Ads

ADHD Atau ‘Sindrom Anak Nakal’ ? Ini Tanda Penting Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Mak ayah, jangan terlalu cepat cop anak sebagai “nakal” atau “degil”.  Memang semua kanak-kanak ada masa mereka aktif, lasak dan sukar dikawal. Tetapi kalau anak terlalu aktif, susah nak fokus, sukar duduk diam dan tingkah lakunya mula mengganggu pembelajaran atau hubungan dengan kawan-kawan, jangan terus anggap dia sengaja buat perangai.
Ada kemungkinan ia berkait dengan ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)  dan keadaan ini memerlukan penilaian yang betul, bukan sekadar hukuman atau marah-marah.
Sebab anak yang nampak “nakal”, mungkin sebenarnya sedang bergelut untuk mengawal dirinya.

ADHD Atau 'Sindrom Anak Nakal' ? Ini Tanda Penting Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Terdapat tiga ciri utama ADHD, iaitu hiperaktif (hyperactivity), kurang tumpuan (inattention) dan impulsif (impulsivity).

  • Hiperaktif (Hyperactivity) – Anak sentiasa berlari dan bergerak tanpa mengenal penat, bermain terlalu kasar tanpa memikirkan risiko kecederaan, kerap menggeliat atau tidak boleh duduk diam. Anak juga sering meninggalkan tempat duduk dan sukar untuk kekal duduk. Apabila mula bersekolah, mereka mungkin sukar memberi tumpuan dan kerap bergerak atau berjalan-jalan di dalam kelas. Ada juga kanak-kanak yang berbaring di atas lantai. Disebabkan cara bermain yang terlalu kasar, kanak-kanak lain mungkin tidak mahu bermain dengannya.
  • Kurang tumpuan (Inattention) – Apabila mencapai usia sekolah, anak mungkin menghadapi masalah pembelajaran kerana mudah terganggu, kelihatan seperti tidak mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengingati sesuatu dan mengikuti arahan serta kurang memberi perhatian kepada perkara terperinci. Mereka juga mungkin melakukan kesilapan kerana cuai, sukar menyiapkan tugasan dan kerap kehilangan barang atau terlupa di mana barang tersebut diletakkan.
  • Impulsif (Impulsivity) – Anak sukar menunggu giliran dan cenderung mencelah atau menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.

Adakah semua ADHD kanak-kanak mempunyai ketiga-tiga ciri ini?

Tidak semestinya. Kanak-kanak dengan ADHD mungkin menunjukkan hanya satu atau ketiga-tiga ciri tersebut. Namun, gejala ADHD biasanya mula kelihatan sebelum usia 12 tahun dan berkait dengan perbezaan fungsi di bahagian frontal otak yang terlibat dalam kawalan perhatian, tingkah laku dan impuls.

Jika anda bimbang tingkah laku anak mungkin merupakan tanda ADHD, sebaiknya dapatkan penilaian daripada doktor. ADHD yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada hubungan keluarga, hubungan sosial dan keupayaan pembelajaran anak.

Apabila ADHD tidak ditangani dengan baik, sesetengah kanak-kanak mungkin berasa terasing kerana sukar mendapat kawan atau mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya. Mereka juga mungkin lebih mudah marah, cepat kecewa dan terlalu sensitif terhadap kata-kata orang lain.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Tetapi jangan terlalu cepat melabel ADHD kanak-kanak

Penting untuk difahami bahawa kanak-kanak sememangnya mempunyai tahap perhatian dan keupayaan fokus yang berbeza mengikut usia.

Secara umum, kanak-kanak pada tahun pertama kehidupan mungkin hanya mampu memberikan perhatian selama sekitar 2–3 minit. Pada usia 1 hingga 2 tahun, tempoh ini boleh meningkat kepada sekitar 3–5 minit, manakala kanak-kanak prasekolah biasanya mampu fokus selama kira-kira 5–15 minit.

Ads

Apabila memasuki usia sekolah, kebanyakan kanak-kanak secara beransur-ansur mampu mengekalkan fokus selama 15–30 minit atau lebih, bergantung kepada aktiviti dan keadaan sekeliling.

Sebab itu, diagnosis ADHD tidak boleh dibuat hanya kerana anak aktif, suka bergerak atau mudah hilang fokus. Penilaian profesional diperlukan untuk melihat corak tingkah laku anak secara menyeluruh.

Bagaimana ADHD kanak-kanak dirawat?

Selepas ADHD dikenal pasti, rawatan boleh membantu mengurangkan gejala dan meningkatkan fungsi harian anak.

Bagi kes ADHD yang lebih teruk atau disertai keadaan lain, doktor mungkin mempertimbangkan penggunaan ubat-ubatan. Namun, antara pendekatan penting dalam pengurusan ADHD ialah behavioral therapy (terapi tingkah laku).

Antaranya:

  • Menetapkan batas dan peraturan yang jelas.
  • Memberikan arahan yang pendek, mudah dan spesifik.
  • Meminta anak mengulangi arahan untuk memastikan mereka benar-benar faham.
  • Mengubah persekitaran pembelajaran bagi mengurangkan gangguan.
  • Menempatkan anak di bahagian hadapan kelas atau berhampiran meja guru supaya lebih mudah diberi perhatian dan dipantau.

Untuk memastikan rawatan lebih berkesan, doktor juga boleh bekerjasama dengan ibu bapa dan guru dalam memahami keperluan serta tingkah laku anak.

Ads

Peranan ibu bapa dalam membantu ADHD kanak-kanak

Rawatan boleh membantu mengurus ADHD, tetapi ibu bapa tetap memainkan peranan paling penting dalam membimbing anak dan membantu mereka mengawal tingkah laku dengan cara yang sesuai.

Antara perkara yang boleh dilakukan:

1. Hadkan penggunaan peranti digital

Kanak-kanak bawah 2 tahun sebaiknya tidak diberikan screen time seperti menonton televisyen atau bermain komputer dan video games. Bagi kanak-kanak berusia lebih 2 tahun, penggunaan peranti digital perlu dihadkan dan diseimbangkan dengan aktiviti lain.

2. Wujudkan rutin harian

Tetapkan waktu makan, tidur, bermain, belajar dan aktiviti lain secara konsisten. Rutin yang teratur boleh membantu anak belajar mengawal diri dan memahami apa yang dijangka daripada mereka.

ADHD kanak-kanak bukan bermakna anak tidak mempunyai kelebihan

Jika anak mempunyai ADHD, cuba fahami keadaan mereka dan lihat juga kekuatan yang ada pada diri mereka.

Ads

Kanak-kanak ADHD biasanya gemar bergerak dan melakukan aktiviti fizikal. Jadi, galakkan mereka menyertai aktiviti outdoor dan sukan yang sesuai.

Di sekolah pula, guru boleh memberikan tugasan yang memerlukan pergerakan, seperti membantu mengemas papan putih atau membawa sesuatu, mengikut kesesuaian dan keperluan anak.

Yang penting, jangan terus cop anak sebagai “nakal”, “degil” atau “tak reti duduk diam”. Kadangkala tingkah laku yang kita anggap mengganggu itu sebenarnya memerlukan kefahaman, penilaian dan pendekatan yang berbeza.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Sumber: bumrungrad

ADHD Atau 'Sindrom Anak Nakal' ? Ini Tanda Penting Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

10 Ayat ‘Power’ Untuk Anak Yang Ibu Ayah Kena Ucap Setiap...

10 ayat untuk anak yang sangat bermakna ini boleh membantu ibu ayah membina kekuatan emosi, keyakinan dan rasa selamat dalam diri anak.