“Aina Banyak Diam, Ni Baru Dia Ceria..” Kelahiran Anak Ke-2 Mencabar – Hafiz Mahamad

Share

Pada 26 Julai lalu, usahawan yang juga influencer, Hafiz Mahamad mengucapkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya. Kehadiran Rayqal Arees melengkapkan hidup Hafiz dan isteri, Syafiqah Aina kerana dah dapat sepasang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di akaun instagram Hafiz, dia berkongsi mengenai pengalaman isterinya selepas bersalin yang mana emosi dan mood masih tak stabil.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat suami agar sentiasa ambil berat mengenai keadaan isteri dalam pantang dan sentiasa meringankan urusannya agar insan kesayangan kita tak cepat beremosi. Tambah pula diri masih dalam keadaan lemah.

Saya kesian tengok Aina, harini baru dia start senyum dkt saya. Memang saya rasa tak kena kalau dia tak senyum, sebab senyum tu lah yg saya perlukan hari hari

Tp faham sangat keadaan dia, waktu melahirkan tu memang lama dia tahan sakit & darah pun banyak keluar. Badan & mental pun tak stabil

Seminggu ni, mmg saya & Aina banyak diam. Kurang berbual & saya kesian bila tengah malam dia kena pump susu, kadang sampai tertidur duduk. Saya nak ajak bergurau / bercakap pun takut, sebab setiap kali tgk muka “ini signal” tak kena ni hehe

Ada 1 situasi, saya memang dh set nk berjaga malam sebab setiap 1 – 2 jam mmg kena bg susu. Ingat lg jam 3/4am, saya boleh pula tertidur. Aina kejut suruh panaskan susu, saya pi dapur panaskan susu & sementara menunggu susu nak panas tu saya tertidur

Sedar sedar je ! Bila sedar, saya tengok cawan airpanas je ada, susu dah takda. Tengok tengok jam, Ya Allah aku terlajak. Perasaan waktu ni, “saya mmg serba salah & rasa diri tkboleh harap”

Masuk je bilik, saya terus minta maaf. Bg dia masa sikit & terus dpt whatsapp “sayang minta maaf kalau terlalu emotional lately” ni. Alhamdulilah ini yg saya nak selama berkahwin, kita tak panjangkan cerita tu tp kita cepat berbaik

Harini Alhamdulilah, dia dah start senyum & nampak segar balik
Kalini punya melahirkan, sangat mencabar
Hampir seminggu dah anak ke 2 saya lahir & setiap hari kena ke klinik/hospital sebab baby kuning & kakak yg sulung tu demam

Apa apa pun, dia wanita. Saya dpt tahu 1 perkara, wanita selepas dia melahirkan. Mcm mcm perkara dia akan rasa
“Rasa diri dh tak cantik, badan dah hancur & lain lain”
Kalau bab emosi, itu mmg tak stabil

Ainaa, apa pun awak rasa. Abang nk awak tahu, sampai bila bila pun awak adalah wanita yg cantik. Bukan sweet talker ni, tp ini hakikatnya 💙

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”

Kredit: IG Hafiz Mahamad

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

IKLAN