Ketika umat Islam sedang memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah, pada masa yang sama perhatian juga mula tertumpu kepada pengumuman tarikh sambutan Hari Raya di beberapa negara.
Perkara ini sering menjadi topik yang dinanti-nantikan setiap tahun, terutamanya bagi mereka yang sedang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.
Aidilfitri Jatuh Hari Jumaat? Ini Penjelasan Astronomi Tentang Tarikh Hari Raya
Gambar AI
Memetik laporan berita harian, Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) melalui balai cerap astronominya mengeluarkan penentuan astronomi tepat mengenai anak bulan Syawal 1447 Hijrah, yang dijangka berlaku pada Jumaat, 20 Mac, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Menurut SAASST, 20 Mac akan menandakan hari pertama Aidilfitri di seluruh Emiriah Arab Bersatu, sekali gus mengesahkan yang Ramadan akan genap 30 hari.
Ia berkata pengiraan astronomi menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada Rabu, 18 Mac (29 Ramadan), iaitu malam cerapan anak bulan.
Ads
Pada malam itu, bulan terbenam sebelum matahari di ufuk barat, justeru Khamis, 19 Mac akan melengkapkan bulan Ramadan.
Balai cerap itu memaklumkan yang kesebarisan permukaan bulan di langit Sharjah akan berlaku pada 4:24 pagi waktu UAE pada Khamis.
Menjelang waktu matahari terbenam pada hari itu, usia anak bulan hanya kira-kira14 jam enam minit, dengan jarak sudut 6.5 darjah dari matahari dan berada kira-kira enam darjah di atas ufuk barat, serta hanya bertahan 29 minit selepas matahari terbenam.
Ads
Keadaan kritikal ini menjadikan pencerapan anak bulan hampir mustahil, walaupun menggunakan teleskop dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar di kawasan tempatan.
Menurut laporan itu, teknik pengimejan canggih mungkin dapat merakam imej samar anak bulan, namun kebarangkaliannya masih rendah.
Ads
Gambar AI
Walau bagaimanapun, beberapa negara Arab dan Islam mungkin berjaya melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau teleskop kerana faktor geografi yang lebih sesuai.
SAASST menegaskan ramalannya yang dengan izin Allah, Jumaat 20 Mac akan menandakan 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri bagi UAE dan kebanyakan negara Islam.
Namun, negara yang bergantung sepenuhnya kepada cerapan mata kasar atau teleskop khususnya yang memulakan Ramadan pada Khamis, 19 Februari, bukannya Rabu seperti di UAE mungkin akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
JKM Seberang Perai Utara kini sedang giat mengesan ibu kandung serta waris kepada seorang bayi perempuan berusia dua bulan bagi membantu proses kebajikan dan perlindungan kanak-kanak berkenaan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara memaklumkan bahawa usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kebajikan serta masa depan bayi terbabit dapat ditentukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara, Norizzati Rosli berkata, usaha mengesan ibu kandung bayi itu sedang dijalankan dan pihaknya dan berharap ibu berkenaan atau mana-mana ahli keluarga terdekat tampil segera bagi membantu siasatan serta urusan berkaitan.
Menurut beliau, hebahan kepada media dibuat selepas Permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 diluluskan, sekali gus membolehkan maklumat mengenai bayi tersebut disiarkan kepada umum.
“Permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, bayi perempuan itu ditemui di sebuah tandas milik orang Melayu di Sungai Dua pada 13 November tahun lalu dalam keadaan masih bertali pusat sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa dan JKM segera mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan bayi berkenaan menerima perlindungan serta penjagaan yang diperlukan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ibu bapa kandung bayi terbabit diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Utara di talian 04 575 8715 atau melalui e-mel izzatirosli@jkm.gov.my.
Kerjasama masyarakat amat diharapkan agar ibu kandung atau waris dapat dikesan secepat mungkin demi kepentingan terbaik kanak-kanak berkenaan.
Sumber: MalaysiaGazette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri seharusnya diberikan layanan bagai permaisuri, dihargai dan dicintai sepenuhnya oleh suami. Jika anda mempunyai suami romantis begitu, bersyukurlah. Ada sesetengah wanita yang nasibnya tidak sebaik kita, dikurniakan suami yang lebih banyak menyakikan hati berbanding menyayangi.
Dalam perkongsiannya melalui akaun Instagram, Joy Revfa, pengasas kosmetik terkenal, berkongsi tentang kesedihannya dengan nasib kaum wanita yang ditindas lelaki.
Kata Joy, ada segelintir teman-temannya yang turut mengalami nasib kurang baik selepas berkahwin. Mereka menjadi mangsa suami yang panas baran, kaki mabuk dan suka ‘naik tangan’ ke atas si isteri. Dek kerana rasa tidak puas hati itu, Joy menyuarakan pendapatnya berkenaan isu itu.
⛔️STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN ! ✋? . Pelik lah lelaki suka pukul perempuan ni.. Dah lah pukul pastu berhutang berpuluh ribu lak tu dari perempuan yg dulu kau syg. Tapi alhamdulillah , joy sendiri tak pernah dapat lelaki spesis mcm ni seumur hidup.. Semoga Allah swt lindungi joy dari jantan dayus kaki pukul sebegini. Bila gathering bersama kawan2 perempuan, 80% punca utama kawan2 joy bercerai sbb ramai yg bekas lelaki kaki pukul + kaki betina. Ada yg paling sedih, kawan joy dapat lelaki “complete set” Kaki pukul + minum arak + kaki betina + berhutang..! ? Wey jantan! Korg nak apa sebenarnya ni eh baghal..?!!! dah la kebas duit pastu kau lanyak lak insan yg lemah mcm ni.. ? Bila nasihat kawan suh report polis, dorg kata sayang.. sayang jadah apa mata & badan habis lebam2 . Mak ayah dia pun tak pernah pukul seteruk mcm tu.. ? Sedih bila lihat sahabat sendiri di tumbuk & dipukul oleh “boyfriend” sendiri.. Allahu.. Kejamnya lelaki skrg ni. Maka kalau anda dikurniakan lelaki yg amat memuliakan & menghormati mu, jaga lah dia baik2.. kerana lelaki sebegini lah peneman utk mu di dunia & di syurga nanti.. ?. . Ketahuilah wahai lelaki, Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.. . . Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud, “Dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang baik untuk kamu.” . . #sayno #stopvoilenceagainstwomen #allahbayarcashdidunia #janjiallahitupasti #tunggukifarahallahakantiba
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sekitar tahun 2014 dan dikatakan angkanya meningkat setiap tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah:
*Pertelingkahan antara pasangan
*Pasangan mempunyai sikap panas baran dan kerap melampiaskan amarah dengan kata makian dan ugutan
*Ketagihan dadah, alkohol atau judi
*Masalah kewangan
*Cemburu yang keterlaluan
Sekiranya anda mahupun kenalan mengalami situasi begini, ia telah merangkumi skop keganasan rumah tangga:
1. Si pelaku menyebabkan kecederaan fizikal
2. Mangsa berasa trauma dan takut dengan si pelaku walaupun tanpa sebab
3. Mangsa dipaksa atau akan diancam keras untuk melakukan hubungan seks
4. Si pelaku melakukan khianat dengan merosakkan harta benda
Untuk mendapatkan bantuan, anda boleh merujuk ke One-Stop Crisis Center (OSCC) di hospital besar berhampiran sekiranya anda diapa-apakan. Kemudian segera buat laporan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dan jangan tangguh untuk buat laporan polis. Hubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dan jangan segan untuk menghubungi agensi NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Isteri dan anak-anak tak perlukan hidup yang mewah pun untuk bahagia. Cukuplah dengan layanan baik dan dihargai, sudah cukup untuk buat senyuman terukir di bibir mereka. Seorang ayah adalah harapan sebuah keluarga dan tidak mudah menggalas tanggungjawab berat untuk mencari nafkah serta membahagiakan isteri dan anak-anak.
Biarpun hidup bersederhana, anak-anak hanya mahukan perhatian dari ibu ayah mereka. Tanpa perlu dilimpahi kemewahan pun, anak-anak boleh merasai kasih sayang kita. Usaha kecil pun jika dilakukan dengan ikhlas akan memberi impak yang besar pada emosi anak.
Seperti yang dikongsikan oleh nurulfadiahabubakar di akaun TikToknya apabila dia dan suami merancang sambutan hari jadi anak mereka biarpun tidaklah mewah. Sambutan yang sederhana tapi cukup ‘meriah’ dengan kasih sayang.
Pada awalnya dia telah memberitahu bahawa mereka berdua terlupa akan tarikh hari jadi anak mereka. Si suami lantas mengajak isterinya untuk membeli kek.
Tonton video ini;
Kemudian ada dua buah lagi video yang dimuatnaik menunjukkan mereka sekeluarga begitu seronok menyambut hari jadi si anak.
Bila melihat video keluarga ini jelas kelihatan kebahagiaan mereka. Ia membuktikan tanpa majlis sambutan hari jadi yang besar pun sudah cukup untuk buat anak merasa teruja. Sudah pasti kenangan indah seperti inilah yang akan anak-anak ingat sehingga mereka dewasa kelak. Semoga keluarga ini terus bahagia dan diramati Allah SWT selalu!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).