Ajal bersama..Dua beranak termasuk bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang.

Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.

Ajal Bersama.. Doktor & Anak Berusia 8 Bulan Maut Selepas Van Hospital Terbabas

Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.

IKLAN

Ajal Bersama.. Doktor & Anak Berusia 8 Bulan Maut Selepas Van Hospital Terbabas

“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.

“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, menerusi kenyataan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali atas pemergian allahyarhamah dan bayinya.

Ajal Bersama.. Doktor & Anak Berusia 8 Bulan Maut Selepas Van Hospital Terbabas

Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pada pagi tadi.

Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang adalah terdiri daripada seorang Pakar Pembedahan, 3 orang Pegawai Perubatan Jabatan Pembedahan, dan 2 orang Pegawai Perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang Pegawai Perubatan tersebut yang berusia lapan bulan.

IKLAN

Salah seorang Pegawai Perubatan iaitu Dr Nooranisah Mohd Razali telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang-penumpang yang lain adalah selamat.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Difahamkan arwah membawa anaknya bersama kerana perlu bertugas di Gua Musang selama seminggu. Semoga Syurga buat arwah dan anak.

Sumber: Metro & FB Datuk Dr Noor Hisham

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI