Hukuman tak sesuai untuk anak-anak, bukan salah tapi tak elok, ada kesan jangka panjang. Dalam proses membesarkan anak, ibu bapa sering berdepan dengan cabaran untuk mendidik mereka agar menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Hukuman Tak Sesuai Untuk Anak-anak, Bukan Salah Tapi Tak Elok, Ada Kesan Jangka Panjang
Salah satu aspek penting dalam pendidikan anak-anak ialah bagaimana ibu bapa bertindak apabila anak melakukan kesalahan. Anak-anak sering kali membuat kesalahan kerana mereka masih dalam proses belajar. Kesalahan tersebut, sama ada kecil atau besar, adalah peluang bagi ibu bapa untuk membimbing mereka ke jalan yang betul.
Tindakan ibu bapa apabila anak melakukan kesalahan boleh menentukan sejauh mana anak-anak memahami akibat perbuatan mereka dan mengembangkan rasa tanggungjawab.
Pendekatan Menghukum yang Berkesan
Menghukum tidak bermaksud semata-mata mengenakan hukuman fizikal atau psikologi yang keras. Sebaliknya, ia merangkumi pelbagai pendekatan yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan mendidik anak.
Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh diambil:
Hukuman Berdasarkan Umur Dan Kesalahan
Hukuman perlu disesuaikan mengikut tahap umur dan jenis kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, bagi anak kecil, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan seperti “time-out” atau penarikan sementara keistimewaan tertentu.
Dialog Dan Komunikasi
Sebelum menghukum, penting untuk ibu bapa berbicara dengan anak tentang apa yang berlaku. Tanya sebab mereka bertindak sedemikian dan terangkan akibat perbuatan tersebut. Ini membantu anak memahami kesalahan mereka dan cara untuk memperbaikinya.
Mengutamakan Pendidikan Daripada Hukuman
Menggunakan pendekatan mendidik adalah lebih efektif berbanding menghukum secara berlebihan. Sebagai contoh, jika anak memecahkan barang kerana bermain kasar, ibu bapa boleh mengajarkan mereka tentang pentingnya menjaga barang dengan baik.
Konsistensi Dalam Menguatkuasakan Disiplin
Ads
Ibu bapa perlu konsisten dalam pendekatan menghukum. Ini bermaksud, jika satu kesalahan dikenakan hukuman tertentu, tindakan yang sama perlu diambil jika kesalahan itu berulang.
Lima hukuman yang sebenarnya tak elok untuk anak-anak generasi hari ini. Bukan salah tapi tak elok dan ada kesan negatif jangka panjang.
1. Time-out
Buat anak rasa tersisih, terasing dan risiko emosi terpendam. Ini semua punca masalah tingkahlaku kronik kemudian.
2. Paksa minta maaf
Kita tak nak anak-anak ini membesar jadi people pleaser. Buat sebab nak puaskan hati orang lain semata-mata.
3. Ugutan
Ibu buang mainan ini semua! Aduhai, ugut ini tak elok. Ia buat anak kita jadi pembuli atau ada fearloop.
4. Pukul sebab bising
Ads
Melarang anak jadi aktif sangat buruk natijahnya sedangkan jadi aktif itu banyak manfaat.
5. Marah depan adik beradik
Terutama anak yang sulung dan lebih besar. Akan ada dua risiko besar, satu anak makin jatuh self-esteem atau boleh rosak bonding adik beradik.
Kesan Jangka Panjang Terhadap Anak
Cara ibu bapa menghukum anak boleh memberikan impak jangka panjang terhadap perkembangan emosi, mental, dan sosial mereka. Berikut adalah beberapa kesan yang perlu diambil perhatian:
Kesan Positif:
Apabila dihukum dengan cara yang betul, anak akan belajar bertanggungjawab atas tindakan mereka, memahami batasan, dan membina nilai-nilai murni seperti jujur dan hormat kepada orang lain.
