rendam guna

Mengalami perit tekak atau batuk berkahak memang tak selesa. Biarpun sudah minum banyak air masak, tetap terasa sakitnya. Nak bercakap pun tak keluar suara.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman. Dengan hanya menggunakan bunga belimbing buluh saja, boleh membantu mengurangkan rasa sakit tekak. Menggunakan bahan semulajadi, jadi rasa mengantuk pun tak ada.

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh, Untuk Kurangkan Perit Tekak & Batuk Berkahak. Boleh Cuba!

Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Belimbing Buluh

Selamat Pagi Ahad!

Teruk sangat batuk masa ‘Live’ semalam rasa tekak semakin perit. Dah seminggu batuk, badan jadi sakit-sakit. Kebetulan semalam Lz singgah rumah Kaklong intai pokok belimbing buluh beliau. Alhamdulillah, rezeki ada bunganya. Teruslah petik dan bawa balik.

Artikel Menarik: [Sup Singo Pear Bagus Untuk Rawat Batuk Berkahak Anak. Cuba Resipi Dikongsi Ibu Ini]

Ini petua orang jawa.

Petua ni Nyaie (nenek) Lz yang kongsikan dan Mak pun rajin buat bila anak-anak batuk kahak lambat keluar. Sebab biasanya habis dah sebotol ubat batuk tapi masih belum hilang batuknya. Lagipun guna petua ini tidak memberi kesan mengantuk dan boleh diminum bila-bila masa perlu tidak diwaktu malam sahaja

IKLAN

Jom follow step by step cara penyediaan air bunga belimbing buluh di setiap gambar. Klik #SHARE atau TAG orang tersayang untuk sama-sama dapat manfaatkan perkongsian ini.

CARA BUAT AIR RENDAMAN:

1. Ambil bunga belimbing buluh. Cuci sekali lalu air dan tapiskan.

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh, Untuk Kurangkan Perit Tekak & Batuk Berkahak. Boleh Cuba!

2. Ambil segenggam dan masukkan jug/cawan. Curah air panas dalam jug/cawan. Rendam bunga tadi dalam air panas.

IKLAN

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh, Untuk Kurangkan Perit Tekak & Batuk Berkahak. Boleh Cuba!

3. Tutup cawan sehingga keluar warna merah dari bunga tersebut. Biarkan 5-10minit.

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh, Untuk Kurangkan Perit Tekak & Batuk Berkahak. Boleh Cuba!

4. Tadaaaa dah keluar warna merah bunga. Tapiskan masuk cawan.

Air Rendaman Bunga Belimbing Buluh, Untuk Kurangkan Perit Tekak & Batuk Berkahak. Boleh Cuba!

IKLAN

Artikel Menarik: [Badan Cepat Penat & Lesu Je. Ibu Ini Kongsi Resipi Jamu ‘Pulih Tenaga’ Yang Super Simple!]

INFO TAMBAHAN:

#Bolehlah diminum ketika panas-panas suam. Rasanya tawar dan boleh juga diberi minum pada anak-anak.

#Bunga yang tadi terus direndam lagi tambahkan air panas buat pengulangan rendam sehingga warnanya habis. Kemudian barulah buat rendaman bunga yang baru pula.

#Minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga kahak habis keluar dan batuk hilang.

#Kebiasaan buat dalam 2 hari batuk mulai lega. Lebih jimat tanpa beli ubat batuk, semulajadi dan tidak ada kesan mengantuk.

Selamat dimanfaatkan!

https://www.youtube.com/watch?v=GlCUo4-d9kg

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI