Ainul Mardhiah yang ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sejurus tiba dari London, kelmarin kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, kepada BH Online.
“Ainul berada keadaan stabil, doktor sedang menguruskannya setelah melalui perjalanan yang agak panjang,” katanya.
Ahmad Safiuddin memaklumkan beliau belum pasti berkenaan rawatan susulan yang akan dilakukan ke atas bayinya itu kerana doktor pakar masih dalam perbincangan sesama mereka.“Sejak pulang ke tanah air kami keletihan sedikit kerana perubahan cuaca dan keadaan, selain sibuk dengan beberapa perkara untuk diselesaikan,” katanya.
Ads
Ainul Mardhiah yang kini berusia 11 bulan, dibawa ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.
Dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut pada 10 Jun lalu di Hospital Great Ormond Street, London.
Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Ads
Selepas pembedahan itu, Ainul Mardhiah yang awalnya memiliki berat 2.5 kilogram (kg) ketika tiba di London, menunjukkan perkembangan menakjubkan dan beratnya bertambah secara konsisten sehingga 3.1kg.
Kelmarin, Ainul Mardhiah bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 23, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi menaiki penerbangan Malaysia Airlines.
Mereka ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia yang juga Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker; Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.
Ajar dari kecil anak-anak susun barang seperti buku, toys dan baju mengikut sistem konmari supaya mereka tahu betapa pentingnya rasa bertanggungjawab ke atas barang sendiri.
Mama juga kena selalu pesan barang susun ikut kategori. Contohnya box lego mesti ada barang lego sahaja, tidak cantik jika dicampur. Semua benda ada rumahnya, itu konsep asas home organizing.
Apa yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali dan dipraktikkan kepada anak-anaknya adalah dengan menggunakan teknik Konmari yang nampak lebih kemas dan teratur.
Bukan setakat kemas, teknik ini juga lebih mudah buat anak memilih dan mencari mainannya tanpa bercampur aduk dalam satu bekas.
Kereta tak boleh bercampur dengan lego. Kad tak boleh bercampur dengan mainan lain. Tahu kenapa?
Sebab bila kita campur semua toys,anak-anak jadi sukar nak cari mainan sebab tak nampak mainan apa yang mereka ada ataupun tak jumpa.
Bila ada sistem storage yang betul.
Kalau ke kedai nampak mainan lego bila anak minta nak beli:
“Mama..nak lego?”
“Oh lego kita ada di rumah.Nanti balik kita tengok berapa banyak lego kita ada.Mesti seronok main kan?”
Sistem storage yang sistematik juga sangat memudahkan anak-anak untuk bermain dan kemas sendiri. Jika main sepah macam mana sekalipun kita sebagai ibu tak perlu risau sebab dah sediakan sistem untuk mereka atur dan kemas semula.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak salah kita teruja dengan anak orang lain, suapkan makanan dan sebagainya tapi bertanyalah dahulu kepada ibunya. Bukan apa, bimbang anak kecil itu mengalami alahan yang tidak sepatutnya. Susah kita nanti.
Adalah sewajarnya kita beri sahaja kepada ibunya dan minta dia suapkan sendiri kerana dia lebih tahu. Perkongsian Pn Maryam Jamadi ini seharusnya membuka mata kita agar jangan sewenang-wenangnya memberikan makanan pada anak kecil orang lain.
“Kalau dengan anak saya jangan suapkan apa-apa sebelum beritahu ya”
Terkejut saya apabila ternampak ada seorang wanita menyuap kek kepada bayi kenalan saya. Terus saya datang ingatkan supaya jangan suap apa-apa makanan kepada anak saya (waktu itu umur 11 bulan) sebelum tanya saya dahulu.
Bukan apa, anak saya elergi: – Telur, walaupun makan secubit. Anak akan serta merta muntahkan semua isi perut. Makan muntah, minum susu muntah. Tak sanggup nak menghadapnya lagi.
– Susu/dairy dan semua produk berasaskan susu (keju, butter, yogurt, biskut yang ada milk powder, roti yang ramuan ada susu). Susu tanpa laktosa pun tak boleh. Naik ruam di pipi, kaki dan tangan.
– Habuk/ dust mites. Yang ini memang saya dan anak pertama pun elergi. Naik ruam kalau kena habuk. Kalau kemas rumah, terpaksa pakai “face mask”. Tidur rumah orang lain, saya akan siap-siap bawa cadar bersih.
– Salmon, ini saya baru discover beberapa minggu lepas. Buat masa sekarang, reaksi elergi makan salmon paling bahaya. Tekak seperti tersekat, walaupun makan sikit sahaja sebesar saiz nasi.
Pernah dapatkan konsultasi doktor untuk lakukan ujian elergi semasa anak umur 8 bulan, tetapi doktor kulit kata kena tunggu besar sedikit. Untuk bayi, doktor cadangkan buat patch test. Tapi memandangkan anak saya memang sah elergi, memang naik merah dekat kulit yang kena. Saya tak jadi buat.
Bukan apa, produk dan makanan harian kita banyak yang menggunakan telur dan susu. Risau juga bila saya tak ada bersama anak saya, tiba-tiba ada orang suapkan makanan yang anak elergik. Tak sanggup nak bayang, cukuplah pengalaman yang ada.
Biasanya saya akan cuba bagi sedikit sahaja untuk pantau, ada banyak juga jenis makanan yang saya tak pernah cuba bagi. Contohnya makanan laut (udang, ketam, sotong) dan ikan bilis, sebab saya juga ada elergik makanan ini sehingga sekarang.
Pengalaman elergi yang paling teruk saya pernah alami adalah elergi ubat tahan sakit. Terjadi 2 tahun lepas, waktu itu saya baru balik klinik sebab ada masalah sakit belakang, mujurlah tidak serius. Semasa perjalanan balik ke rumah, saya terus makan ubat tersebut. Dalam masa seminit, tekak seperti tersekat terasa ada sesuatu di anak tekak.
Saya terus terbatuk-batuk dan minum air, konon-konon nak keluarkan “sesuatu” yang tersekat. Serta merta, suami saya kata mata saya merah membengkak. Saya terus buka “torchlight” di telefon dan lihat di cermin. “Elergi! Kena patah balik klinik!”
Sahlah, tekak, mata dan muka saya bengkak. Semuanya berlaku hanya beberapa minit sahaja. Dari terbatuk-batuk sehingga suara saya hilang terus. Memang cemas sangat waktu itu, mujur Allah panjangkan nyawa saya lagi sebab kebetulan memang klinik tidak jauh. Saya terus minta suami patah balik ke klinik. Dapat suntikan, terus kesan elergi surut.
Seminggu baru suara dan mata saya pulih sepenuhnya. Pengalaman baru buat saya, biasa tengok di movie ada orang elergi sampai tahap sesak nafas.
Selepas kejadian itu, perkara wajib saya buat adalah: 1. Minta suami ingat nama spesifik ubat yang saya elergi, wajib beritahu pihak hospital/klinik sekiranya terjadi apa-apa pada saya. 2. Maklumkan ahli keluarga terdekat yang saya ada elergi ubat. 3. Sentiasa maklumkan kepada doktor yang merawat sejarah elergi supaya mereka ambil langkah berjaga-jaga setiap kali beri ubat atau antibiotik yang baru.
Begitulah. Mungkin ada orang pandang saya seperti menjaga sangat pemakanan anak, mereka tak tahu yang semuanya bersebab. Yang menghadap kesan elergi adalah kita, mak ayah. Masa anak pertama saya, cuma pantau setiap kali cuba beri jenis makanan baru.
Tapi anak kedua ini, nak beri apa-apa makanan pun saya berdebar. Tapi saya pandang dari sudut positif, buat saya rajin nak belajar memasak sebab kasihan lihat anak jenis suka cuba makanan baru tapi tak dapat makan.
Saya harap mak ayah lain dan sesiapa yang membaca dapat ikhtibar. Mohon tegas apabila melibatkan pemakanan anak-anak dan elakkan juga menyuap makanan kepada anak orang lain terutamanya anak umur 2 tahun ke bawah tanpa pengetahuan mak ayahnya.
Maryam Jamadi Suka makan udang, sotong dan ketam tapi tak boleh makan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita nampak pengorbanan seorang ibu. Namun kali ini pengorbanan seorang ayah demi anak syurganya begitu membuatkan ramai kagum. Semua yang dilakukan adalah untuk memastikan anak kelima dari enam beradik ini sentiasa selamat.
Menurut Chef Rusman, dia mempunyai enam orang anak berusia 19, 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun. Namun anak kelima yang satu-satunya anak lelaki, Muhammad Noah Asfa berusia 7 tahun disahkan autisme.
Walaupun disahkan autisme, kami sekeluarga sangat sayangkannya dan sanggup buat apa saja demi keselamatan dan kejayaan pada masa depan. Disebabkan dia autisme, memang tingkah lakunya sukar nak dikawal kerana dia bukan tahu apa yang bahaya atau tidak untuk dirinya.
Anak saya ni kreatif dari segi permainan lego. Dia boleh buat macam-macam tapi yang saya perasan, sejak kecil dia memang takut pada buaya. Jadi saya terpaksa umpan ‘buaya’ untuk diletakkan di mana-mana sudut rumah bagi memastikan dia masuk bilik dan tidur pada waktu malam.
Ini kerana dia memang suka tidur lambat. Jadi kami sekeluarga bimbang jika dia melakukan sesuatu perkara yang kami tak sedar sehingga boleh menyebabkan kecederaan dirinya atau menimbulkan masalah lain pula.
Kebetulan saya ada kepakaran dalam bidang membaking dan kulinari. Dari situ timbul idea untuk membuat roti buaya bagi memastikan tingkah lakunya terkawal untuk bagi dia tidur awal. Idea ini bukan menakut-nakutkannya tetapi orang kata sebagai langkah pencegahan.
Lagipun dia anak istimewa, kalau kita beritahu dia banyak kali pun, bukanlah seperti kanak-kanak normal lain yang boleh faham dan ingat. Mungkin ada sesetengah orang akan bagi tanggapan negatif, tapi disebabkan jam 3 atau 4 pagi pun masih belum tidur siapa yang tak risau. Jika dia tahu ada replika buaya ini, memang akan tidur awal dan pagi esoknya baru bangun.
Kami sekeluarga memang memanjakannya. Apa yang dia nak, kakak-kakaknya akan ikut. Tambah pula dia seorang lelaki.
Kongsi Chef Rusman yang mempunyai kedai bakeri sendiri, sebulan dua atau tiga kali buat roti buaya ini. Biasanya akan disimpan di dapur. Bila dah reput, baru saya akan buat yang lain.
Saya akan buat siap-siap di kedai dan baru bawa balik ke rumah. Biasanya ambil masa dalam 4 jam untuk siapkan seekor buaya ini yang beratnya dalam tiga hingga lima kilogram bergantung pada saiz. Itu pun masa bawa balik kena sorokkan dulu agar anak tak tahu hal sebenar.
Material utama yang saya guna untuk pembuatan roti ini adalah brown bread. Jika diikutkan roti ini sedap dan memang boleh makan macam biasa. Kalau betul-betul wrap boleh tahan dalam seminggu.
Walau apa pun yang terjadi, selagi Allah bagi kudrat pada kami sekeluarga menjaga anak istimewa ini, saya akan buat yang terbaik untuknya dan sekarang kedai bakeri C Noah Bakery pun ambil sempena namanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!