Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.
Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama.
Apa kata cuba buat ais krim dua bahan yang sangat mudah dan mesti disukai anak.
Ads
Berikut perkongsian dari Puan Umairah Jamaah mengenai cara buat ais krim yang sangat ringkas dan cepat.
Ads
Ni kakMai share resepi ice-cream termudah di abad ini (amboi ayat dia). Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.
Ads
Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun ok je)
• Sebiji Epal
Nah dua bahan ni aje. Guna plain yogurt sebab tiada gula tambahan, perasa dan pewarna tiruan. Pastu yogurt ni agent probiotic yang sangat baik untuk usus kita. Sebiji epal nak guna hijau atau merah terpulang.Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk Kayu Manis. Boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau tak ada pun ok je. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan kan kannOk dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Eh kalau nak guna bekas lain pun boleh. Pastu sejukkan kat dalam peti ais.
Gabungan pisang dengan coklat memang tak pernah menghampakan. Popia pisang dengan taburan coklat rice dan nutella buat sarapan dan minum petang anda sekeluarga paling bermakna.
Mana taknya, sekali letak hidangan di atas meja, anak-anak berebut! Memang sedap dan ringkas. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ni.
Popia pisang double coklat. Minum petang bersantai santai. Memang sedap. Gabungan rangup, manis pisang dan coklat. Fuhh meletop. Walaupun ramai dah berniaga popia pisang coklat ni. Ika tetap nak share hehehe.
Bahan-bahannya :-
Popia
Pisang
Coklat rice (ni pilihan)
Tepung dan air (untuk dijadikqn pelekat)
Nutella (tukar ke coklat lain pun boleh)
Asingkan kepingan popia.
Dah asingkan kepingan popia. Kite beralih arah ke pisang. Potong pisang bahagi 2. Nak potong boleh. Tak nak potong pun boleh. No problem hehe.
Hasil pisang di belah dua.
Letak pisang di tengah hujung ke arah kita. Dan letak coklat rice.
Gulung kasi kemas dan ketat supaya coklat rice tak terkeluar.
Tepung dan air. Dijadikan gam.
Masa untuk goreng hingga perang.
Hias dengan nutella. Wehhh sedap sangat oiii. Gabungan rangup dan lembut dan manis. Memang sedap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan nasi, apa kata sesekali kita sediakan roti pita pula untuk anak-anak. Bukan roti pita yang dibeli sebaliknya dihasilkan sendiri secara ringkas. Menariknya Roti pita homemade ini digabungkan bersama Kambing Goreng yang diperap lama dan rasanya cukup enak.
Resipi simple sebegini jika kena gayanya anak makan tak cukup satu. Nak tahu bagaimana rasanya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puspa Mimi ini. Memang awesome!
Resepi roti:
3 cwn tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1/3 cawan minyak masak
1 cwn air panas
Gaul semua dengan sudu ye. Panas ni, agak suam dah boleh uli dengan tangan sampai sebati jadi doh.
Bahagi kepada 16 bahagian dan canai nipis. Boleh dapat saiz sederhana (saiz 2 tapak tangan). Nak saiz besar lagi pun boleh ikut suka. Bakar atas kuali non stick. Jangan lama ya sebab nanti keras. Tak perlukan minyak.
Makan dengan inti kambing goreng ni. Memang mabeles.
Resepi kambing goreng:
1/2 labu bwg besar -potong dadu
3 ulas bwg putih-cincang
Carrot – potong dadu
Terung-potong dadu
timun-potong dadu
Kambing dah diperap dengan sos black pepper+rosemery-potong dadu.
Sos cili
Sos black pepper
Sedikit kicap manis
Tumis bawang putih dan bawang besar kemudian masukkan daging perap tadi.
Masukkan carrot, terung dan sedikit air. Biarkan sekejap.
Masukkn sos cili, sos blackpper dan perasakan garam gula. Biar semua bahan lembut dulu, last sekali baru masukkan timun.
Siap. Salad tak ada, makan dengan bayam brazil pun sedap. Anak saya yang kecil suka ratah je roti ni. Tekstur tak liat. Lembut tapi tak mudah koyak.
Serunding halia ikan bilis biasanya menjadi penyedap makanan ketika dalam pantang. Lauk pantang agak kosong jadi bila ditambah dengan serunding halia ikan bilis memang boleh membangkitkan selera makan ibu berpantang! Selain itu halia juga boleh memanaskan badan ibu-ibu supaya sentiasa rasa segar dan bertenaga.
Jom buat sendiri serunding halia ikan bilis. Caranya sangat mudah, boleh ikuti resepi yang dikongsi.
1. Bersihkan halia, kikis kulitnya dan sagat. Selepas sagat letakkan sedikit garam bukit dan digaul rata.
2. Tekstur halia disagat sedikit halus.
3. Selepas habis disagat, perah halia untuk mengeluarkan airnya. Ambil halia sahaja dan airnya boleh dibuang. Lepas proses perahan ni cepat2 sabun tangan. Kalau lambat nanti pasti tangan anda akan rasa pijar).
4. Panaskan minyak kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia.
5. Untuk lebihan halia yang kecil, boleh tumbuk kisar atau gunakan chopper. Proses masih sama, perahkan air halia hingga kering.
6. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tekstur serunding yang garing dan cantik.
7. Bila agak2 warna sudah keperangan seperti dalam gambar, angkat dengan segera.
8. Hasil serunding yang telah siap digoreng. Tapis untuk membuang lebihan minyak.
9. Ikan bilis digoreng garing dan dikisar empunya resepi gunakan chopper je. Mudah dan pantas.
10. Selepas dikisar gaul sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.
11. Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dan sedia di makan begitu sahaja.
12. Kalau di rumah ada bawang putih/garlic crispy, boleh gaulkan bersama serunding tadi. Lagi enak rasanya.