Perjalanan rumah tangga penyanyi popular Ahmad Nubhan cerai dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas pendedahan jujur daripada pihak isteri mengenai lafaz talak pertama yang berlaku ketika dirinya sedang hamil anak sulung pada tahun 2017.
Isteri Nubhan, Afifah Hidayah (baju putih) mendedahkan suaminya itu melafazkan talak kali pertama ketika dia hamil anak pertama pada 2017.
Menurut laporan Kosmo Online, Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Dr. Afifah hadir bersama adik dan beberapa ibu saudaranya bagi urusan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh suaminya. Wanita berusia 36 tahun itu diwakili peguam syarie terkenal, Datuk Akberdin Abdul Kader, bagi memohon mahkamah mengesahkan dahulu lafaz cerai pertama serta rujuk yang pernah berlaku lapan tahun lalu, sebelum prosiding lafaz cerai kedua disebut semula pada Ogos lepas.
“Saya Serahkan Pada Suami”
Apabila diminta menjelaskan mengapa lafaz cerai dan rujuk terdahulu tidak didaftarkan, Dr. Afifah dengan tenang menjawab bahawa urusan itu diserahkan sepenuhnya kepada suaminya.
“Itu (patutnya diuruskan) Nubhan,” katanya ringkas namun penuh makna.
Beliau turut menjelaskan bahawa tiada sebarang pertengkaran besar yang membawa kepada lafaz cerai itu. Menurutnya, segalanya berlaku dengan begitu mengejutkan.
Ads
“Pada malam itu dia datang ambil saya di rumah. Kami makan malam dan berbual macam biasa. Tapi dalam perjalanan balik, tiba-tiba dia lafazkan cerai. Saya terkejut dan tak sangka perkara itu akan berlaku lagi. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” ujarnya dengan nada sebak.
Hubungan Dengan Ibu Mentua
Dalam pada itu, Dr. Afifah turut menyentuh hubungan dengan ibu mentua yang mesra disapa Mak Jenny, dan memaklumkan bahawa mereka ada bertemu baru-baru ini.
Ads
“Mak mentua tahu (tentang cerai). Semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tidak berhubung secara langsung,” jelasnya.
10 Tahun Bersama, Kini Tinggal Bersama Anak-Anak
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Aafiya (8), Ahmad Aaffan (6) dan Afzan Nayille (3). Namun kini, Dr. Afifah mengesahkan bahawa beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan menetap di kediaman baharu bersama anak-anak.
Ads
Walaupun sering mempamerkan kebahagiaan keluarga di media sosial, pendedahan terbaru ini mengejutkan ramai peminat yang selama ini menyangka rumah tangga mereka sentiasa harmoni.
Ujian Rumah Tangga
Dalam setiap perkahwinan, tidak ada yang terlepas daripada ujian. Kadangkala, apa yang dilihat di luar tidak menggambarkan realiti sebenar di dalam rumah tangga. Buat para isteri dan ibu di luar sana, kisah Dr. Afifah ini mengingatkan bahawa kekuatan seorang wanita bukan diukur pada senyumannya, tetapi pada caranya bangkit selepas jatuh.
Sebagai ibu, Dr. Afifah kini terus kuat demi anak-anaknya. Apa pun yang berlaku, kasih seorang ibu tetap utuh, dan semangatnya menjadi contoh buat ramai wanita lain yang sedang melalui badai rumah tangga.
“Saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ini cara Allah menguji kami. Yang penting, saya mahu terus jadi ibu terbaik untuk anak-anak,” katanya.
Tip Pa&Ma: Kuatkan Diri Saat Diuji Rumah Tangga
Jangan pendam sendirian – luahkan pada orang dipercayai atau kaunselor.
Fokus pada anak-anak – mereka perlukan kestabilan emosi daripada ibu.
Cari kekuatan spiritual – dekatkan diri dengan Allah melalui solat dan doa.
Jaga kesihatan diri – makan, rehat dan berfikir dengan tenang sebelum membuat keputusan besar.
Kisah Ahmad Nubhan cerai bukan sekadar berita sensasi, tetapi cerminan realiti hidup berumah tangga bahawa cinta perlu diuji, dan keutuhan datang daripada kesabaran serta keikhlasan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi hujan panas ni memang legend bila tiba musim Raya, terutamanya masa open house! Warna nasi yang ceria, ada merah, hijau, kuning sudah tentu naik selera tengok.
Aromanya pula wangi semerbak dari rempah ratus, santan dan susu cair memang padu kalau dipadankan dengan ayam masak merah, acar jelatah dan dalca.
Tak hairanlah ramai jadikan nasi hujan panas sebagai hidangan utama waktu jamuan Raya bukan je sedap, tapi nampak grand dan meriah atas meja. Nak jamu tetamu pun rasa puas hati!
Namun tak semua tahu cara nak buat nasi hujan panas ni, nak tahu cara yang mudah , tukang masak, Nazri Mat Zain ni kongsi cara masak untuk sukatan 5kg.
Resepi Nasi Hujan Panas Style Papa
“Syukur Alhamdulillah. Busy siapkan order dari customer.. Lewat ckit Papa up menu hari ni..”
BAHAN-BAHAN
Beras Basmati Jasmine Pusa Cream 5kg Basuh dan rendam beras 20 minit dan toskan. Bawang Besar 4 biji Bawang putih. Selabu Halia 4 “ 4 sekawan Air 5 ltr Susu cair 1 tin. Pewarna kuning Telur, Hijau Apple dan Merah Setiap pewarna dicampurkan dgn sedikit susu cair. Garam, Aji n gula secukup rasa Majerin @ Minyak Sapi dan minyak masak untuk menumis.
PENYEDIAAN NASI HUJAN PANAS
1. Panaskan kuali dan masukkan majerin @ minyak Sapi yg dicampur dgn minyak masak anggaran dlm 1/2 kg (lebih ckit pun x pa) 2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan 3. Bila bawang dah layu dan naik wangi tutup api tuang dlm rice cooker gas atau letrik. 4. Masukkan daun pandan, mskkan air 5 ltr 5. Masukkan garam, Aji n gula secukup rasa dan masak hingga air didih. 6. Masukkan susu cair 1 tin. 7. Masukkan beras yg telah ditos
8. Kacau sentiasa hingga air hampir2 kering, baru tutup dgn tudung periuk. 9. Tunggu nasi kering (masak) 10. Buka tudung periuk dan buatkan tiga lubang ditengah2 nasi tadi dan tuang pewarna. 11. Tudung semula periuk biarkan dlm 10 minit, baru buka dan gaul utk campurkan warna tersebut. Siapp
Antara lauk yang digandingkan bersama nasi hujan panas
Sebagai ibu bapa, siapa saja yang tak pernah rasa teruja bawa anak masuk kedai buku atau alat tulis. Itu jugalah yang dilalui oleh pasangan selebriti usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida . Walaupun mereka hidup mewah, cara mendidik anak tetap menekankan kesederhanaan.
Tidak hairanlah, setiap kali Datin Shahida berkongsi momen anak-anak di Instagram, pasti mencuri perhatian ramai. Terbaru, dua daripada enam orang anak mereka, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah, sekali lagi menjadi tumpuan apabila gelagat mereka membeli kelengkapan sekolah tular di media sosial.
Riuh Masuk Kedai Buku
Bayangkan suasana riuh kecil bila Raudhah dan Yusoff melangkah masuk ke sebuah kedai buku. Dari mula pintu dibuka lagi, wajah mereka jelas teruja mata melilau kiri kanan melihat deretan buku latihan, pensel warna, pen dan bermacam kelengkapan sekolah.
Macam kanak-kanak lain, mereka berhenti di setiap rak, belek dan pilih barang satu persatu dengan penuh minat. Lucunya, walaupun anak jutawan, Yusoff dan Raudhah hanya berpakaian biasa, santai dan sederhana.
“Part paling anak-anak suka bila nak buka sekolah . Semangat mereka nak beli buku dan alat tulis .” Tulis datin Shahida di ig miliknya
Had Bajet RM200
Perkongsian video berdurasi 1 minit 30 saat itu menampilkan sisi polos mereka ketika memilih barang. Lebih mencuit hati, meskipun mereka anak kepada pasangan usahawan berjaya, perbelanjaan tetap dihadkan tak boleh lebih daripada RM200 sahaja.
Riak wajah Yusoff dan Raudhah jelas kelihatan excited setiap kali dapat capai barang. Tetapi setiap kali mereka pilih sesuatu, kedengaran suara “abang wan” yang menemani, menyoal, “Nak buat apa tu?” sehingga membuat suasana jadi lebih lucu dan bersahaja.
Netizen Terhibur
Gelagat mereka ini membuat ramai netizen terhibur. Ada yang meninggalkan komen lucu, malah ramai yang mengulang kembali dialog Raudhah dan Yusoff yang kedengaran spontan.
Tak kurang juga yang memuji cara Aliff Syukri dan Shahida mendidik anak-anak, walaupun berada dalam keluarga mewah, mereka tetap diajar hidup sederhana dan tahu menghargai nilai setiap barang.
Sentiasa Jadi Tumpuan
Tidak dinafikan, keluarga besar Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida sering menarik perhatian warganet. Dari aktiviti harian, gaya hidup hingga ke momen kecil seperti ini, setiap perkongsian pasti menjadi bualan ramai. Lebih-lebih lagi bila membabitkan gelagat anak-anak mereka yang comel dan bersahaja.
Sekali lagi, Yusoff dan Raudhah membuktikan, walaupun lahir dalam keluarga terkenal, sikap polos dan cara membesar mereka tetap dekat di hati orang ramai.
“Sakit paling pedih kehilangan orang yang kita sayang. Pemergianmu yang cukup memberi kesan yang amat mendalam di hati Mommy..”
Begitulah luahan hati seorang ibu melalui akaun Tiktok ketnisshah_ yang berkongsi tentang pemergian puteri kesayangan dia dan suami.
Ibu ini melahirkan rasa rindunya yang tidak berpenghujung, kerana hanya sempat memegang, bermain dan memanjakan puteri sulungnya itu terlalu sekejap sebelum bayinya terpaksa ditahan di hospital.
“Bermainlah di syurga sana sayang. Tunggu Mommy Daddy..”
Katanya lagi, hanya empat hari sahaja dia dan suami dapat menjaga anak mereka sebelum bayi perempuan yang diberi nama Arianna Soffiya itu terpaksa dimasukkan ke wad. Selama dua hari berada di dalam pemantauan pihak hospital, Allah SWT lebih menyayangi anak syurga ini.
Menurut ayah kepada bayi perempuan tersebut, doktor memaklumkan bahawa anak mereka terkena jangkitan dari tali pusatnya dan doktor masih cuba untuk mengenal pasti jenis kuman tersebut.
Warganet turut meninggalkan komen takziah serta ada yang berkongsi cerita yang sama dengan pasangan ini;
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.