Kesan Negatif:
Ads
Hukuman yang terlalu keras atau tidak berasas boleh merosakkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Ia juga boleh menyebabkan anak merasa rendah diri, takut untuk berbicara, atau memberontak apabila dewasa kelak.
Kesimpulannya menghukum anak apabila mereka melakukan kesalahan adalah satu tanggungjawab yang berat dan memerlukan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu mengimbangi antara tegas dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak. Ingatlah, tujuan utama menghukum adalah untuk mendidik dan memperbaiki, bukan untuk menghukum semata-mata.
Dengan pendekatan yang betul, anak-anak akan membesar menjadi individu yang bertanggungjawab, matang, dan berdaya saing dalam masyarakat. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah memastikan mereka mendapat bimbingan yang sewajarnya untuk mencapai potensi terbaik dalam hidup.
Baru saja pulang dari menunaikan ibadah haji, Fizo Omar memberitahu ianya pengalaman yang memberikan seribu satu makna kepada dirinya dan kehidupannya kini lebih tenang.
Berkongsikan doanya ketika di Tanah Suci, dia meminta agar diberikan kebahagian serta hubungannya dengan bekas isteri, Mawar Karim kekal baik meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
“Saya lalui pelbagai ujian dalam kehidupan dan rumah tangga, jadi saya doakan agar apa pun yang jadi antara saya dan Mawar biarlah anak kami iaitu Maryam jadi anak solehah dan bakal membimbing tangan ibu dan ayahnya ke syurga akhirat kelak,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Fizo juga turut mendoakan semoga dia dan Mawar ditemukan dengan pasangan terbaik dan hubungan mereka sebagai ibu bapa Maryam akan kekal sampai bila-bila.
“Saya juga doakan juga semoga Mawar jumpa suami terbaik dan begitu juga dengan saya, mungkin kami akan pasangan lain selepas ini namun saya amat berharap agar silaturahim sebagai ibu bapa Maryam berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam kini berusia setahun.
Sumber: Mstar Online & ig Fizo Omar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berpisah dengan suami tercinta demi kerjaya suami yang bertugas untuk negara membuatkan pengacara, Dayah Bakar tetap kuat dalam membesarkan anak yang baru dilahirkan empat bulan yang lalu.
Hamil dan bersalin tanpa suami di sisi selama hampir setahun kerana suaminya Kapten Hanif Hamidi yang bertugas di Australia tidak sedikitpun mengurangkan rasa kasih dan sayang antara mereka.
Teknologi hari ini nyata memberikan kebaikan kerana untuk mereka sekeluarga apabila panggilan video menjadi penghubung antara benua untuk mereka.
Dayah sering berkongsi perkembangan anaknya yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang kini sudah berusia 4 bulan di Instagram miliknya. Baru-baru ini dia ada memuat naik video si kecilnya itu sedang berbual menerusi panggilan video bersama babanya.
Menerusia video tersebut, suasana sebak menyelubungi apabila kedua-dua suami isteri itu teruja melihat anak sulung mereka sudah pandai berguling. Kedengaran suara si ayah kuat memberikan sokongan dari jauh kepada Achbar walaupun Cuma melalui video call.
“Counting days to 4 months , Fahri dah boleh roll over dengan jayanya , over and over again ! Masha Allah, yayy !
“Another milestone for Baby Achbar Muhammad Fahri .
“Sebenarnya dari haritu Fahri dah cuba nak pusing , tapi harini dia mcm buat show la , n we get to record it,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut sama terkesan dengan video tersebut. Di samping itu ramai yang memuji ketabahan Dayah dan juga suami selain mendoakan mereka sekeluarga dapat bersatu semula tidak lama lagi.
Dayah dan suaminya Hanif berkahwin pada Julai 2018 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel pada Ogos yang lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas.
Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Sumber foto: www.freepik.com
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
Sumber foto: www.freepik.com
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Doktor bantu buat laporan penderaan. Tapi segalanya tak sempat. mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital. Masih kecil, baru 9 tahun.Dia dihantar ke hospital oleh...