal, Abbott melancarkan PediaSure GrowthCam, satu alat pengukuran ketinggian, selain pelbagai sumber dalam talian bagi menyokong ibu bapa untuk membantu kanak-kanak mencapai pertumbuhan sebenar mereka.

“Pertumbuhan yang lambat bukan hanya satu masalah fizikal, ia turut menjejaskan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak,” jelas Dr. Nina Mazera, Pengarah Perubatan, Perniagaan Pemakanan Abbott di Malaysia. “Kami melancarkan PediaSure GrowthCam bagi menyedarkan keluarga terhadap kepentingan nutrisi sebagai penentu pertumbuhan kanak-kanak, khususnya dalam tahun-tahun awal mereka. Dengan menawarkan alat pengukuran dan sumber pendidikan nutrisi bagi menyokong ibu bapa, kita mampu membantu kanak-kanak mencapai potensi sebenar mereka. Inisiatif ini mencerminkan tekad kami untuk membantu kanak-kanak melakar kehidupan terbaik mereka.”

PediaSure GrowthCam merupakan Penapis Realiti Terimbuh (AR) inovatif yang membolehkan ibu bapa mengukur dan mencarta ketinggian anak-anak mereka dalam hanya beberapa saat, selain menentukan sama ada ketinggian mereka adalah normal berdasarkan jantina dan usia. Ibu bapa juga boleh mengakses sokongan dan sumber lain yang bermanfaat seperti:

  • Peramal ketinggian – kalkulator ketinggian dan peramal yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengukur status pertumbuhan kanak-kanak mereka dan mendapat cadangan pemakanan yang sesuai.
  • Garis Panduan Pemakanan & Contoh Pelan Makanan – berasaskan Pinggan Makanan Sihat Malaysia, satu panduan visual yang mudah difahami bagi mendorong tabiat makan lebih sihat berdasarkan prinsip ‘suku-suku-setengah’.
  • Resipi untuk Kanak-kanak – senarai resipi ringkas dan berkhasiat untuk pemakan cerewet dan kanak-kanak aktif yang perlu makan lebih kerap.
  • Talian Sokongan Nutrisi Abbott – kaunseling pemakanan untuk ibu bapa.

Adakah Tumbesaran Si Kecil Anda Normal?    

IKLAN

Dalam sesi perkongsian di forum panel anjuran Abbott yang bertema ‘Kembalikan Kanak-Kanak Malaysia Ke Landasan Pertumbuhan yang Betul’, Pakar Pediatrik Perunding, Dr. Yong Junina Fadzil menjelaskan pertumbuhan yang lambat bukan hanya satu masalah fizikal, tetapi akan menjejaskan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

“Tanpa nutrisi yang betul, kemerosotan pertumbuhan atau lebih teruk lagi, pertumbuhan terbantut boleh berlaku, seterusnya membawa kepada penyakit dan masalah perkembangan kognitif yang mempunyai kesan serius terhadap kehidupan kanak-kanak apabila mereka membesar kelak. Namun berita baik adalah pertumbuhan terbantut dapat dicegah. Jika masalah kekurangan zat makanan ditangani lebih awal, plat pertumbuhan dapat diaktifkan semula, seterusnya membantu kanak-kanak mencapai potensi pertumbuhan sebenar mereka. Walaupun genetik menentukan pemanjangan tulang, namun faktor persekitaran, khususnya nutrisi, dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi ketinggian mereka, tanpa mengira perbezaan geografi mahupun budaya. Justeru, pentingnya ibu bapa memantau pertumbuhan kanak-kanak dan menjamin nutrisi dimanfaatkan sejak peringkat awal kehidupan mereka bagi memaksimumkan potensi masa hadapan mereka,” ulas Dr Yong.

Menerusi kerjasama dengan kumpulan pakar dan komuniti, Abbott bertekad memperkasakan 100,000 keluarga menjelang hujung 2021.

“Abbott berpandukan misi untuk menyokong pengguna menjalani kehidupan terbaik mereka – pada masa kini mahupun masa depan. Kami berazam menawarkan produk-produk yang dapat membekalkan khasiat yang sesuai pada setiap peringkat kehidupan. Menerusi program ini, kami dapat memperkasakan ibu bapa untuk mengenal pasti risiko masalah pertumbuhan dan bertindak proaktif dalam menyokong pertumbuhan anak-anak mereka. Usaha ini akan menyumbang ke arah matlamat kelestarian global kami bagi menaik taraf kehidupan lebih 3 bilion pengguna menjelang akhir dekad ini,” kata Timothy Monk, Pengurus Besar Perniagaan Nutrisi Abbott di Malaysia.

IKLAN

Nutrisi yang Baik Bantu Kejar Pertumbuhan

Kekurangan zat makanan mempunyai kesan jangka panjang terhadap individu dan masyarakat, termasuk perkembangan kognitif yang lemah, pendapatan lebih rendah, penyakit berulang serta nilai diri yang rendah. Kesan-kesan ini sebahagian besarnya tidak dapat diperbaiki sekiranya tidak diperbetulkan di peringkat awal. Sekiranya seseorang kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut di peringkat awal, ketinggiannya bukan sahaja akan lebih rendah daripada rakan-rakan sebaya, malah mungkin tidak dapat mengejar kembali perkembangan tubuh mereka yang hilang.

 

IKLAN

Ibu bapa dan penjaga wajar meninjau pertumbuhan kanak-kanak mereka secara berterusan dan berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan sekiranya mengesyaki kanak-kanak ketinggalan dalam pertumbuhan. Bagi kanak-kanak yang tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi melalui diet biasa, makanan tambahan seperti PediaSure Plus dapat membantu mereka. Melalui 20 kajian klinikal selama lebih 30 tahun, PediaSure terbukti secara saintifik dapat menggalakkan pertumbuhan berat badan, ketinggian dan sistem imun yang lebih kuat dalam kanak-kanak. Ia mengandungi 38 nutrien tumbesaran (termasuk Arginina dan Vitamin K2 semula jadi) serta kompleks protein gandaan tiga bagi menyokong pertumbuhan tulang yang lebih panjang dan kuat, selain membantu mengejar pertumbuhan di peringkat awal. PediaSure merupakan makanan tambahan bernutrisi kanak-kanak No. 1 yang disyorkan oleh pakar-pakar di Malaysia.

Adakah Tumbesaran Si Kecil Anda Normal?    

Untuk maklumat lanjut mengenai PediaSure GrowthCam, https://pediasure.com.my/

Ibu bapa boleh berkongsi kisah mengenai perjalanan pertumbuhan kanak-kanak mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #RealMomsRealGrowth dan ikuti Facebook MY Abbott Cares.

**Sumber foto: www.shutterstock.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI