!LeaderboardTop

Categories: Kehamilan

Aduh, Sakitnya Betis Bila Kejang! Kenapa Selalu Terjadi Masa Mengandung? Ikuti 4 Tips Doktor Ini

Kejang betis atau cramp sering kali terjadi pada ibu yang mengandung. Keadaan ini dikenali sebagai tarik mengkarung atau simpul biawak dalam masyarakat Melayu. Setiap kali kekejangan berlaku, mama tentu berasa sakit. Mengapa ini berlaku dan apakah ada solusi untuk mengelakkannya berlaku lagi?

Kekejangan otot kaki menyakitkan. Hanya orang yang pernah melalui akan tahu betapa sakit rasanya. Ditambah pula dalam keadaan perut yang semakin membesar, mama tentunya sukar untuk meluruskan kaki menghilangkan rasa kejang.

Menurut Dr Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas.

Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki semasa hamil.

KENALI PUNCA

Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.

  1. Keletihan otot betis.
  2. Tekanan pada urat saraf bahagian kaki
  3. Peredaran darah yang tidak lancar, atau
  4. Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.

Tahukah anda pemilihan kasut yang bersesuaian dapat mengelakkan kekejangan pada kaki semasa hamil. Pilih kasut atau sandal yang selesa dan menyokong berat dan postur badan anda. Pemakaian kasut bertumit tinggi semasa hamil tidak digalakkan dan boleh mengakibatkan kekejangan pada otot betis.

SELALU TERJADI SEBELAH MALAM

Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku di waktu malam atau ketika anda sedang berehat.

  • Apabila berlaku kekejangan betis, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.
  • Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya anda bersendirian, anda boleh membongkokkan badan anda, capai jejari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
  • Sekiranya anda bersama pasangan, anda boleh meminta pasangan anda untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda. Apabila anda melakukan perkara ini, anda akan merasa kesakitan terlebih dahulu, sebelum ianya beransur-ansur hilang.
  • Anda juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.

CARA ELAK KEJANG BETIS

Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Mama boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.

#1 REGANGKAN OTOT BETIS

Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha anda ke hadapan. Kemudian, tukar kaki, dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5-10 minit.

#2 KEKAL AKTIF

Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Mama perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.

#3 VITAMIN DAN MINERAL CUKUP

Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Mama juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.

#4 AIR YANG MENCUKUPI

Minum air yang mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka akan warna air kencing untuk melihat Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Tinggalkan Komen

Azma ML

Share
Published by
Azma ML
Tags: bersalinhamilibuibu bapakaki cramp masa pregnantkehamilankejang kaki masa mengandungkelahiranmamapenjagaanpreggy mompregnancytiptipswanita mengandung

Recent Posts

  • Tip

Pernah Tak Anak Anda Pukul Muka Adiknya? Sebenarnya Mungkin Dia Cuba Membelai

Pernah tak melihat anak dibawah umur 2 tahun nampak macam pukul muka adik dia atau baby? Ingat ya, dia bukan…

48 mins ago
  • Tip

“Walau Hanya Telur Goreng…” Berkatnya Bila Makan Bersama Suami, Isteri & Anak

Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng & berkuahkan kicap, berkatnya bila makanan dinikmati bersama-sama, kalah…

2 hours ago
  • Bayi
  • Viral

“Mula Kenal Orang & Pandai Merajuk…” Noor Nabila Rindu Jebat Waktu Kecil

Mula kenali orang sekeliling dan sudah pandai merajuk, itulah perkembangan si kecil Jebat Jayden Ahmad, membuatkan si ibu mula rindu…

4 hours ago
  • Kesihatan Ibu

Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan. Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

Sebagai ibu, kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri. Kenapa? Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat

18 hours ago
  • Tip Pemakanan

Contoh Menu Dalam Sehari Bayi 6 Bulan Hingga 3 Tahun Yang Alami Masalah Kurang Berat

Boleh dikatakan hampir semua ibu bapa risau bila anak-anak mengalami masalah kurang berat badan walaupun menyusu

19 hours ago
  • Viral

Ibu Menyusu Yang Layak Boleh Claim Peralatan Penyusuan Sebelum Hujung Bulan Ini

Mana-mana ibu menyusu yang masih belum isi e-Filing LHDN, cepat ya isi sebelum 30 April. Jangan lupa

21 hours ago