Ads

Aidilfitri Jatuh Hari Jumaat? Ini Penjelasan Astronomi Tentang Tarikh Hari Raya

Ketika umat Islam sedang memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, pada masa yang sama perhatian juga mula tertumpu kepada pengumuman tarikh sambutan Hari Raya di beberapa negara.

Perkara ini sering menjadi topik yang dinanti-nantikan setiap tahun, terutamanya bagi mereka yang sedang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Aidilfitri Jatuh Hari Jumaat? Ini Penjelasan Astronomi Tentang Tarikh Hari Raya

Aidilfitri Jatuh Hari Jumaat? Ini Penjelasan Astronomi Tentang Tarikh Hari Raya
Gambar AI

Memetik laporan berita harian, Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.

Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.

Ads

Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.

Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.

Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.

Ads

Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.

Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.

Ads
Aidilfitri Jatuh Hari Jumaat? Ini Penjelasan Astronomi Tentang Tarikh Hari Raya
Gambar AI

Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.

SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.

Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.

Sumber : Berita Harian

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Doa Mustajab Di Bulan Ramadan, Termasuk Doa Anak Jadi Pintar

Doa Mustajab Di Bulan Ramadan menjadi amalan penting bagi ibu bapa yang mendoakan kebaikan keluarga termasuk doa agar anak menjadi pintar, berilmu dan diberkati Allah.