Rupa paras fizikal sering kali menjadi tumpuan visual yang pertama. Cantik, comel, gebu dan putih adalah antara yang selalu kita dengar. Tidak kisahlah kalau nak puji anak kecil tapi jangan membanding-bandingkan pula dengan adik beradiknya yang lain.

Perkongsian daripada ibu ini membolehkan kita menyelami perasaan bagaimana jika sering dibanding-bandingkan dari kecil. Kata-kata yang dihamburkan mungkin ringkas dan pendek tapi tajamnya menusuk ke sanubari si kecil.

 

Malah lebih teruk lagi jika ia terbawa-bawa hingga remaja dan dewasa. Yang dipuji disanjung, yang dihina rasa rendah diri dan cemburu. Tiada yang positif tentang membanding-bandingkan ini. Yang ada hanyalah rentan emosi dan pelbagai impak negatif kepada psikologi si kecil. Betapa mudahnya kata-kata ini meranapkan keyakinan diri anak-anak.

“Adik Comel, Kakaknya…” Mulut Jangan Lancang Membanding, Budak Faham Apa Yang Dihina

Waktu kecil-kecil dahulu, saya selalu juga rasa cemburu dengan adik saya. Sebabnya dia cantik, putih bak salju, pandai belajar pula. Hujung tahun, waktu sekolah rendah dia akan pungut hadiah berkotak-kotak.

Disanjungi ramai cikgu sebab dia pandai dan comel.

‘Rasa’ ni tak datang dengan sendiri melainkan dari mulut-mulut yang lancang suka membandingkan kami berdua.

‘Adiknya macam cina, kakak pula macam keling.’

‘Adiknya cantik, kakak dia kureng la..’

‘Adik cantik kurus. Akak dia gemuk.’

‘KAU HITAM’, ‘KAU BURUK’, ‘PALING TAK CANTIK’ 

Bayangkan dari umur lebih kurang Insyirah dah di’zikir’kan, ‘KAU HITAM’, ‘KAU BURUK’, ‘PALING TAK CANTIK’ dan sebagainya.

Ibu cerita, waktu saya berumur 4 tahun, filem Dayang Senandung keluar televisyen. Ada satu part, kulitnya yang hitam bertukar menjadi putih, saya yang waktu itu masih kecil tiba-tiba meluahkan, ‘nanti In besar In macam tulah…’

IKLAN

Ayah yang mendengar rasa sayu, kata ayah, ‘pandai pula dia, tahu kulitnya hitam,’

“Adik Comel, Kakaknya…” Mulut Jangan Lancang Membanding, Budak Faham Apa Yang Dihina

UMUR 4, 5, 6 TAHUN SUDAH BOLEH INGAT

Ya. Jangan ingat dia budak, dia tak faham. Budak kecil bukannya bodoh, dia tahu apa yang kalian hina-hinakan itu. Umur 4, 5, 6 tahun, mereka sudah boleh ingat apa yang orang dewasa lakukan dan katakan kepada mereka.

Luka di dalam hati atas kata-kata yang dilemparkan itu hanya orang yang dihina dan dibanding-bandingkan itu sahajalah yang tahu.

Silap-silap ada kes hingga menjadi penyebab KEMURUNGAN seumur hidup. Kesan lain, boleh menyebabkan LOW SELF-CONFIDENCE.

THE PAIN MIGHT LASTS A LIFETIME.

Bukannya tidak ada orang yang terlalu obses nak kurus dan putih kerana tak sanggup terus kena banding dengan adik beradik. Lebih-lebih lagi jika dia seorang sahaja yang ‘berbeza’ berbanding yang lain.

“Adik Comel, Kakaknya…” Mulut Jangan Lancang Membanding, Budak Faham Apa Yang Dihina

IKLAN

ANAK JADI PANAS BARAN MEMBERONTAK

Pernah saya jumpa seseorang yang dari kecil mak dia suka membanding dengan abangnya, akhirnya adik perempuan ini tadi berubah menjadi PANAS BARAN, MEMBERONTAK.

Walhal mungkin sifat asalnya bukan sebegitu tetapi perlahan-lahan menjadi sebegitu kerana hatinya merana, mental dan emosinya koyak rabak.

Wahai ibubapa, ingatlah, dosa-dosa anak pada kita hari esok mungkin datangnya dari silap kita kepada anak-anak hari ini. Walaupun kita yang melahirkan mereka, namun, kita bukannya maksum.

Oleh itu, sebelum ibubapa mudah sangat mahu menjatuh hukum seseorang anak itu gagal, celupar, jahat dan derhaka, kadang ibubapa terlupa muhasabah diri mereka mungkin merekalah PUNCA anak-anak menjadi sebegitu. Astaghfirullahal adzhim.

“Adik Comel, Kakaknya…” Mulut Jangan Lancang Membanding, Budak Faham Apa Yang Dihina

HENTIKAN BODY SHAMING KEPADA KANAK-KANAK

Saya rasa banyak lambakan produk bleaching, suntikan untuk memutihkan kulit, pil itu ini untuk kuruskan badan, mungkin kerana ada golongan yang sampai sanggup sakit demi nak kurus dan putih.

Mungkin juga obses itu datangnya dari hinaan-hinaan seumpama ini sejak kecil. Akhirnya mereka menjadi TERLALU DESPERATE untuk keluar dari kepompong kata-kata hinaan yang pernah diterima.

IKLAN

Siapa tahu kan..?

Oleh itu, saya pinta, kalau sesiapa yang membaca tulisan ini ada sikap negatif sebegini, tolonglah… hentikanlah ‘body shaming’ publicly dan budaya banding-membanding antara adik beradik ketika berkumpul beramai-ramai ini.

YANG DIHINA RASA KERDIL, YANG DIPUJI RASA DIANGKAT

Mak-mak, ayah-ayah, jangan banding-membanding antara anak-anak. Kelak yang DIHINA akan rasa kerdil, yang DIPUJI rasa ‘diangkat’ lalu, terjadilah kurang rasa hormat dan rahmah sesama adik beradik.

Nenek-uwan, atok-atok, jangan laju mulut membanding rupa paras, bentuk tubuh, warna kulit antara cucu-cucu, apatah lagi di khalayak ramai. Malu cucu, terasa hati mak ayahnya. Takut nanti anak menantu dan cucu ‘takut’ nak balik kampung.

Kalau tak tertahan rasa nak memuji, nak mengutuk, nak membanding, BOLEH, tetapi biarlah sekadar di dalam hati. Kerana tak dinafikan ianya banyak memberikan kesan negatif berbanding positif sekiranya diluahkan.

Sebagai manusia, memang kita selalu lupa apa yang kita katakan, tetapi yang mendengar, mungkin tak mampu nak melupakan dan menanggung luka seumur hidup.

So, please be careful with your words!

“Adik Comel, Kakaknya…” Mulut Jangan Lancang Membanding, Budak Faham Apa Yang Dihina

KEPADA YANG PERNAH DIHINA, MAAFKAN DAN LUPAKAN

Untuk yang pernah terluka, malu, sakit hati dan rendah diri kerana diperkecilkan dan dibandingkan, just remember that, you are unique, you are special. What doesn’t kill you make you stronger.

TRY TO FORGIVE AND LET IT GO.

Maafkan mereka, kasihani mereka. Sekiranya mereka faham, mereka juga malu untuk berbuat demikian kerana seolahnya yang dipersoal dan diperkecilkan itu adalah kurniaan dan ketentuan Tuhan.

Sumber: Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI