Teruja sungguh buat aiskrim ni. Tak menyabar menunggu beku esoknya. Menngalahkan anak pula. Jom buat aiskrim mewah ala-ala magnum 4 bahan je. Serius sebiji rasa macam yang jual di kedai tu.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Ini resipi yang dikongsikan oleh Riena Eris. Memang puas hati sebab cara nak buatnya pun mudah sangat!

Bahan-bahannya:

Diary whipping krim
Susu pekat manis
Coklat masakan (double boilerkan)
Almond nibs (sangai @ bakar )

Cara-caranya rujuk pada gambar:

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Memula tuangkan susu pekat. Kemanisan ikut citarasa masing-masing ye..

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Yang ni diary milk whip krim.. rase dia memang lagi lemak-lemak tapi tawar. Boleh je pakai non diary whip krim tapi beza la rasa dia sikit tak sama.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

IKLAN

Tuang kan separuh kotak yer. Nak habis kan pun boleh ikut sukalah.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Lepas tu bagi anak kacau ye dan suruhlah rasa dah manis ke belum.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim tinggal ruang sikit sebab nanti beku akan mengembang sikit. Pastikan dah letak batang aiskrim tau.  Boleh beli acuan aiskrim silikon.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Dah siap letak penutupnya terus masuk peti ais & biar  beku semalaman lebih kurang 8-10 jam..supaya nnt senang nak coating coklat.

IKLAN

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Almond nibs sila sangai kan.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Coklat masakan tadi kite double boiler kan.. tapi hakak beli yang dah siap senang terus celup je.. berryls gourmet dark coklat kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Aiskrim yang dah dibekukan dan sedia untuk dicelup.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

IKLAN

Boleh celupkan dalam coklat dan ratakan bagi kelilingnya rata.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Haa dah siap celup dan rasa tak sabar nak makan.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Lepas coating choc terus cecepat kita tabur almond nibs tau. Sebab kalau lambat nanti yang coklat tadi terus auto mengeras..nanti tak lekat pula badam tu. Nak sedap letak banyak tau memang holiau lah.

Aiskrim Ala Magnum 4 Bahan! Serius Sedap & Cara Buatnya Sangat Mudah

Lepas dah salut badam, masuk kan dalam freeze 15-30 minit bagi dia firm sikit. Lepas tu boleh terus makan. Dah jimat boleh dapat lebih 20 batang 1 kotak diary whipping krim tu. Jimat juga kan. Mesti anak-anak bangga mak dia pandai buat aiskrim magnum macam ni.

Moga bermanfaat.

Kredit: Riena Eris

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI