Banjir melanda beberapa buah negeri baru-baru ini betul-betul perit terutama yang mengalaminya. Kemusnahan rumah, harta benda dan paling terkesan kehilangan insan tersayang yang menjadi korban banjir turut menyebabkan ramai trauma.

Setelah beberapa hari banjir berlaku, pelbagai kisah dikongsikan. Bukan setakat mangsa yang terperangkap tak dapat bekalan makanan dan berada di bumbung untuk menyelamatkan nyawa, tetapi satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita yang terperangkap dan dikatakan bersalin dalam keadaan serba kekurangan disebabkan kawasan rumahnya ditenggelami air benar-benar menyentuh hati orang ramai.

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

Tangisan bayi dalam banjir

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang Facebook atas akaun Ain Fatin Lyana yang memuat naik video di mana seorang seorang wanita dan bayinya meminta tolong jiran-jiran menyelamatkan mereka.

Dalam video tersebut, dapat dengar bunyi suara tangisan bayi dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

IKLAN

Jiran tetangga yang berada di sekitar itu sama-sama membantu walaupun hakikatnya ia mengundang bahaya. Ini kerana air pada waktu itu agak tinggi mencecah paras leher.

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

Turut kelihatan ada yang terus segera memanjat tembok pagar dan meredah banjir untuk membantu apa yang patut.

Difahamkan ibu dan bayi selamat walaupun melalui detik yang sangat sukar, keadaan tak selesa dan kesejukan.

IKLAN

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam BanjirSementara itu, perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina di TikTok turut memaklumkan ibu dan bayi itu kedua-duanya berada dalam keadaan yang baik.

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

Malah ramai yang bersimpati dan mendoakan urusan ibu dan anak ini terus dipermudahkan Allah dan tiada sebarang masalah selepas ini. Ini kerana bukan mudah bersalin dalam keadaan yang serba kekurangan tambah pula dalam air tanpa apa-apa persediaan lengkap.

IKLAN

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

Sumber: FB Ain Fatin Lyana & TikTok @tutynooramalaina

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Sebak Dengar Tangisan Bayi! Jiran Bantu Selamatkan Ibu Bersalin Dalam Banjir

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI