Apam tidak pernah mengecewakan, baik sebagai minum petang mahupun sarapan pagi bersama anak-anak. Bosan dengan menu dan sajian raya, jom sediakan apam ringkas ini untuk menaikkan selera anak-anak di rumah.
Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini cukup ringkas, hanya campur dan blendkan kesemua bahan dan kemudiannya dikukus sehingga masak. Mudah kan? Jom cuba resipi sedap ni.
Sebenarnya ni resepi apam mekar, dia kena pakai acuan kecik-kecik tu..tapi memandangkan malas, apa lagi akak letak terus dalam bekas besaq kedabak tu. Dia senyum gitu-gitu ja..takpa yang penting dia gebu sangat.
Selepas musim raya, mood dan selera kita seakan mahukan yang simple tetapi sedap. Jika anda penggemar seafood, shellout antara yang boleh anda cuba kerana ia menjimatkan masa malah sajian sebegini paling sesuai di makan seisi keluarga. Anak-anak boleh tumpang sekali makan cuma mama perlukan sediakan versi tak pedas pada anak-anak.
Resipi shellout yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini cukup mudah dan simple. Paling menarik bahan yang digunakan semuanya bahan yang mudah dan senang diperolehi. Tanpa menggunakan bahan tambahan lain, shellout yang dihasilkannya nampak cukup menarik dan terlajak sedap. Nak buatnya pun cukup mudah. Jadi jom cuba Shellout senang dan sedap ni.
Resipi mudah dan sedap
Hai assalammualaikum. Kali ni saya nak share resepi Shellout simple ( cara saya ) guna bahan-bahan apa yang ada kat rumah. Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding makan diluar tau. Lagi best bila kita makan comot-comot pun tak perlu nak malu-malu sebab makan kat rumah sendiri takde orang lain tengok. Nak ratah sampai licin pun takde masalah. Selalu makan shellout kat kedai mesti malu-malu nak ratah kan?
**Tambah pula resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa. Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat in sha Allah sedap. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara memasak di bawah.
“SHELLOUT SIMPLE”
Bahan-bahannya :
1 kg ketam
1/2 kg sotong
1/2 kg udang
1 biji jagung manis **potong & rebus
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Halia besar ibu jari
5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis yang pedas.
4 batang serai *diketuk
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari ikan babas
2 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
Carrot, brokoli, bunga kubis agak-agak je
1 kiub ayam
Sedikit hirisan lemon *hiasan*
Mula-mula celur dulu semua bahan-bahan diatas. Celur sayur air lain. Celur seafood air lain okey.
Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.
Tumis serai sampai naik bau, masukkan daun kari, masukkan bahan-bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan bancuhan serbuk kari tumis sampai pecah minyak sekali lagi, kemudian masukkan sos tiram, sos cili.
Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam. Kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa. Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.
Masukkan seafood. Balik-balikkan sampai sebati.
Siappp!!!
Makan kat rumah tak kisah comot-comot dengan anak-anak. Sebab takde sapa nak tengok.
Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri. Semoga bermanfaat kepada semua dan selamat mencuba.
Hidangan makanan laut segar selalunya menjadi hidangan yang cukup istimewa buat kita ketika hari-hari istimewa keluarga. Jika memilih ketam, hidangan dengan ketam bersama telur pecah antara yang patut anda cuma.
Rasa manis ketam ditambah dengan lemak telur buat hidangan cukup sedap. Pastu tak cukup makan sepinggan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.
Bila dah dapat isi ketam yang padat, memang sedap dibuat masak lemak atau kari. Kali ini, isinya padat kita buat ketam sambal pecah telur. Memang sedap bila dimakan bersama nasi. Nak makan dengan roti pun boleh tahan sedapnya. Manis ketam turun pada telur yang dipecah. Tak percaya? Kena cuba dulu baru tahu.
Bahan-bahan:
2 kilo ketam (dicuci bersih)
10 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 cm halia (dicincang)
7-9 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai dikatok
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 butir telur ayam
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Sos tiram 2 besar
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk belacan (jika suka)
Daun bawang (jika suka)
Garam 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar (jika suka)
Minyak masak secukupnya
1 cawan air
Panaskan minyak dan masukkan serai, biarkan aromanya naik dahulu.
Masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan dan masukkan bawang dan masak seketika.
Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
Apabila dah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan masak seketika.
Kemudian masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaulkan rata.
Masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketam masak dengan sempurna (api sederhana). Jika kuahnya kering, biarkan saja jangan tambah air. Nanti air ketam akan keluarkan sendiri.
Apabila dah masak, masukkan telur dan an gaul rata sehingga telur masak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak sediakan makanan untuk si kecil mestilah kena kreatif supaya mama dapat pikat selera anak. Sama seperti ibu ini yang berkongsi menu Muffin Cake Pasta yang sangat mudah disediakan dan yang paling penting memang superb sedap!
Jom ikuti perkongsian resipi ini.
Muffin cake pasta untuk ajis hari ni. 😍
Mama tengah fikir-fikir nak masak apa untuk ajis, tengok peti ais ada cheddar, maka jadilah menu ajis.
Kukus tak ada kita guna manual je, simple sangat, ajis pun suka makan.
RESEPI MUFFIN CAKE PASTA ♥️
BAHAN-BAHAN:
Pasta – 1/3 cawan
Telur – 2 biji
Tepung gandum – 1/3 cawan
Cheese Cheddar – 1@2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN
Pasta direbus dahulu. Telur, tepung, pasta, cheese di gaul sekali sampai sebati. Masukkan dalam bekas untuk dikukus. Kukus selama 5-10 minit. Siap!
Dapat 4 bekas comel.
Ajis umur 8 bulan lebih, ada sebatang gigi, pandai kunyah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!