Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya kini hamil anak menerusi perkongsiannya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Aisyah juga turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya.
Aisyah menerusi perkongsian video itu turut sama berdoa agar bayi keempatnya bersama suami sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je.
Ads
“Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” kongsi Aisyah menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun mendoakan agar kehamilan itu dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan anak nanti.
Ads
Terdahulu, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
“Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri saya dan juga baby kami dalam kandungan. Mohon doa daripada semua untuk isteri saya dan baby kami.” Ini doa yang dipinta oleh seorang suami, Muhammad Iqmall saat isteri tercinta sedang bertarung nyawa di ICU setelah disahkan positif Covid-19.
Namun siapa kita untuk menolak takdir Allah. Walaupun ujian ini perit, setiap yang berlaku dah ditentukan oleh-Nya. Pemergian isteri tercinta bersama bayi dalam kandungan (2 Jun) benar-benar memberi tamparan yang cukup hebat.
Difahamkan pemergian arwah Siti Aishah binti Mohd Zamri yang bertugas sebagai jururawat adalah disebabkan wabak Covid-19.
Pergi bersama bayi usia 28 minggu
Menurut adik arwah, Mohd Nur Amin di facebooknya, kehilangan kakak tersayang sangat dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Lagi sedih bayi dalam kandungan yang berusia 28 minggu juga turut pergi bersama ibunya.
Difahamkan arwah meninggal pagi tadi kerana Covid-19. Allahyarham mendapat jangkitan virus ini daripada pesakit memandangkan dia adalah seorang jururawat.
Arwah telah meninggal dunia di Hospital Labuan. Bayi dalam kandungannya juga tidak dapat diselamatkan.
Berat dugaan ini
Menerusi facebook suami arwah, Muhammad Iqmall yang juga seorang pegawai tentera, dia ada memuat naik berkenaan kesihatan Allahyarham sebelum ini dengan meminta ahli keluarga, kenalan dan orang ramai supaya mendoakan keselamatan isteri serta anak sulungnya yang masih dalam kandungan.
Namun, perancangan Allah lebih hebat apabila isterinya yang juga frontliner ditakdirkan pergi selama-lamanya selepas seminggu berjuang melawan wabak Covid-19 ini.
Menerusi maklumat terkini, arwah disahkan positif Covid pada 26 Mei dan dimasukkan ke ICU kerana paru-paru lemah pada 31 Mei lalu.
Pada 1 Jun, pihak hospital terpaksa ‘tidurkan’ arwah untuk bantuan tiub pernafasan dan disahkan meninggal pagi 2 Jun.
Harap suami dan seluruh ahli keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Moga syahid buat arwah Siti Aishah. Al Fatihah.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Sampainya hati ayah…!” Pilunya hati, bayi baru 3 bulan menderita penderaan hingga akhirnya maut di tangan ayah sendiri.
Bayi kecil memerlukan penjagaan rapi ibu bapa. Pada awal usianya bayi akan kerap menangis dan masih menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar rahim ibu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana bayi sekecil ini boleh didera, apatah lagi oleh bapa sendiri.
Bayi malang ini dikatakan meninggal dunia akibat tersedak. Namun siasatan yang dilakukan mendapati rupa-rupanya dia telah ditumbuk & dipulas hingga patah akibat penderaan oleh bapa sendiri.
PENDERAAN BERMULA SEMASA BAYI BERUSIA SEBULAN
Dalam kejadian di Jakarta Barat, Indonesia, bapa yang hanya dikenali sebagai MS, 23, ditangkap atas penganiayaan terhadap bayi berusia 3 bulan yang merupakan anak kandungnya sendiri. Menurut pihak berkuasa Indonesia, bapa ini mula melakukan penderaan sejak anaknya berusia lebih sebulan.
SEBELUM INI KAKI & PUNGGUNG DIPATAHKAN BAPA
Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu, penderaan terhadap bayi ini bukan dilakukan sekali sahaja. Ia pernah dilakukan ketika bayi malang itu berumur sebulan setengah. Ketika itu bapa bayi berkenaan telah bertindak mematahkan kaki dan punggungnya.
MUKA DIGIGIT & DTUMBUK HINGGA HANCUR HIDUNG
Pada usia 3 bulan, episod penderaan masih belum berakhir. Tubuh si kecil ini sekali lagi didera bapanya apabila ibu meminta bapa kejam itu menjaga bayi berkenaan.
Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang ditanggung saat nafasnya terakhir. Anak kecil ini didapati telah digigit bapa tepat di sebelah kiri muka. Dia juga menanggung sakit dipukul atau ditumbuk pada muka, sehingga menyebabkan bahagian hidung hancur manakala bibir pecah.
TANGAN & KAKI DIPATAHKAN, DITARIK SEHINGGA BERBUNYI ‘KREK’
Siasatan juga mendapati tangan dan kaki si kecil ini juga dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dia memulas kaki & tangan bayinya hingga berbunyi ‘krek’.
Bayi kecil ini tidak lagi dapat berbatan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu, 27 April ketika di bawah jagaan bapanya kerana ibu ke pasar. Apa yang menyedihkan, tergamaknya bapa ini memberitahu anaknya itu meninggal dunia kerana tersedak, bukannya dipukul dan didera.
Cemburu adalah semulajadi. Melihatkan pada perkara ini, cemburu adalah sesuatu yang dijangka akan berlaku. Anda tidak boleh beranggapan bahawa anak anda yang lebih tua gembira dengan kehadiran adik baru mereka seperti gembiranya ibubapa mereka.
Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
Cemburu bukanlah perasaan yang utama wujud pada anak anda. Anak anda akan mula menyayangi adik barunya dan melihat mereka sebagai pelengkap di dalam kehidupan seharian.
Tetapi sebelum mereka mula untuk menyayangi adik baru mereka, anak-anak ini mungkin akan menunjukkan perangai yang kadangkala memeningkan kepala kita. Yang penting adalah kita perlu bersedia.
Ada ketikanya anak-anak cemburu dengan kehadiran orang baru disebabkan kesilapan ibu bapa dan orang sekelilingnya secara tidak langsung.
Perkongsian dari seorang ibu ini, Insyirah Soleha mengenai anaknya dan kesilapan yang mungkin kita tak perasan hingga membuatkan si abang atau kakak cemburu
Satu hari, anak kedua saya Amri Suhaily meluahkan perasaan.
“Abang Amir semua baik je.. Kalau Abang Ayie semua tak baik.”
Sayu sangat suara dan saya tahu itu luahan yang amat kesedihan. Saya tanya kenapa dia cakap macam tu.
“Semua orang cakap Ummi dah ada adik, ummi tak sayang Abang Ayie lagi.”
Dua tiga kali dia mengadu, nak balik kampung duduk dengan ibu ayah saya. Mungkin sudah lama makan hati dengan kata-kata orang yang ummi dah tak sayangkan dia sebab ada baby. Subhanallah. Sedih rasa.
Masa baru bersalin, perasan ada juga yang mengusik “Ummi dah tak sayang Amri, ummi dah ada baby.”
Iya, dia sudah besar. 5 tahun jadi anak bongsu, tiba-tiba ada adik baby. Memang seronok, teruja tapi makan hati dengan usikan orang dewasa yang tak cerdik.
Masa masih dalam pantang, ramai melarang Amri Suhaily pegang baby tapi abangnya Amir Solihin pegang baby, lagi tambah geram.
Banyak sangat pesanan “jangan ya, jangan itu, jangan ini” sampai dia rasa semua pun tak boleh. Sayang juga adik tapi tak tahu macammana nak terjemah, dek sebab orang semua tak bagi dekat dengan adik dia jadi membuak perasaan geram.
Pun masih juga menangis bila letak di bantal. Esoknya suami tanya kenapa kepala baby berlekuk, kena ketuk dengan abang ke? Huhu. Tak tahu juga nak kata sebab tak nampak dengan mata.
Dua hari kemudian kemas katil baby baru nampak ada “sesuatu” yang diletakkan bawah bantal. Patut la baby menangis, sakit kepalanya sampai berlekuk.
Subhanallah, selalu intai bila ditinggalkan mereka berdua, nampak dia cium adik dengan sopan dan baik. Cakap dengan adik “abang sayang adik, abang sayang adik”.
Kalau dia minta suapkan nasi pun, suapkan juga. Sebab emosinya juga perlu “feeding”.
Kawan-kawan ziarah, bawa hadiah untuk baby. Alhamdulillah rezeki. Tapi paling saya terharu, sahabat manis seorang ni bawa hadiah baby dan buah tangan untuk anak-anak juga.
“Untuk Amri ke ni?”
“Ya. Amri kongsi dengan Abang Amir tau!”
“Okay!”
Itulah tetamu kegemaran. Siap sorok kunci tak bagi balik.
Kadang kita terlupa menjaga emosi dan hati anak-anak. Pengajaran untuk saya, bila ziarah sahabat dapat baby, hadiah baby bukan keutamaan tapi buah tangan pada abang kakak baby.
Bila ziarah kenalan atau saudara dapat anak baru JANGANLAH MENGUSIK ABANG ATAU KAKAK YANG IBUBAPA TAK SAYANG SEBAB ADA BABY.
Mereka akan rasa tak selamat dan gigih nak buat sesuatu pada baby walhal mereka sayang adik baru.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.