Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.

Bila Isteri Doakan Suami, Ikhlaskan Hati. Rezeki Makin Murah, Dari Segala Sudut!Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.

Artikel Menarik: [Suami Isteri Ramai Anak Lelaki, Memang Letih Sikit. Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti!]

IKLAN

“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).

Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.

Bila Isteri Doakan Suami, Ikhlaskan Hati. Rezeki Makin Murah, Dari Segala Sudut!

IKLAN

Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)

Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]

IKLAN

Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadar Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.

https://www.youtube.com/watch?v=2q4ChBRXrv8&t=44s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI