Seorang isteri yang maut dibelasah suaminya dengan tukul besi semalam ternyata mengejutkan orang ramai terutama ahli keluarga dan keenam-enam anak mangsa.

Enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat dipercayai menjadi punca kematian Rubiah Sabtu, 41, yang maut dipercayai dibunuh suaminya di kediaman mereka di Kampung Besol, Bukit Besi, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata pemeriksaan fizikal ke atas mangsa menemukan dua kesan hentakan pada bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Katanya, beliau percaya kesan kecederaan pada beberapa bahagian itu berkemungkinan dihentak dengan tukul berkali-kali.

“Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

Dalam pada itu, adik mangsa, Rozilan Yusof masih tidak menyangka bahawa percakapannya melalui telefon pada malam sebelum kejadian menjadi perbualan terakhirnya bersama kakaknya.

Biarpun berlainan bapa, namun kedua mereka amat rapat dan banyak berkongsi pelbagai kisah keluarga bersama.

Berkongsi kisah hitam itu, akuinya lagi, suami kakaknya itu merupakan seorang yang sangat baik hati dan pendiam malah tidak bercakap banyak apatah lagi mampu berbuat demikian kepada kakaknya.

“Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

IKLAN

“Dia (suspek) sangat baik, pendiam dan tidak bercakap banyak. Sebab itu saya sangat terkejut apabila dia boleh buat macam itu,” katanya berkongsi.

Menurutnya Rozilan lagi, arwah kakaknya ada menghubunginya pada 1.10 pagi tadi untuk meminjam kipas kerana anaknya panas. Namun, katanya, dia tidak dapat membantu kerana masih bekerja di kedai makan.

“Saya dikejutkan dengan panggilan daripada bekas abang ipar (bekas suami mangsa ) kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan kakak mati dibunuh.

“Saya seperti tidak percaya sebelum pergi ke rumah mangsa dan remuk hati melihat kakak sudah tidak bernyawa,” katanya.

“Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

Katanya, kali terakhir dia bertemu kakaknya petang semalam dan air mukanya nampak sedih. Itulah pertemuan terakhir mereka bersama.

IKLAN

“Biasanya kalau ada masalah dia akan cerita pada saya dan saya pun tak tanya kenapa mukanya sedih ketika itu.

“Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

“Hasil perkahwinan dengan suami baru (suspek) sejak tahun lalu dia dikurniakan seorang anak berusia enam bulan.

“Abang ipar (suspek) sangat baik dengan saya dan kami kenal lama kerana tinggal sekampung, dia jenis pendiam sepatah saya cakap, sepatah dia jawab,” katanya lagi.

Kongsi Rozilan lagi, kakaknya itu turut mempunyai enam orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya. Malah kakaknya itu turut mengusahakan kedai runcit kecil-kecilan di rumah manakala suaminya pula bekerja sebagai tukang rumah.

IKLAN

“Air Muka Kakak Nampak Sedih” Adik Dedah Detik Terakhir, Enam Kesan Hentakan Disyaki Punca Kematian Rubiah!

“Dia berkerja sebagai tukang rumah bila balik berkerja dia akan duduk di rumah membantu isterinya termasuk bermain dengan anak-anak.

“Beberapa hari saya tidak berjumpa dengan dia (suspek) dan kejadian hari ini sangat mengejutkan kami,” katanya.

Terdahulu, mangsa dikatakan dibunuh selepas berlaku perselisihan faham dengan suaminya.

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Kredit: Harian Metro & Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI