Setelah lebih 18 hari adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dirawat di hospital selepas mengalami jangkitan kuman, perkhabaran gembira yang dikongsikan oleh bapanya dah cukup mengembirakan semua rakyat Malaysia.
Menurut Ahmad Safiuddin, perkembangan Ainul sangat positif walaupun sebelum ini berdepan dengan tempoh kritikal.
“Dalam 18 hari ni, 2 kali Ainul kritikal, 2 kali dia ventilated. Kesan ditidurkan 2 kali dan sawan yang serang berkali-kali tu mesti perlukan masa untuk Ainul recover.
“Tapi alhamdulillah, hari ini Ainul nampak semakin sihat. Dia dah start tekan-tekan radio Omar Hana dia tu tukar-tukar lagu.
Ads
“Cuma nampak dia masih belum berupaya untuk duduk sendiri. Kami kena dudukkan dan support dia.
“InshaAllah Ainul pasti boleh. Dia akan kembali sihat seperti sediakala dalam dua tiga hari lagi. Semoga Allah SWT izinkan.”
Ads
Sementara itu, di instagram mama Ainul, ramai yang turut mengucapkan syukur dengan kurniaan Allah atas peluang kedua ini untuk Ainul Mardhiah.
Ada anak kecil yang tengah melasak, ibu bapa kena beri perhatian lebih. Lagi-lagi anak yang mula pandai meneroka satu rumah. Kadang terleka sikit, macam-macam perkara boleh berlaku sekelip mata.
Sebaiknya peralatan yang berbahaya atau mainan yang boleh mendatangkan mudarat pada anak, elakkan berada di kawasan yang mudah anak capai. Anak-anak kecil ini mereka tak tahu apa. Nampak sesuatu yang menarik, itu yang menjadi minatnya.
Perkongsian dari Puan Roslinah Roslee mengenai kejadian yang berlaku pada anaknya berusia 10 bulan benar-benar memberi trauma dalam dirinya. Kejadian tertelan jeli kecil itu buatkan anaknya muntah-muntah hingga terpaksa melalui pembedahan.
Tertelan jelly mainan kakak
SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ni, saya tak nak berlaku dekat baby-baby aktif lain. Tolonglah.
Terima kasih yang mendoakan Lily. Jasa korang tak terbalas. Semoga cerita ini menjadi iktibar.
Aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kt bawah) sejak dulu. Aku pantang nampak benda ni. Its ok kalau dia dah direndam dalam air tp kalau benih yang belum di rendam tu, tolonglah..Buangkannya! Aku menyesal.. aku sangat menyesal.
Hari jumaat malam, Iriss main benda ni, tak tau la mana dia dapat. Dia sorok-sorok kemudian benda tu tertumpah! Anak yang dalam gambar ni, nama dia Lily. Aku lebih suka panggil ica sebab tiap kali panggil ica, dia akn toleh dan senyum. Ica 10 bulan masih tak tahu apa-apa dan obses dengan makanan. Semua makanan. Mungkin ica ingat tu makanan.. ica makan.. bila aku sedar dia main benda tu, rupanya,, ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar!
Aku ni mmg jenis alert dengan kesihatan anak-anak. Kalau tunjuk reaksi negatif, memang aku cepat-cepat bawa at least pergi klinik.
Kesan dari benda ni dia sangat cepat. Dalam dua jam, ica muntah-muntah. Aku tak syak lagi dia makan benda tu. Aku ingat dia muntah kahak. 3 kali dia muntah malam jumaat tu.. Hari sabtu, aku cadang nak pergi spesialist allen batu pahat, gigih aku bangun awal pagi.. sampai-sampai je klinik tutup.. Aku patah balik pt raja.. Haritu, ica muntah 8kali. Aku pergi klinik berdekatan situ. Dia bagi ubat demam dan tahan muntah.. doktor cakap ica keracunan makanan.
