Tak salah kita teruja dengan anak orang lain, suapkan makanan dan sebagainya tapi bertanyalah dahulu kepada ibunya. Bukan apa, bimbang anak kecil itu mengalami alahan yang tidak sepatutnya. Susah kita nanti.

Adalah sewajarnya kita beri sahaja kepada ibunya dan minta dia suapkan sendiri kerana dia lebih tahu. Perkongsian Pn Maryam Jamadi ini seharusnya membuka mata kita agar jangan sewenang-wenangnya memberikan makanan pada anak kecil orang lain.

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

 


“Kalau dengan anak saya jangan suapkan apa-apa sebelum beritahu ya”

Terkejut saya apabila ternampak ada seorang wanita menyuap kek kepada bayi kenalan saya. Terus saya datang ingatkan supaya jangan suap apa-apa makanan kepada anak saya (waktu itu umur 11 bulan) sebelum tanya saya dahulu.

Bukan apa, anak saya elergi:
– Telur, walaupun makan secubit. Anak akan serta merta muntahkan semua isi perut. Makan muntah, minum susu muntah. Tak sanggup nak menghadapnya lagi.

– Susu/dairy dan semua produk berasaskan susu (keju, butter, yogurt, biskut yang ada milk powder, roti yang ramuan ada susu). Susu tanpa laktosa pun tak boleh. Naik ruam di pipi, kaki dan tangan.

– Habuk/ dust mites. Yang ini memang saya dan anak pertama pun elergi. Naik ruam kalau kena habuk. Kalau kemas rumah, terpaksa pakai “face mask”. Tidur rumah orang lain, saya akan siap-siap bawa cadar bersih.

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

– Salmon, ini saya baru discover beberapa minggu lepas. Buat masa sekarang, reaksi elergi makan salmon paling bahaya. Tekak seperti tersekat, walaupun makan sikit sahaja sebesar saiz nasi.

IKLAN

Pernah dapatkan konsultasi doktor untuk lakukan ujian elergi semasa anak umur 8 bulan, tetapi doktor kulit kata kena tunggu besar sedikit. Untuk bayi, doktor cadangkan buat patch test. Tapi memandangkan anak saya memang sah elergi, memang naik merah dekat kulit yang kena. Saya tak jadi buat.

Bukan apa, produk dan makanan harian kita banyak yang menggunakan telur dan susu. Risau juga bila saya tak ada bersama anak saya, tiba-tiba ada orang suapkan makanan yang anak elergik. Tak sanggup nak bayang, cukuplah pengalaman yang ada.

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

Biasanya saya akan cuba bagi sedikit sahaja untuk pantau, ada banyak juga jenis makanan yang saya tak pernah cuba bagi. Contohnya makanan laut (udang, ketam, sotong) dan ikan bilis, sebab saya juga ada elergik makanan ini sehingga sekarang.

Pengalaman elergi yang paling teruk saya pernah alami adalah elergi ubat tahan sakit. Terjadi 2 tahun lepas, waktu itu saya baru balik klinik sebab ada masalah sakit belakang, mujurlah tidak serius. Semasa perjalanan balik ke rumah, saya terus makan ubat tersebut. Dalam masa seminit, tekak seperti tersekat terasa ada sesuatu di anak tekak.

Saya terus terbatuk-batuk dan minum air, konon-konon nak keluarkan “sesuatu” yang tersekat. Serta merta, suami saya kata mata saya merah membengkak. Saya terus buka “torchlight” di telefon dan lihat di cermin. “Elergi! Kena patah balik klinik!”

Sahlah, tekak, mata dan muka saya bengkak. Semuanya berlaku hanya beberapa minit sahaja. Dari terbatuk-batuk sehingga suara saya hilang terus. Memang cemas sangat waktu itu, mujur Allah panjangkan nyawa saya lagi sebab kebetulan memang klinik tidak jauh. Saya terus minta suami patah balik ke klinik. Dapat suntikan, terus kesan elergi surut.

IKLAN

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

Seminggu baru suara dan mata saya pulih sepenuhnya. Pengalaman baru buat saya, biasa tengok di movie ada orang elergi sampai tahap sesak nafas.

Selepas kejadian itu, perkara wajib saya buat adalah:
1. Minta suami ingat nama spesifik ubat yang saya elergi, wajib beritahu pihak hospital/klinik sekiranya terjadi apa-apa pada saya.
2. Maklumkan ahli keluarga terdekat yang saya ada elergi ubat.
3. Sentiasa maklumkan kepada doktor yang merawat sejarah elergi supaya mereka ambil langkah berjaga-jaga setiap kali beri ubat atau antibiotik yang baru.

Begitulah. Mungkin ada orang pandang saya seperti menjaga sangat pemakanan anak, mereka tak tahu yang semuanya bersebab. Yang menghadap kesan elergi adalah kita, mak ayah. Masa anak pertama saya, cuma pantau setiap kali cuba beri jenis makanan baru.

Tapi anak kedua ini, nak beri apa-apa makanan pun saya berdebar. Tapi saya pandang dari sudut positif, buat saya rajin nak belajar memasak sebab kasihan lihat anak jenis suka cuba makanan baru tapi tak dapat makan.

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

IKLAN

Saya harap mak ayah lain dan sesiapa yang membaca dapat ikhtibar. Mohon tegas apabila melibatkan pemakanan anak-anak dan elakkan juga menyuap makanan kepada anak orang lain terutamanya anak umur 2 tahun ke bawah tanpa pengetahuan mak ayahnya.

Maryam Jamadi
Suka makan udang, sotong dan ketam tapi tak boleh makan.

Menarik: Amalkan 7 Susu Ini Untuk Ibu Hamil, Bukan Hanya Bagus Untuk Ibu Tetapi Juga Untuk Janin

“Jangan Suapkan Apa-Apa Anak Saya Sebelum Beritahu Ya” Jangan Main Suap Anak Orang Lain, Ini Bahayanya!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI