Ais Krim Dua Bahan Hanya Guna Yogurt Dan Epal. Tiada Gula Tambahan, Sesuai Untuk Anak

Share

Musim panas ni best kan kalau dapat makan benda sejuk-sejuk. Lagi best kalau anak-anak dapat buat sendiri makanan tu.

Dapat la sekali-sekala belajar guna bahan kat dapur. Belajar bab sukatan. Ingat steps nak buat makanan tu. Latih kemahiran berfikir. Latih kemahiran motor halus. Yang paling penting ibu dan anak dapat ber’bonding time’ sesama.

Apa kata cuba buat ais krim dua bahan yang sangat mudah dan mesti disukai anak.

Berikut perkongsian dari Puan Umairah Jamaah mengenai cara buat ais krim yang sangat ringkas dan cepat.

Ni kakMai share resepi ice-cream termudah di abad ini (amboi ayat dia). Guna dua bahan aje. Tak payah nak prepare sangat. Simple.

Bahan-bahan:-
• 1 cawan yogurt (nak letak extra pun ok je)
• Sebiji Epal

Nah dua bahan ni aje. Guna plain yogurt sebab tiada gula tambahan, perasa dan pewarna tiruan. Pastu yogurt ni agent probiotic yang sangat baik untuk usus kita. Sebiji epal nak guna hijau atau merah terpulang.
Epal tu dadukan. Pastu masukkan ke dalam blendar. Masukkan jugak secawan yogurt tadi.
Ni watak tambahan. Kalau ada serbuk Kayu Manis. Boleh aje letak sikit. Kalau ada la. Kalau tak ada pun ok je. Kan epal match dengan serbuk kayu manis kan kan kann
Ok dah siap blend. Tuang kat dalam tray macam ni. Eh kalau nak guna bekas lain pun boleh. Pastu sejukkan kat dalam peti ais.

Sumber: Umairah Jamaah

IKLAN