Aku beri ubat tu tp ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. kuasa Allah tu besar.. Hati aku asyik terpikir benda bulat ni.. walaupun kadang ada bisikan yg menafikan tapi perasaan aku benar.. benar-benar rasa yang ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap. hari ahad, aku pegi dr allen.. pagi2 aku pegi.. pagi tu sblm jam 12, 5kali ica muntah.. doc bagi ubat tahan muntah dan demam..lepastu doc kata ica keracunan..tp Alhamdulillah.. doc pesan.. “i bagi u ubt tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital”
Aku bagi ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pkl 3, ica muntah lebih 6kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pegi putra hosptal. Ya, aku tak mampu ckp dgn doc tu yg ica termakan benda asing ni sb aku tak nampak. ahad malam tu.. hati aku meronta2.. bagai menjerit..kalau boleh malam tu jugak aku nk call doc yg rawat ica..nak bgtau yg ica termakan benda ni..ica dah muntah hijau… hari ahad, lebih 25kali ica muntah.. ica tak mkan.. hari sabtu ahad dia tk makan ape pun. semua keluar balik. Aku? tak tidur..Berdoa tak lekang dari hati.. semoga Allah pindahkan sakit tu kat aku.. semoga ica sihat mcm selalu..ya allah..rindunya kt si kecik tu.
Malam ahad tu.. ica lemah sgt.. aku nekad bgtau kt nurse apa kata hati aku.. dia beri ica ubat tahan sakit dgn antibiotik.. ica tidur tp sekejap2 bangun.. aku ingt lagi, ptg ahad tu, doc ckp dah bagi ubt muntah paling kuat tp kenapa ica muntah lagi??
Nampak ‘bulat’ dalam usus
Hari isnin pagi, 8 pagi lebih, doc dtg.. Aku cerita semua dkt doc padahal doc dtg tu , aku baru bangun tidur.. sb letih sgt dah berapa hari tidur sejam dua. Aku beritahu doc yg ica sebenarnya tertelan benda tu.
Alhamdulilah doc tu amik berat ape yg aku ckp. Dia suruh pergi xray, scan ape semua.. dan mmg nampak usus ica bulat.. usus dia tersumbat sb ada benda sedang mengembang dalam usus dia..
Allahuakhbar..Longgar lutut aku.dengan laki aku tkde (urus anak sekolah) nak tk nak aku kene hadap. Tak de mase la nak cari bahu nak nangis. aku gagah jugak senyum dpn ica.. dia nangis sambil tangan dia mengapai2 tangan aku.. aku peluk dia.. Aku bisik.. “ica kene kuat sb mama tk kuat..” dia terus merengek pelan2…
Lepas scan semua, pakar bedah dtg.. Allah time tu aku terus standby duit , angka2 puluh ribu bermain dlm kepala aku.. ica mesti kene bedah.
Doc cadangkan hosp gov.. dia kata pakar terbaik.. doc yakinkan aku. siapa aku utk menidakkan kata2 doc? aku pun setuju dgn suggestion dia.aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doc.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan ape pun dari pagi.. selera hilang …
Sejam lepas tu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya org. Aku takut kalau pembedahan ica ditunda. TAPI AKU SILAP!
Terpaksa dibedah
Doc perempuan dari HSA, pakar terbaik aku pernah jumpa.. kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. setiap kata2 dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa ica dalam tangan dia..
Ica muntah.. Hitam.. doc tu cakap “adik muntah?… sikit je ye dik.. sian adik” lembut longai hati aku dengar. Perasaan takut langsung hilang. aku setuju nak buat pembedahan.. tp doc terangkan.. satu persatu.
Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak.yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantung beg utk beberapa ketika..
Luruh hati bila dengar camni…aku sign segala surat. Aku tgu ica.. aku tk nangis.. insyaallah.. jika Allah izinkan, ica akn kembali pulih..aku percaya dgn doc tu.
Selama 2jam 30min aku tk berganjak dari depan bilik bedah..aku tgu ica..at last doc panggil aku.. masuk je bilik doc, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus ica bengkak.. nasib baik aku bawak ica awl.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kene potong la ususnya.. bersyukur berjuta kali ya allah… pembedahan berjaya dan lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..
Bola tu serap air.. bola tu sgt seram bila tengok.kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akn musnah,tp yg ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doc tu cakap ? “ada lebih besar dari ni !”
Aku tk tahu nak ckp ape cuma bersyukur.mungkin benda ni korang anggap remeh tp , bila kau yg hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tlg la.. aku menyesal sgt sb tk buang benda ni waktu nampak iriss bawak masuk.. aku menyesal sgt !
Tolong jgn ulangi kesilapan aku. Sebab kecuaian aku, perut anak kecik yg masih tak tau apa-apa tu dah kene belah.. sumpah menyesal! Doakan ica ye.. supaya cepat sembuh dan usus pulih dengan baik.. terima kasih.. ❤️
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendakap gigi, berapa umur kanak-kanak sesuai pakai. Pendakap gigi, atau juga dikenali sebagai braces, adalah alat perubatan pergigian yang digunakan untuk memperbaiki susunan gigi yang tidak sekata, gigi yang berlapis, atau masalah gigitan (seperti overbite dan underbite).
Soalan yang sering timbul, bolehkah kanak-kanak memakai pendakap gigi? Jawapannya adalah ya, tetapi dengan beberapa syarat tertentu.
Berikut usia yang sesuai, faktor yang perlu dipertimbangkan, dan kebaikan memakai pendakap gigi untuk kanak-kanak.
Biasanya, kanak-kanak boleh mula memakai pendakap gigi seawal usia 8 hingga 14 tahun. Pada usia ini, gigi kekal sudah mula tumbuh sepenuhnya, dan tulang rahang masih berkembang. Oleh itu, ini adalah masa terbaik untuk melakukan rawatan kerana tulang yang sedang membesar lebih mudah dibentuk berbanding pada usia dewasa.
Namun begitu, kanak-kanak yang lebih muda juga boleh memakai pendakap gigi jika terdapat masalah yang serius seperti:
Gigitan terbalik (crossbite) – keadaan di mana gigi atas tidak sejajar dengan gigi bawah.
Gigi bertindih secara teruk (severe crowding) – keadaan di mana ruang pada rahang tidak mencukupi untuk semua gigi.
Sebelum kanak-kanak memakai pendakap gigi, lawatan ke pakar ortodontik adalah langkah pertama yang wajib. Pakar akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh termasuk mengambil imbasan sinar-X, cetakan gigi, dan penilaian terhadap susunan gigi.
Berdasarkan pemeriksaan ini, pakar akan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai, termasuk jenis pendakap gigi yang paling sesuai digunakan.
Jenis-Jenis Pendakap Gigi
Kanak-kanak boleh memilih daripada beberapa jenis pendakap gigi bergantung kepada keperluan mereka:
Pendakap konvensional (logam)
Jenis yang paling biasa digunakan dan kosnya lebih berpatutan.
Pendakap seramik
Kurang kelihatan tetapi lebih rapuh berbanding pendakap logam.
Pendakap lutsinar (aligner)
Alternatif moden yang boleh ditanggalkan. Namun, ia lebih sesuai untuk kes ringan.
Pembetulan Awal
Merawat masalah gigi pada usia muda mengelakkan komplikasi yang lebih serius apabila dewasa, seperti keperluan untuk pembedahan rahang.
Meningkatkan Keyakinan Diri
Dengan senyuman yang lebih cantik, kanak-kanak cenderung menjadi lebih yakin dalam berinteraksi dengan rakan sebaya.
Meningkatkan Fungsi Gigitan
Pendakap gigi membantu memperbaiki fungsi pengunyahan dan mengurangkan risiko masalah pergigian seperti kaviti dan gigi haus.
Kanak-kanak boleh memakai pendakap gigi dengan syarat keadaan pergigian mereka diperiksa dan dinilai oleh pakar ortodontik terlebih dahulu. Usia 8 hingga 14 tahun adalah tempoh terbaik untuk menjalani rawatan kerana tulang rahang masih dalam proses perkembangan.
Dengan rawatan yang tepat, kanak-kanak bukan sahaja mendapat susunan gigi yang lebih sempurna, tetapi juga senyuman yang lebih yakin dan sihat sepanjang hayat.
Jika anda sebagai ibu bapa berminat untuk mendapatkan rawatan untuk anak anda, pastikan anda berunding dengan pakar pergigian untuk mendapatkan maklumat dan nasihat yang tepat.
Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu, kemunculan Madammu yang kini sedang berpantang untuk berkongsi perkembangan terkini dirinya dan bayi dinantikan wargamaya.
Masih belum muncul berkongsi apa-apa, namun rakan niaga Madammu yang juga sahabat turut berkongsi beberapa perkembangan terkini Madammu.
Ujar rakan niaganya itu yang berkongsi menerusi akaun Tik Tok, @ezanuraiena, ketika melalui proses melahirkan anaknya, Baby A dan Madammu kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah Madammu dan Baby A dalam keadaan sihat.
“Urusan bersalin Baby A sangat dipermudahkan. Madammu cuma ambil masa 45 minit dalam bilik bedah.
“Baby yang sangat sihat. Dengan berat 3.12kg, masuk hari ketiga doktor bagitahu tiada kuning dengan bacaan sangat rendah 118. Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Madammu yang menjalani rawatan kesuburan Persenyawaan In-Vitro (IVF) untuk cahaya mata sulungnya itu selamat melahirkan bayi yang dinantikan sekian lama pada tanggal 9 Jun lalu.