Banyak tadika hari ini yang berlumba-lumba untuk menyediakan silibus peperiksaan dan ujian untuk anak-anak kecil. Benarkah ujian dan peperiksaan ini baik untuk anak-anak kita atau membebankan mereka.
Ujian demi ujian, ditambah pula kerja sekolah yang dibawa balik ke rumah menjadikan anak sekecil usia 5 hingga 6 tahun terbeban.
Mama papa jangan beratkan kepala dengan semua ini. Menurut Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan pendidikan praformal, ujian sebenarnya tidaklah seratus peratus salah.
Bila Peperiksaan Jadi Keperluan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi KEPERLUAN untuk si kecil anda!
PERTAMA
Si kecil disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif
Ads
Ujian atau penilaian akademik haruslah diberikan kepada si kecil seawal usia jika dia disyaki menghadapi masalah perkembangan kognitif yang ketara. Memang benar, ada kanak-kanak yang amat cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Namun, terlambat atau belum lagi mencapai mana-mana tahap perkembangan kritikal boleh menjadi petanda ada masalah perkembangan yang dihadapi si kecil itu.
Dalam keadaan ini, ujian atau penilaian menjadi suatu keperluan di bawah pemantauan pakar psikologi perkembangan atau pendidikan, supaya langkah-langkah intervensi boleh diambil secepat yang mungkin untuk membantu si kecil berkenaan.
2. KEDUA
Si kecil menunjukkan tahap perkembangan pintar cerdas aras tinggi.
Ads
Ujian atau penilaian akademik boleh juga diberikan kepada si kecil yang terlalu cepat mencapai tahap perkembangan (developmental milestone) tertentu. Cepat menguasai kemahiran membaca, mampu menyelesaikan masalah matematik yang agak kompleks atau memori yang amat kuat (photographic memory) mungkin menandakan si kecil itu berpotensi pintar cerdas lagi genius!
Antara ujian yang boleh diberikan adalah yang berdasarkan ‘Adapted Scales for Rating the Behavioural Characteristics of Superior Students’ (A-SRBCSS) yang dibina oleh Professor Jospeh Renzulli, seorang pakar perkembangan dan sahabat-sahabat beliau.
Peperiksaan Jadi Bebanan
Dua sebab ujian dan peperiksaan boleh menjadi BEBANAN untuk si kecil anda.
Ads
PERTAMA Si kecil diuji atau dinilai hanya kerana dirasakan dia ‘perlu’ diuji / dinilai.
Sebelum papa dan mama di luar sana menggaru kepala yang tidak gatal itu, salah satu faktor yang menjadikan sebuah institusi prasekolah (tabika atau tadika) bernilai negatif adalah apabila ujian dan penilaian akademik dilakukan ke atas kanak-kanak di situ hanya kerana dirasakan mereka memang ‘perlu’ diuji. Lebih merisaukan apabila ujian atau penilaian yang diberikan langsung tidak sesuai dengan kemampuan si kecil!
Sayangnya, dalam era media sosial yang menyebarkan kebodohan dan maklumat palsu, ada mama dan papa yang tertipu dan percaya bahawa tadika terbaik untuk si kecil mereka adalah tadika yang paling banyak membuat ujian bulanan dan peperiksaan akhir semester.
2. KEDUA – Ujian, penilaian, peperiksaan sekadar membandingkan kemampuan si kecil dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya sahaja.
Dipermudahkan cerita, si kecil anda seharusnya dinilai perkembangan otaknya dalam dua konteks berbeza. Pertama, bandingkan si kecil anda hari ini dengan dirinya semalam, minggu lepas, bulan lepas juga tahun lepas. Kemudian, kedua, barulah bandingkan dia dengan kanak-kanak yang sebaya. Perkembangan pada usia pendidikan praformal lebih memfokus kepada kualiti individu dan perkembangan diri berbanding hari semalam.
Masalahnya, ada papa dan mama yang jadi susah hati apabila si kecil tidak mencapai tahap anak jiran, anak saudara, rakan-rakan media sosial mereka. Perlu diingatkan, fenomena kanak-kanak yang lambat berkembang (late bloomer) adalah sesuatu yang normal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang lasak, aktif petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Jika anak kecil jenis tak mahu duduk diam, jangan terus dihulurkan dengan gajet semata-mata mahu mereka duduk diam.
Sebaiknya cari alternatif lain dulu seperti melakukan aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak. Malah anak kecil yang asyik berjalan dalam dan luar rumah itu pun bagus walaupun kita rasa penat lihat mereka tak duduk diam.
Berikut perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
TAHUKAH AYAH IBU?
Anak kecil (toddler) berlatih berjalan selama 6 jam sehari. Apabila mula melangkah, mereka berjalan sebanyak 500-1500 langkah SEJAM di dalam dan di luar rumah.
Dalam SEHARI mereka berjalan sebanyak 9000 langkah atau bersamaan ukuran panjang 29 padang bola, dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Begitulah betapa tidak diamnya anak kecil dan itu perkara NORMAL. Pergerakan inilah yang menjadi asas perkembangan sosial, emosi dan kognitif anak kecil. Bukan hanya untuk perkembangan fizikal sahaja.
Jangan biarkan anak kecil hanya diam menggunakan skrin. Itu tidak normal.
Jika orang dewasa ingin kuruskan badan, bolehlah kejar anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ berjalan 9000 langkah.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber: Adolph, Vareijken & Shrout (2003). What Changes In Infant Walking and Why. Child Development.
Dalam tempoh tumbesarannya, bayi tidak memerlukan terlalu banyak mainan. Ibu ayah seharusnya mencari mainan yang dapat merangsang skil serta deria mereka. Bayi sukakan aktiviti yang memerlukan mereka menggenggam, melempar, mengetuk atau memasukkan sesuatu ke dalam bekas.
Sumber foto: www.freepik.com
1. MAINAN WARNA HITAM PUTIH
Tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Jadi adalah penting menyediakan permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan buat si kecil. Warna sebegini mampu merangsang penglihatannya.
Tetapi setelah bayi berusia dua bulan, kemahiran penglihatannya telah berkembang. Jarak penglihatan bayi anda bertambah dan mulai boleh melihat pelbagai warna. Jadi anda boleh mulai membeli permainan yang mempunyai warna terang misalnya merah, biru dan kuning.
2. MAINAN DIPERBUAT DARIPADA KAIN / PERMAINAN LEMBUT
Bayi masih kecil. Kulit amat sensitif. Dia memerlukan permainan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya. Biasannya permainan ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain. Pastikan juga buku itu mempunyai imej yang tidak terlalu banyak dan tidak mudah terkoyak.
Lebih menarik buku ini boleh mengeluarkan bunyi muzik yang menenangkan si manja. Bunyi-bunyian ini akan dapat merangsang deria pendengarannya dan perkembangan bahasa anak jika anda menceritakan isi kandungan buku itu. Busy book juga pilihan mainan yang baik untuknya.
3.MAINAN YANG MEMERLUKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik (kemahiran fizikal). Jadi anda boleh memperkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya.
Sumber foto: www.freepik.com
Perkenalkan permainan yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya untuk mencapai permainan yang diletakkan di hadapannya. Gerakan ini mampu merangsang mindanya untuk aktif dan cergas.
4. BABY GYM DAN BABY MOBILE
Baby mobile berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Mainan ini boleh merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran si manja. Baby gym boleh membantu anak mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Permainan yang boleh dipegang dan diramas berbentuk boneka atau bola yang diperbuat dari bahan yang lembut.
BAYI HINGGA 2 TAHUN AKAN BERMAIN APA SAHAJA BENDA YANG BOLEH DICAPAINYA. CARA MEREKA BERMAIN ADALAH MELALUI SENTUHAN, BUNYI, BAU DAN RASA. MEREKA CUBA MENOLAK MENARIK DAN MENGHEMPAS ATAU MEMUKULNYA. MEREKA JUGA SENGAJA MENJATUHKAN ALAT PERMAINAN DAN KEMUDIAN CUBA MENGAMBILNYA DENGAN PELBAGAI CARA.
5. BLOK WARNA-WARNI
Permainan blok ini melibatkan bayi menyusun kepingan-kepingan atau bongkah-bongkah yang dipisahkan. Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana blok ini melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.
Sumber foto: www.freepik.com
Permainan blok ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, melembutkan jari dan keupayaan kognitif yang amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan ini tidak berjaya dicantumkan, anak kecil ini akan cuba lagi untuk membuatnya berulang kali.
6. PATUNG PUPET
Ia permainan yang amat menyeronokkan. Anda boleh gunakan patung pupet untuk berbual dengan mereka. Boleh guna patung pupet yang boleh dimasukkan tangan di dalamnya. Si manja tentu seronok!
7. MAINAN JENIS DISUSUN / STACKABLE
Mainan ini menggalakkan bayi untuk menggunakan pemikiran untuk menyusun objek mengikut saiz dan urutan. Apa pun pilih material yang selamat dan tiada bucu tajam.
Siapa yang tidak sayangkan anak tambah lagi anak sorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia akan membahayakan. Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke singki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak mintak tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.