Adam dan Noah anak kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Adam sudah boleh berjalan manakala Noah masih belum. Ini antara usaha beliau untuk membantu Noah memulakan langkah pertamanya.
Dr Sheikh Muszaphar menerusi Instagram beliau berkongsi tentang perkara ini. dengan bantuan alat push walker dia berharap alat tersebut akan membantu Noah berjalan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk membantu anak mengambil langkah pertama.
Seorang kanak-kanak mesti dapat berdiri sendiri sebelum mereka dapat berbuat demikian. Itu menunjukkan kaki dan belakang mereka sudah cukup kuat. Tetapi sesetengah kanak-kanak mengambil masa satu atau dua bulan bergantung kepada tahap keberanian dan keyakinan mereka.
Anda perlu menggalakkan kanak-kanak itu membantu mereka berjalan.
Kami membeli push walker ini dengan harapan Noah dapat mengatasinya. Noah sudah dapat berdiri sendiri tetapi entah bagaimana memerlukan sedikit bantuan untuk berjalan. Dan Adam sudah berjalan di mana-mana yang merata-rata dalam rumah ini.
Kesian Noah. Tetapi tidak mengapa, daddy akan membimbing dan membantu Noah agar setanding dengan Adam.
Ramai ibu bapa merungut susahnya nak pastikan anak tidur awal pada waktu malam. Kadang tu dah lah tidur lewat, masa tengah malam bangun pula untuk bermain.
Tak dinafikan keadaan ini memang akan memenatkan ibu bapa yang bekerja tapi anda perlu tahu cara sebetulnya nak pastikan waktu tidur anak kembali normal seperti anak orang lain. Lagi kita stres, kemarahan itu lagi membuak-buak dan anak yang akan terkena tempiasnya.
Sebenarnya setiap bayi mempunyai pola tidur tersendiri dan biasanya berbeza dengan bayi yang lain.
Waktu tidur bayi dengan orang dewasa memang berbeza. Sebahagian besar, bayi yang baru dilahirkan akan menghabiskan waktunya untuk tidur.
Namun, dengan pertambahan usia, ia akan jadi semakin berkurangan. Bayi yang baru lahir sehingga tiga bulan, biasanya menghabiskan waktu lapan jam pada siang hari untuk tidur, dan pada malam hari antara 8-9 jam. Sungguhpun begitu, bayi bukan terus menerus akan tidur, sebaliknya akan bangun untuk minum susu dan sebagainya.
Masuk usia 6-12 bulan, rata-rata waktu tidurnya 5 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari. Manakala usia 2 tahun, rata-rata waktu tidurnya bertukar menjadi 4 jam pada siang hari dan 10-12 jam pada malam hari, dan seterusnya membentuk pola tidur tertentu yang mana waktu tidur pada siang hari akan jadi semakih berkurangan.
Melatih Pola Tidur Bayi
Melatih bayi tidur sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, mungkin perlukan waktu berbulan-bulan untuk bayi tersebut menyesuaikan diri. Jangan terlalu memaksa bayi anda apabila dia nampak gelisah dan tidak boleh tidur.
1. Aturlah jadual tidur bayi anda pada waktu siang dan malam. Anda boleh melatih bayi sejak awal lagi agar dia faham bahawa malam hari adalah waktu tidur, dan pada siang hari adalah waktu bermain dan beraktiviti.
2. Pada siang hari, anda sebaiknya melakukan aktiviti menstimulasikan bayi. Ajak bayi anda bermain dan jangan biarkan ia tidur setelah menyusukannya.
3. Ajarkan bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Biarkan bayi anda tidur tanpa perlu menggendong atau mendodoikannya. Tujuannya agar bayi anda dapat tertidur kembali tanpa bantuan anda.
4. Ciptakan suasana tidur yang selesa, misalnya padamkan lampu yang terlalu terang dan tutup TV. Cara ini membuatkan bayi anda tahu bahawa itu merupakan salah satu signal dia perlu tidur.
5. Tidurkan bayi anda dalam keadaan terlentang, wajah dan kepala bebas daripada selimut dan benda-benda lain. Ia mampu mencegah terjadinya ‘Suddent Infant Death Syndrome’.
Tanda Bayi Anda Mengantuk
– Bayi mengosok-gosok matanya.
– Bayi mula menguap.
– Bayi mula menangis dan meragam.
– Bayi lebih banyak berdiam diri dan kurang aktif.
– Bayi tidak tertarik pada mainan dan orang di kelilingnya.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bayi saya mengalami ekzema dan semasa mandi memang nampak kesakitannya hingga saya sendiri pun tak sanggup melihatnya”.
Sebagai ibu, June Yap telah mengambil alternatif dengan mencari produk asas bebas kimia untuk bayi dan rumah.
Bagaimanapun kebanyakan produk bebas kimia ini terlalu mahal di pasaran dan telah memberi idea kepadanya untuk mencipta satu produk semulajadi yang bebas bahan kimia, CHOMEL.
Produk CHOMEL buatan Malaysia ini adalah semulajadi, selamat dan mesra alam. Untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini, ikuti perkongsian dari June.
Bolehkah anda jelaskan bila bayi anda dilahirkandan bagaimana anda menyedari bahawa dia mempunyai kulit sensitif?
Anak kedua saya dilahirkan pada Ogos 2016. Saya sangat gembira kerana dia dilahirkan secara normal dan tidak mempunyai sebarang komplikasi. Saya sangat bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang sihat.
Namun apa yang membuatkan saya sedikit risau apabila mendapati dia mengalami masalah kulit sensitif dan ekzema. Ini adalah pengalaman baru bagi saya kerana saya tak pernah berdepan dengan masalah ini walaupun ada anak berusia 5 tahun.
Paling saya sedih adalah setiap kali nak memandikan Terry, pastinya dia akan menjerit dan menangis kesakitan akibat daripada luka ekzema yang dialaminya.
Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyapu krim setiap masa bagi mengurangkan kesakitannya dan hanya boleh minum susu ibu sahaja sehingga umurnya dua tahun.
Waktu tidurnya pada setiap malam juga agak terganggu kerana gatal sehingga perlu ditidurkan sehingga betul-betul lena.
Beritahu kami apa perasaan anda dan kebimbangan pada waktu itu?
Memang rasa sukar sangat, tetapi untuk nak pastikan anak saya sihat, saya terpaksa menukar diet semata-mata nak susukan anak selama dua tahun. Saya langsung tak makan makanan laut, produk tenusu, makanan yang mengandungi gluten dan makanan serta minuman manis. Saya terpaksa jadi kuat dengan perubahan diet ini.
Walaupun saya dah jaga pemakanan, ada masanya kalau bangun pagi mesti saya terkejut melihat bayi saya luka hingga berdarah kerana menggaru waktu malam. Paling tak dapat saya lupakan, kerana ekzema yang teruk saya telah membawanya ke hospital dan doktor serta jururawat terpaksa membalutnya dari kepala hingga kaki. Sampaikan satu tahap saya minta Tuhan gantikan kesakitan anak pada saya kerana dah tak sanggup melihatnya menderita sakit.
Selepas dua tahun, perkembangan Terry semakin baik apabila sistem imunnya dah kuat. Ekzema tetap ada cuma semakin terkawal. Lagipun kami sekeluarga dah tahu cara nak pastikan ekzema ini daripada tidak jadi lebih teruk. Kami banyak belajar cara nak menguruskannya terutama dari aspek pemakanan, penjagaan kulit, bahan pencuci dan kawalan suhu kerana ia penting untuk mengelakkan tercetusnya reaksi ekzema.
Apa yang anda sedar tentang produk bayi secara amnya dalam penyelidikan anda?
Pengalaman yang saya dan Terry lalui telah banyak mendidik untuk peka kepada semua produk. Biasanya saya akan membaca setiap label produk terlebih dahulu untuk memastikan Terry tidak mempunyai alahan pada bahan tersebut.
Bagaimanapun saya agak terkejut apabila mendapati banyak produk bayi di pasaran hari ini mengandungi bahan kimia berbahaya, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang seperti asma, ADHD dan juga kanser. Oleh kerana keperluan penjagaan kulit bayi saya agak sensitif, saya mencari produk bayi yang semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Tetapi saya menyedari bahawa produk bayi semulajadi sangat mahal, dan kadang-kadang boleh mencecah lima kali ganda harganua berbanding barangan bayi yang biasa ada di pasaran.
Mengapa anda fikir ibu bapa perlu mengambil berat dengan penjagaan kulit bayi mereka? Apa yang mereka perlu tahu?
Sebagai seorang ibu yang telah melalui pengalaman anak ekzema, saya fikir semua ibu bapa perlu menyedari bahawa tidak semua produk bayi selamat untuk bayi anda. Kulit bayi lebih lembut dan cukup sensitif berbanding kulit orang dewasa. Ibu bapa perlu tahu membaca label bahan-bahan yang digunakan untuk sesuatu produk dan sebaiknya pilihlah produk bayi semula jadi. Bahan utama yang harus dielakkan adalah SLS / SLES, Pewarna, Parabens, Donor Fomaldehyde, Pelarut, DEA, Triclosan dan lain-lain.
Bagaimana anda memulakan perniagaan anda?
Saya memulakan perniagaan saya berdasarkan keinginan untuk membantu ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah sama seperti saya. Melalui kumpulan sokongan yang disertai, saya tahu ramai ibu mengalami masalah ini. Anak yang mengalami ekzema dan kulit sensitif ini sebenarnya dari pelbagai latar belakang dan boleh berlaku kepada semua kaum. Oleh itu, dengan produk-produk bayi yang mahal, bagaimanakah ibu bapa mampu menghasilkan produk yang tepat untuk bayi mereka?
Itulah sebabnya saya buat Chomel – Saya mahu produk yang semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam, tetapi pada harga yang berpatutan. Kami juga diperakui sebagai hypoallergenic dan halal oleh Jakim Malaysia.
Produk anda biodegradable. Mengapa perkara itu penting kepada anda?
Sebagai seorang ibu, saya ingin pastikan bumi ini tempat yang selamat untuk anak saya serta anak orang lain. Seperti yang dapat dikesan, saya percaya perubahan bermula dengan saya. Apabila produk Chomel dikeluarkan, saya mengambil berat mengenainya untuk memastikan semua produk kami benar-benar selamat. Ini bermaksud bahan-bahan yang digunakan memenuhi kriteria ujian yang sangat ketat, melalui ujian mudah terbiodegradasi, yang memperlihatkan biodegradability muktamad dalam tempoh masa tertentu selama 28 hari.
Kami juga ingin mengurangkan jejak karbon di bumi dengan mengehadkan pelepasan karbon dioksida pada setiap produk keluaran kami bermula dari pembungkusan hinggalah ke bahan-bahan utama.
Adakah anda fikir lebih ramai ibu bapa menjadi lebih mesra alam menyedari isu seperti ini?
Pada masa kini, ramai ibu bapa dah mula menyedari tentang bahan-bahan dalam produk bayi kerana mereka juga mempunyai bayi yang mengalami kulit sensitif ringan, teruk dan ekzema. Mereka sedang mencari produk berkualiti yang berpatutan untuk bayi mereka.
Walau bagaimanapun, usaha dan kempen secara berterusan sangat perlu agar mereka tidak mengambil ringan mengenai perkara ini.
Ada juga segelintir ibu bapa masih tidak menyedari bahawa memilih produk bayi yang tepat adalah penting, bukan sahaja untuk merawat bayi tetapi juga untuk menjaga alam sekitar. Ini penting supaya generasi akan datang dapat menjalani kehidupan yang baik di muka bumi ini.
Berikan beberapa tip lain yang anda ada untuk ibu bapa yang mempunyai anak ekzema atau kulit sensitif? Apa yang boleh dilakukan untuk anak-anak mereka?
Sebagai ibu yang telah melalui pengalaman anak ekzema, nasihat saya adalah dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan kerana ia dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Jangan berputus asa dan perlu kuat. Yakinlah ekzema ini akan jadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Kulit sensitif dan ekzema adalah gabungan genetik dan alam sekitar, jadi jangan cepat percaya pada produk yang menyatakan ia mampu menyembuhkan kulit bayi anda dengan cepat – ia tidak wujud. Pilih produk semula jadi yang diuji dengan hypoallergenic dan sesuai untuk bayi baru lahir dan kulit sensitif.
Elakkan daripada krim steroid kecuali jika sangat perlu dan atas nasihat doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan. Untuk bayi anda menjadi lebih baik, ia juga perlu mendapat sokongan semua ahli keluarga dengan amalan gaya hidup sihat dan makan makanan berkhasiat. Keluarga sihat dan bahagia adalah yang sentiasa bersama dan menyokong antara satu sama lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mujur ibu adik Insyirah cepat sedar dan bertindak menyelamatkan anaknya daripada dibawa oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya di sebuah surau baru-baru ini.
Pernah tak anda alami situasi semasa di surau atau tempat awam iaitu orang yang tidak dikenali datang memuji anak anda comel, pandai mengagah anak dan berbual-bual dengan anak dengan ramah. Tidak mahu prasangka buruk, namun hakikatnya kadang-kala perlu
Begitulah situasi yang dialami oleh Puan Rohasliza Abu Bakar yang bertukar menjadi igauan mendebarkan buat dirinya apabila seorang wanita yang tidak dikenali dalam cubaan membawa anaknya ke tempat lain.
Namun mujur tindakan pantas ibu ini, menyelamatkan keadaan. Walau apapun niat wanita yang tidak dikenali itu, apa yang penting perkongsian ini diharap menjadi ikhtibar buat ibu ayah supaya lebih berhati-hati dengan persekitaran luar yang tidak diduga dan diluar jangkaan kita. Ikuti perkongsian ibu ini melalui laman sosialnya dua hari lepas.
Detik cemas dua hari yang lalu.. Selepas ini harus lebih peka dan berhati2.. Kisah berlaku di Aeon Shah Alam..
Selepas meraikan abg Sheman grade di Uitm Shah Alam, Umi & baby Insyirah ke Aeon sementara menunggu ayah habis kerja jam 5.30 ptg.. Kami dihantar oleh Maklong Rokiah Abu Bakar sekeluarga dlm jam 2.30 ptg..
Setelah Mak Long beredar umi bawa Insyirah masuk ke Aeon. Melihat jam baru 2.40 petang umi singgah ke level 2 Aeon dulu untuk habiskan voucher Jusco . Setelah selesai dalam jam 3 Umi & baby masok ke surau..
Kisah berlaku di surau. Sampai di surau, Umi susukan dia . Alhamdulilah dia tidur . Umi cepat-cepat bangun untuk solat. Elok habis solat dia jaga. Syukur dah selesai. Tetiba Insyirah membuang pulak.
Umi nak tukar pampers tengok habis semua seluar dia kena. Umi ambil keputusan mandi kan je la dia terus. Tengah-tengah nak membasuh tiba-tiba ada hamba Allah ni datang terus ambil Insyirah dari tangan umi. Dan kata meh saya tolong bawa dia. Umi terpana sekejap. Ehh kenapa dia ambil sebab umi nak mandikan dia. Terus umi ambil semula Insyirah dari tangan dia tetap mata umi memang terus pandang terus mata dia masa tu. Umi cakap, saya nak mandikan dia.
Setelah selesai bersihkan dan mandikan, terus bawa ke satu sudut untuk siapkan dia. Hamba Allah ni ikut ke situ. Siap bual-bual dan tanya macam-macam. Umi layan jer la sebab nampak macam orang yang berminat dengan budak. Insyirah pulak ramah melayan dia dengan senyum sengihnya dan borak-borak.
selepas dah siap, umi minta dia tunggu Insyirah kejap umi nak letak barang-barang Insyirah dalam beg dekat stroller sebelah dengan sudut umi siapkan Insyirah. Tengah letak barang hamba Allah ni dukung anak umi nak bawa keluar. Nyaris Allah tak lekakan umi masa letak brg. Umi tengok dia nak pakai kasut bawa Insyirah.. Umi tanya dia, ehhh nak bawa ke mana tuuu.. Dia kata nak bawa tunjuk kawan sekerja dia. Aduhaii boleh pulak dia nak bawa pergi jumpa kawan dia. Umi terus rampas Insyirah dari tangan dia.. Tapi waktu tu umi tak fikir apa-apa pun. Umi ambil dan terus masuk ruang solat tempat umi & Insyirah duduk sebelum tu sebab barang kami ada disitu. Tapi badan umi rasa menggigil tak tahu kenapa.
Bila dah balik rumah. Tengah susukan Insyirah dan tido kannya. Tiba-tiba teringat balik kejadian tadi. Masa ni baru umi macam tersedar.. Apa niat hamba Allah tadi nak bawa anak umi keluar dari surau tu.
Bayangkan jika umi tak sempat halang macam mana umi nak kejar dengan keadaan pakai scaft jer sebab nak tunggu solat asar sekali. Baru umi macam tersedar dan istighfar. YaAllah Engkau lindungi anakku. Jika tak mungkin umi kehilangan anak umi ni.
Sangat-sangat memberi pengajaran supaya jangan percaya sangat orang dan jangan nak ramah-ramah sangat dengan orang yang kita tak kenal. Semoga Allah SWT sentiasa lindungi kita semua di mana-mana sahaja kita berada. Sujud Syukur atas kejadian yg berlaku. Allah nak kita supaya lebih berhati-hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!