Allah sebaik-baik perancang, berkat hari Jumaat yang mulia, siapa sangka adik Ainul Mardhiah dah mula menunjukkan perkembangan yang baik setelah diberi alat bantuan pernafasan dan ditidurkan buat kali kedua beberapa hari lalu.
Melalui perkembangan terkini yang dikongsikan oleh bapa Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul mula memberi respon yang baik hari ini dan mula angkat tangannya.
“Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. Our little fighter dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya.
Susulan perkongsian tersebut, orang ramai mengucapkan syukur ats nikmat tersebut dan ternyata semangat Ainul sangat kuat walaupun keadaannya masih lemah.
Sebelum ini, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan tak memuaskan kerana diserang sawan panas banyak kali sehingga doktor ambil keputusan untuk rehatkan badannya.
Ads
Walaupun diuji dengan ujian tersebut, ahli keluarga Ainul tak berputus asa dan sentiasa memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat Ainul.
Sikap positif daripada walid dan mama Ainul ini juga mungkin jadi kekuatan Ainul untuk terus kuat.”
Dengan perkembangan baik yang ditunjukkan oleh Ainul, ramai yang memanjat kesyukuran dan berharap si comel ini terus sihat dan dan diberi kesembuhan dari segala penyakit.
Ads
“Allahu, di hari Jumaat yang INDAH . U’re the real fighter AINUL MARDHIAH ! Bangkit yeee anak.”
“Allahuakbar. Alhamdulillah.. Ainul kuat 💪 semoga cepat sembuh dari segala kesakitan. Aaminn”
“Syukur Alhamdulillah terus kuat ye adik Ainul sayang❤️”
Sewaktu keadaan Ainul berada dalam keadaan tak memuaskan, walidnya memang berserah pada Allah dan memohon ada keajaiban untuk Ainul. Kesedihan itu juga sangat dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, satu lagi momen manis buat pelakon cantik kesayangan ramai, Rita Rudaini, apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.
Majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, Perlis itu menjadi saksi Rita diiktiraf atas sumbangan beliau dalam dunia seni dan kerja-kerja kebajikan yang selama ini beliau lakukan dengan penuh keikhlasan.
Mak ayah, siapa yang ikut perjalanan hidup Rita, pasti tahu betapa kuatnya beliau sebagai seorang wanita dan ibu. Lebih 20 tahun dalam bidang seni, Rita kekal istiqamah, menjaga nama baik diri dan anak-anak, serta konsisten memperjuangkan kualiti lakonan.
“Saya anggap ini rezeki untuk anak-anak saya, Rayyan dan Arjuna, serta semua yang sentiasa sokong saya sejak dulu,” kongsi Rita dengan penuh rasa syukur.
Kita sendiri tahu, bukan mudah jadi ibu tunggal yang membesarkan anak-anak lelaki yang sedang membesar. Tapi Rita buktikan, bila hati kita kuat dan niat kita ikhlas, Allah sentiasa bantu dan buka jalan.
Beliau anggap anugerah ini sebagai hadiah besar buat kedua-dua anak kesayangan, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang menjadi sumber kekuatannya setiap hari.
“Setiap usaha ikhlas dan jujur pasti Allah balas, cepat atau lambat. Anugerah ini bukti keikhlasan itu dihargai,” katanya lagi.
Rita turut berkongsi, kejayaan ini bukan sekadar untuk dirinya seorang, tapi jadi tanggungjawab besar untuk terus menjaga maruah sebagai anak seni dan jadi contoh yang baik.
“Saya harap ini jadi motivasi untuk kawan-kawan artis lain supaya terus berkarya dengan penuh dedikasi, jaga maruah diri dan profesyen kita,” katanya yang sentiasa menjaga imej bersih dalam kerjaya seninya.
Bukan itu saja, Rita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Perlis, semua penerbit, pengarah, rakan media dan paling penting, para peminat yang setia menyokong dirinya selama ini.
“Tanpa sokongan semua, saya takkan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini semua rezeki Allah, hasil doa ramai orang,” katanya penuh rendah hati.
Majalah Pa&Ma ucapkan tahniah buat Rita Rudaini! Semoga terus kuat, terus jadi ibu hebat dan contoh terbaik untuk anak-anak dan masyarakat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tibanya musim ibadah korban, pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya tentang cara terbaik dan paling afdhal untuk mengagihkan daging korban.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menyertainya, atau ingin memastikan ibadah ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut tuntutan syarak.
Seorang individu telah mengajukan soalan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Alhamdulillah, saya berkemampuan untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pembahagian yang afdhal untuk saya bahagikan daging korban ini? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.”
Berikut merupakan penjelasan yang diberikan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi persoalan ini:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari: (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478)
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)
Menjawab persoalan di atas, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama ada korban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban.
Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut.
Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:
Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)
Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:
Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)
Oleh itu, al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut ialah menyedekahkan kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Amin.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!