Di usia 6 bulan pertama, bayi akan mudah mengalami masalah kembung perut dan susah nak membuang air besar. Tempoh ini bayi tak pandai mengadu tetapi akan merengek siang malam untuk beritahu yang dia tak selesa.
Walaupun dah disapu minyak telon, masalah ini tetap boleh berlaku lagi jika tak cari jalan penyelesaiannya. Melalui perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad masrom di TikToknya, beliau berkongsi cara senaman untuk keluarkan angin di perut anak. Memang selepas senaman ini, bayi akan mudah kentut dan buang air besar banyak!
Senaman untuk bayi yang tak selesa di perut
Senaman ni sangat mudah dan boleh beri keselesaan pada bayi anda. Walaupun bayi tak terus membuang air besar, sekurangnya boleh melepaskan kentut dan mengurangkan angin dalam perut. Memang mudah dan berkesan!
1.Tolak lutut bayi ke perut. Pastikan ketika lakukan senaman ini bayi tenang dan tidak menangis.
2. Lakukan secara 2-3 kali dan anda dapat dengar bunyi ‘prutt’ menandakan perut anak dah keluar angin!
Ads
Daripada perkongsian Puan Nad tersebut, ramai yang bersetuju teknik ini membantu dan berkesan. Cuma rajin atau tak saja nak buat. Tak semestinya buat hari-hari pun.
Bila nampak anak tak selesa dan tak membuang dalam tempoh beberapa hari, bolehlah buat senaman ni perlahan-lahan. Paling penting kena buat masa anak tak menangis. Biar anak tenang lagi mudah dia bagi kerjasama.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Katanya, senaman menaikkan peranakan itu hanya boleh dilakukan oleh ibu berpantang tertentu dengan situasi tertentu sahaja.
“Ya saya menerima banyak kecaman ketika melakukan senaman itu dan orang mengaitkannya dengan demam bentan.
“Ramai cakap siapa suruh saya angkat kaki dalam senaman peranakan itu dan mereka katakan ia punca saya demam bentan.
“Sebenarnya ia tiada kaitan pun, malah sebelum melakukan senaman itu saya sudah meminta nasihat doktor dan bidan.
“Malah senaman itu diajar oleh doktor sendiri untuk menaikkan peranakan dan baik untuk ibu yang baru lepas bersalin.
“Lagipun situasi saya berbeza kerana saya bersalin normal dan tiada sebarang jahitan sekalipun. Jadi saya dibenarkan melakukannya dan ia selamat,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Dynas telah dikecam apabila memuat naik video bersenam ketika sedang berpantang.
Dynas baru sahaja melahirkan anak ketiganya Edriel Obil pada Mei lalu.
Justeru, Dynas berkata dia tidak melayan segala komen netizen mengecamnya kerana bimbang berdepan risiko ‘meroyan’ ketika berpantang.
“Ada sahaja kata-kata negatif diberikan seolah-olah mereka (netizen) lebih tahu mengenai situasi dialami.
“Jadi, saya memilih untuk menyekat akaun yang berpotensi meninggalkan komen berbaur negatif.
“Bukan apa, saya masih berpantang. Jika tersilap langkah boleh membuatkan diri meroyan kerana hormon pun kurang stabil,” katanya lagi.
Dengan penularan pelbagai jenis penyakit yang melanda negara dan juga seluruh dunia baru-baru ini pastinya merisaukan ibu ayah terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
selain mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan untuk mengelakkan penularan penyakit, ibu bapa juga perlu mengambil kira pemakanan yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak agar dapat membantu sistem pertahanan badan mereka sekaligus dapat mengurangkan risiko dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan juga yang tidak berjangkit.
seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau mencadangkan beberapa jenis sayuran yang boleh diberikan kepada anak-anak untuk meningkatkan daya tahan si kecil.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
.Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Baru-baru ini, pihak berkuasa di China telah melaporkan pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan kes jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan makmal menunjukkan virus penyebab jangkitan tersebut bukanlah virus influenza, virus adeno, virus korona sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV) mahupun virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Akan tetapi, virus yang telah dikenal pasti adalah virus korona baharu (novel coronavirus).
Perkara ini membuatkan pihak kerajaan Malaysia komited untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kes jangkitan virus korona import seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Thailand.
Penularan virus korona Wuhan masih tidak cukup maklumat
Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.
Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.
Oleh kerana gejalanya seakan sama dengan jangkitan influenza yang sedang melanda negara, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mengumpul maklumat pesakit yang mengalami jangkitan tersebut.
Ini bagi memastikan tiada dalam kalangan individu tersebut yang dijangkiti dengan virus korona baharu.
Sebenarnya, jangkitan influenza tak perlu dilaporkan kepada kementerian, bagi mengelak wabak ini menular di Malaysia, langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Maklumat yang diperlukan akan dikumpul dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, tiada kes virus korona yang dikesan di Malaysia.
Menurut Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, masyakat perlu memberikan perhatian lebih bagi mengelak penularan wabak virus tersebut. Ini kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghindarinya.
Langkah yang diambil kerajaan bagi menyekat penularan wabak virus korona
Dalam usaha memelihara kualiti kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah bagi menghindari wabak virus korona Wuhan di Malaysia.
Antaranya seperti:
Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara telah dimaklumkan tentang wabak ini. Langkah pencegahan dan kawalan infeksi telah dilaksana
Memperkukuhkan ujian saringan demam dengan alat pengesan termal di kalangan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa Negara
Jika ada pelancong yang dikesan demam dan ada simptom berkaitan jangkitan paru-paru atau jangkitan influenza, pemeriksaan akan dilakukan di pusat kuarantin kesihatan
Memperkukuhkan ujian saringan pesakit di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital bagi yang disyaki menghidap jangkitan virus korona
Individu yang mengalami gejala penyakit respiratori akut (demam, batuk, selesema, sukar bernafas) setelah pulang dari Wuhan dalam tempoh 14 hari, digalakkan menjalani ujian saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran
Jika terdapat kes yang disyaki disebabkan oleh virus korona Wuhan, laporkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM
Memperkukuhkan keupayaan pengesanan dan pengesahan virus korona baharu
Anggota KKM perlu memakai peralatan pelindung peribadi seperti topeng muka dan sarung tangan ketika mengendali kes wabak virus korona
Bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan KKM terhadap serangan virus korona baharu
Penularan virus korona Wuhan di negara lain
Setakat ini, lebih 500 individu di China disahkan menghidap jangkitan virus (termasuk kakitangan kesihatan) dan jumlah kematian mencatatkan seramai 17 orang.
Terdapat lebih daripada enam kes yang telah disahkan positif virus korona di luar negara China. Dua kes di Thailand, satu kes di Jepun, satu kes di Amerika Syarikat, satu kes di Taiwan dan satu kes di Korea Selatan. Terbaru, satu kes telah disahkan di Hong Kong.
Walaupun virus itu dikatakan menular kerana makanan laut, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), mereka yang melancong ke negara China berpotensi dijangkiti dengan virus tersebut.
Ini berikutan mereka terdedah dengan individu yang mengalami jangkitan virus tersebut, justeru meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti.
Setakat ini, berbanding dengan wabak SARS yang pernah menular pada tahun 2003, penularan virus Wuhan masih lagi tidak agresif.
Namun, peningkatan jumlah pelancong bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi agak membimbangkan kerajaan China.
Langkah pencegahan yang wajar diamalkan netizen
WHO telah menyarankan beberapa langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Antaranya seperti:
Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul. Panduan 7 langkah basuh tangan yang disarankan oleh WHO boleh diguna pakai
Patuhi etika batuk dan bersin ketika berada di tempat awam. Tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan siku
Elak dari bersentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom selesema
Pastikan anda mengambil makanan yang telah dimasak dengan baik. Elak makan makanan separuh masak
Elak bersentuhan secara terus dengan haiwan liar atau haiwan ternakan. Jika perlu, guna sarung tangan ketika menguruskan haiwan tersebut
Konklusi
Jika anda mengalami simptom influenza seperti batuk, selesema atau demam, jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.
Setakat ini, tiada panduan berkenaan simptom khusus bagi jangkitan ini yang telah dikeluarkan.
Jika anda baru pulang daripada Wuhan dan mengalami simptom selesema, kunjungi fasiliti kesihatan berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan adalah satu tempoh yang penuh dengan perubahan fizikal dan emosi. Namun, tekanan atau stres yang tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada ibu, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan.