Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan dirinya kini hamil anak menerusi perkongsiannya di Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Aisyah juga turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya.
Aisyah menerusi perkongsian video itu turut sama berdoa agar bayi keempatnya bersama suami sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
“Semoga anak keempat ini ikut muka Aisyah, dah beranak tiga semua muka Alif je.
Ads
“Semoga Allah pelihara keluarga kecil kami,” kongsi Aisyah menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut namun mendoakan agar kehamilan itu dipermudahkan kelak hingga detik melahirkan anak nanti.
Ads
Terdahulu, Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Setiap kali belian barang secara atas talian sampai, anak-anak kitalah yang paling gembira. Berlari-lari ke muka pintu untuk mengambil barang.
Telatah lucu perbuatan anak kecil bersama abang rider J&T Ekpress yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok ini menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, bukan sahaja petah bercakap bahkan jawapan yang diberikan oleh anak kecil bernama Eman itu cukup menarik perhatian ramai. Spontan sahaja.
Perkongsian akaun Tik Tok @meungjii4 ini memang mencuit hati ramai. Cute sungguh.
Melalui perbualannya bersama abang rider berkenaan, adik Eman berkongsi ibunya tiada di rumah namun hanya ada abang yang ketika itu sedang tidur.
Bahkan ceritanya lagi melalui perbualan suara yang dimuat naik, Eman juga turut memberitahu bahawa abangnya hanya bangun ketika jam menunjukkan pukul satu.
Petah berkata-kata anak kecil itu turut bertanyakan kepada abang rider akan berkenaan barang yang harus dibayar.
Ini antara perbualan comel Eman bersama Abang rider.
Abang rider: Ibu mana? Nak cakap dengan ibu, siapa ada dekat rumah?
Eman: Ibu sekolah. Abang, abang tidur dekat bilik. Dia bangun pukul satu.
Abang rider: Adik kejut abang cakap ni ada barang ibu nak hantar, kena bayar.
Eman: Kena bayar ke?
Spontan berkata-kata, Eman turut mengejutkan abangnya yang ketika itu sedang tidur agar bersedia sebelum abang rider sampai.
Melalui perkongsian kakaknya yang dikenali dengan nama @yolo, adiknya Eman ketika itu hanya berada di rumah bersama abangnya Ijat.
“Eman tu adik saya, masa tu diaa tinggal berdua je dengan abang Ijat. Tira pulak sekolah sebab tu budak kecik ni sesuka hati dia jee angkat call
“Ijat suruh Eman kejut pukul 1 sebab nak pi keje. Mak pulak dekat sekolah tak balik lagi, mak saya cikgu…itu lerr kisahnya,” katanya berkongsi.
Perbualan anak kecil itu meraih 889.5K tontonan, 76.1K tanda suka dan 602 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan mereka berdua.
Malah, ramai yang memuji abang rider J&T tersebut yang melayani kerenah budak lelaki itu yang banyak bertanya dan melayaninya dengan sabar.
Kegembiraan seorang ibu semakin berganda apabila dikurniakan anak selepas mempunyai seorang anak.
Perasaan seronok makin bertambah memikirkan anak sulung sudah mempunyai kawan untuk bermain apatah lagi jika sama jantina.
Tetapi kadangkala ekspektasi ibu tidak sama dengan realiti. Hakikatnya bukan mudah untuk anak sulung apatah lagi di bawah usia enam tahun untuk memahami kehadiran adik baharu dalam hidupnya.
Selebriti jelita Anzalna Nasir, 34, tidak terkecuali daripada melalui fasa tersebut. Kelahiran anak kedua, Mohamad Emirhan pada 20 Mei 2022 disambut dengan penuh kesyukuran.
Namun dalam masa yang sama bimbang memikirkan bagaimana perasaan anak sulung Mohamad Eidrees,3, menerima kehadiran adiknya.
Kini, selepas hampir lima bulan usia Eidrees, Anzalna meluahkan rasa kesyukuran kerana kedua anaknya membesar sihat dan sempurna.
Dalam masa yang sama Anzalna yang berkongsi gambar terbaru Eidrees di Instagram turut berkongsi perasaan lega kerana Eidrees sudah boleh menerima kewujudan adiknya.
Eidress budak besar sekarang. Alhamdulillah, dia dah boleh terima kewujudan adik dia.
Eidrees juga ringan tulang membantu menguruskan adiknya dan selalu bermain dengan bersama.
Namun dalam nada lucu, Anzalna memberitahu yang dia tak boleh meninggalkan Eidrees berseorangan dengan adik kerana si comel berambut keriting itu boleh memanjat badan adiknya untuk bermain ‘cak cak’.
Dia pandai mandikan adik, pakaikan adik lotion, dah pandai bergurau dengan adik cuma jangan tinggalkan dia dengan adik berdua sebab dia boleh panjat atas adik dia main peekaboo! serammmmm!
Sebenarnya dari sudut perkembangan kanak-kanak, Eidrees sangat menyayangi adiknya. Daripada perlakuannya yang sentiasa ingin terlibat dan suka membantu ibunya menguruskan adik memperlihatkan sisi kasih sayangnya sebagai seorang abang.
Namun, dalam usia tiga tahun Eidrees masih belum memahami perbuatannya memanjat badan adik boleh menyakitkan adiknya. Baginya itu salah satu cara untuknya bermain dan menggembirakan si adik.
Semoga Eidrees membesar sebagai anak yang baik dan abang yang penyayang pada adiknya Emirhan.
Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak lelaki.
Sumber: IG Anzalna Nasir
1. Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.
2. Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.
3. Selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna. Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan. Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama.
Ia bertujuan untuk mendidikan kanak-kanak pada usia muda amat penting bagi membentuk sifat dan peribadi yang mulia dalam diri mereka. Hal ini amat penting bagi memastikan mereka dapat menjadi seorang muslim yang sejati dan baik serta melahirkan Insan Rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Untuk mendidik anak ia melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
1.Cara komunikasi yang sopan
Haruslah mendidik anak bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik. Anda harus menjaga perilakuan supaya menjadi role model kepada anak-anak semasa anda berkomunikasi dengannya.
2.Doa penerang hati
Sebelum belajar didik anak membaca doa-doa penerang hati ia termasuk surah Al-Insyirah. Malah Rasulullah pernah menyuruh Ali RA membaca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, menjadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak meragam.
3.Mini perpustakaan Islamik
Sediakan mini perpustakaan yang bercirikan islamik di rumah dengan perbanyakkan pilihan buku-buku berkaitan Islam seperti kisah nabi-nabi dan rasul. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak dan mendedahkan kegemilangan Islam dalam diri anak.
4.Posisi tidur
Jangan lupa ingatkan anak untuk mengamalkan cara tidur mengikut sunnah Nabi SAW. Pastikan anak-anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar dan lena tidurnya.
5.Didik anak bawa kelengkapan solat
Jika pergi bercuti atau pulang ke kampung, biasakan kepada anak-anak untuk membawa kelangkapan solat. Dengan ini, mereka akan tahu betapa pentingnya solat sebagai seorang muslim.
6.Adab makan minum yang baik
Ajari anak makan dan minum dengan sopan. Oleh sebab itu, digalakkan anak membaca bismillah dan alhamdulillah sebelum dan selepas makan. Sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah. Beritahu juga kepada anak mengenai cara seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
7.Lima minit membaca Al-Quran
Digalakkan ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit setiap hari.
8.Adab baca doa sebelum tidur dan bangun
Didik anak sebaik sahaja bangun membacakan doa bangun tidur dan sebelum tidur. Seeloknya tidur dalam keadaan mengadap qiblat, membersihkan diri kaki dan muka sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
9.Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas,
Tandas juga salah satu adab yang tidak boleh diabaikan. Anak-anak perlu didik cara yang betul untuk membuang air kecil atau besar. Juga cara masuk ke dalam tandas antaranya menutup kepala, membaca doa, memakai selipar dan membelakangkan qiblat
10.Adab dengan ibu bapa
Mendidik anak untuk menghormati dan mengerti pengorbanan ibubapa terhadapnya. Ia penting untuk memberi kesedaran dan bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa.
11.Sembahyang berjemaah
Biarpun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan juga ada waktu untuk anda berjemaah dengan anak-anak terutama waktu solat subuh, mahgrib dan Isyak.Suasana seperti ini memberikan aura positif kepada anak dan rumah anda.
12.Bawa anak ke masjid
Jika masjid jauh daripada rumah, tak salah jika membawa anak ke masjid waktu cuti hujung minggu. Laungan azan yang berkumandang dalam masjid sesungguhnya membuatkan jiwa anak menjadi tenang.
13.Berpakaian sopan
Biarpun anak baru berusia enam tahun, tidak menjadi kesalahan mendidik anak pakaian yang menutup aurat. Cara ini secara tidak langsung didikan awal buatnya untuk berpakaian sopan.
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.