Sarat hamil anak keempat, jurusolek dan instafamous yang cukup dikenali, MUA Bellaz mengalami alahan yang teruk di trimester terakhir kehamilannya.
Di usia kandungannya yang memasuki 31 minggu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengalami alahan gatal-gatal pada kulitnya.
Menurut kata Bellaz, berbeza kehamilannya kali ini kerana mengalami alahan ketika hampir waktu melahirkan.
” Alahan anak kali ni dekat-dekat nak bersalin dia bagi. Kaki tangan hampa toksah cerita la. Habis muka ni tahan ja tak mau garu. Tapi dia naik miang tu Allah aii.
Ads
“Nak makeup gena, sakgi dia akan naik timbul macam sopak garam tu. Adeh miang. Anak bertuah sungguh la hat ni lahai,” kongsi Bella.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut personaliti kesayangan ramai ini turut mendoakan agar alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat sembuh.
Ads
Semoga alahan yang dialami Bellaz cepat-cepat berlalu dan bersedia untuk menempuh kehamilan kelak.
Terdahulu, Bellaz yang kini sedang hamil anak perempuan keduanya, tidak sabar menantikan kelahiran buah hatinya. Bellaz turut mempunyai tiga orang cahaya matanya, Airis Alisha, Aidil Mikhail dan Aisy Ean Yusuf.
Kemunculan sekeping gambar Mira Filzah yang membawa anaknya untuk menjalani pemeriksaan bulanan dengan menolak stroller anak mengundang perhatian ramai.
Tidak dilihat sebagai gaya mak-mak namun ramai yang menyatakan ibu cantik manis ini kelihatan cukup cantik seperti anak dara.
Biarpun tampil ringkas dengan gaya sederhana, namun penampilan Mira Filzah tetap stylo selepas bergelar ibu. Cantik sekali.
“6-week check-up for baby Khair Amir,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Namun begitu, dalam bergaya stylo, membawa anak keluar sendirian buat pertama kalinya tetap bukan satu hal yang mudah kata Mira Filzah.
Masih banyak yang perlu dipelajarinya secara perlahan-lahan dan mula membiasakan diri untuk mempersiapkan segala kelengkapan anak dan sebagainya.
Menerusi Insta Storynya, Mira berkongsi cerita.
“Mencabar juga keluar hari ni. First time keluar dengan baby. Eh second.
“Hari tu masa 10 days check up. Terkial-kial lagi,” kongsi Mira lagi.
Pun begitu kata Mira, tak mengapa. Masih banyak yang perlu dipelajarinya dari hari ke hari.
Tambah membantu kata Mira, Confinement Lady (CL) yang menjaganya turut serta membantu. Jadi sudah tentu memudahkan kerjanya.
“Fuh tak apa tak apa, slowly ‘tepuk bahu’. Nasib baik ada CL ada sekali ikut,” katanya berkongsi.
Semoga urusan Mira untuk menambah ilmu keibubapaan dari hari ke hari dipermudahkan. Bila baby makin membesar, makin banyak ilmu yang kita dapat. Memang best!
“Boleh tangkap emosi”. Begitu kongsi penyanyi dan pelawak, Achey yang berdepan detik sayu bila mana anaknya, Tiara Zinniriah yang terpaksa dibawa ke hospital selepas demam berterusan.
Menurut kata Achey melalui Instagramnya, dia sayu hati melihat anaknya Tiara yang sentiasa ceria dan tiba-tiba sahaja menjadi lemah dek kerana demamnya yang on dan off.
Bukan sahaja demam bahkan tambah teruk bila mana Tiara muntah sebaik dimasukkan makanan dan menjadikan anak kesayangannya itu bertambah lemah.
“Tiara demam on off yang agak tinggi, makan muntah, makan muntah. Kita tak boleh tahan tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun,” kongsi Achey sayu.
Kongsi Achey lagi menerusi hantaran yang sama, anaknya Tiara yang kini berusia empat tahun itu mengalami bengkak pada tonsilnya dan kini diberikan rawatan oleh doktor.
Malah kata Achey, dia dan isteri bersyukur keadaan anaknya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang masalah yang begitu membimbangkan.
“Syukur hospital UiTM puncak alam dah beroperasi, sampai doctor terus check dan ambil darah dia. Bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak.
“Dua jam je dapat keputusan darah, alhamdulillah tak ada apa-apa. Namun terlepas juga air mata jantan aku tengok.
“Yelah kecoh kehidupan tiba-tiba senyap lemau je dia, tangkap emosi oo,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Achey juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya, Tiara agar cepat-cepat sembuh dan sempat menasihati agar menjaga diri dan keluarga di musim demam viral ini.
“Pesanan jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Tq doakan Tiara,” kata Achey berterima kasih pada semua.
Khatankan anak lelaki semasa mereka bayi lebih mudah sebenarnya berbanding menunggu bila anak sudah besar. Dan inilah yang dilakukan oleh penyanyi, Tasha Manshahar kepada anak keduanya, Mateen Rizqi.
Malah menurut kata Tasha, mengkhatannya anak lelaki diusianya masih bayi teramatlah mudah malah paling senang dijaga.
Tidak lokek berkongsi ilmu, menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi tip ketika mengkhatankan bayinya sebagai panduan untuk seluruh pengikutnya di Instagram.
“Throwback Mateen berkhatan dekat @hospitalislam_azzahrah. Ya, Muammar dulu pun dah khatan masa dalam hari.
“Sangat mudah penjagaan dia, cepat sembuh, cantik and bersih je dia punya tu. Patutlah sunnah khatankan anak masa bayi ni. Sebaiknya buat masa bayi 7 hari, tapi I tunggu lepas Mateen dah bebas jaundice. Both my sons prolonged jaundice. Jadi lewatlah sikit buatnya.
“Mudah khatankan baby masa dalam hari ni sebab baby belum lasak, belum meniarap, belum berguling, dia cuma tidur dan menyusu,” kongsinya.
Malah kata Tasha lagi, tidak perlukan waktu yang lama untuk sembuh sebaliknya dua anaknya sembuh dari luka hanya beberapa hari sahaja dan paling mudah untuk dijaga.
“Kita pun jaga makan, jadi daripada pemakanan ibu yang baik, asbab susu ibu tu anak sembuh cepat. Pastu kolagen dorang pun banyak lagi, memang cepat je baik luka. Generally doktor kata 10 – 14 hari. Tapi Mateen dengan Muammar dua-dua tak sampai pun 2 minggu. Few days je luka dah kering, cuma tunggu ring dia tu tertanggal je.
“Baby nangis tak? Of course nangis. Sebelum doktor potong tu, dia bius dulu. Masa tu baby nangis sebab jarum kan. Then masa prosedur tu baby nangis doktor kata bukan sebab sakit, dia dah tak rasa pun sebab dah bius.
“Tapi baby nangis sebab doktor nurse pegang dia tak bagi bergerak jadi dia tak selesa. Itu je.
“Balik daripada hospital tu ada la menangis kejap mungkin tak selesa ada benda (ring) dekat situ. Tapi kejap je. Takde meragam, takde demam. Tidur susu semua macam biasa je alhamdulillah Allah permudahkan urusan berkhatan Muammar & Mateen. I share tips jaga baby yang berkhatan dekat ruangan komen k,” tulis Tasha.
Ini pula panduan penjagaan bayi selepas dan sebelum berkhatan yang dikongsikan Tasha. Memang mudah!
Sebelum 1. Pakaikan baju two-piece, elak pakai romper supaya bila dah selesai khatan bahagian tu tak terhimpit. 2. Bawa extra diaper yang one size bigger daripada saiz biasa baby pakai. 3. Ready mental dan emosi sebab masa baby nangis tu kita memang kesian.
Tapi percayalah, cepat je sembuh, dia punya tu jadi cantik & bersih je.
Selepas
1. Be extra careful masa mandikan. Lap lembut-lembut, sapu ubat dan pakaikan diaper. 2. Pakaikan diaper one size bigger sepanjang luka belum kering. 3. Pakaikan diaper longgar-longgar je. 4. Kerap salin diaper supaya kawasan luka sentiasa bersih dan tak lembab. 5. I sapu jugak AO Waleet (beli dekat @sigadisjane) lepas hari ke-3 selang-selang dengan ubat yang doktor bagi. 6. Kalau ada macam bengkak sikit tu normal. I sapu Tasneem Balm (Calm Time). Korg belilah dekat mana-mana agent. 7. Elakkan dukung baby dengan posisi yang menghimpit bahagian luka especially masa first few days. 8. Tunggu ring tanggal sendiri. Jangan masa dia tinggal sikit je lagi tu awak gatal tangan nak cabut ya!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!