Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan rawatan terbaik bila anaknya sakit. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Sudah semestinya hospital yang menawarkan kepakaran terbaik serta fasiliti lengkap menjadi pilihan kita untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Seboleh-bolehnya kita mahukan hospital yang mempunyai suasana selesa dan mendamaikan supaya kita dapat menjalani rawatan dengan lebih tenang dan positif.

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Bahkan barisan pakar berkredibiliti serta berpengalaman juga merupakan salah satu kriteria yang kita utamakan bila mencari hospital terbaik.

Pusat Perubatan Sunway yang terletak di Bandar Sunway ini berada pada lokasi paling strategik. Ia hanya terletak sejauh 450 meter dari Universiti Sunway manakala pusat tarikan lain seperti Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Lagoon dan pusat beli-belah Sunway Pyramid hanya terletak dalam radius 1.5 kilometer sahaja. Memang mudah!

Bahkan sejak ditubuhkan pada tahun 1999, Pusat Perubatan Sunway telah berkembang pesat dengan pertambahan beberapa menara baharu bagi memenuhi keperluan kesihatan pesakit bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga dari luar negara.

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Hospital dengan hiasan dalaman yang indah tatkala kaki melangkah masuk ini menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kuaternari paling komprehensif dengan menyediakan sejumlah 616 katil berdaftar, 180 klinik doktor pakar, 13 dewan bedah serta dua tempat letak kereta bertingkat dengan kapasiti 1,470 ruang letak kereta. Semestinya pesakit dan pelawat mempunyai ruang parkir yang cukup setiap kali berkunjung ke hospital ini!

IKLAN

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway yang telah terpilih sebagai Hospital Komprehensif & Kemudahan Bertaraf Dunia Pilihan Pa&Ma ini juga merupakan sebuah pusat perubatan kuaternari swasta terkemuka di Malaysia dan komited menyediakan pilihan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.

Pusat perubatan ini turut menawarkan perkhidmatan perubatan komprehensif yang merangkumi kemudahan dan teknologi perubatan canggih untuk program penjagaan kesihatan, kesihatan dan kesejahteraan pesakit luar dan pesakit dalam serta perkhidmatan kecemasan 24 jam.

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Bukan calang-calang, bahkan hospital yang satu ini turut mendapat akreditasi Badan Piawaian Kesihatan Australia (Australian Council on Healthcare Standards, ACHS) dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (Malaysian Society for Quality in Health, MSQH) bagi hospital swasta serta anugerah Syarikat Terbaik Tahunan bagi Hospital Pintar Malaysia Frost & Sullivan 2021. Hebat!

IKLAN

Bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang semakin canggih, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway ini juga telah mengembangkan bidang perkhidmatan perubatan khusus, meliputi bidang ilmu saraf hinggalah rawatan kanser termaju, serta dari penyelidikan klinikal kepada teknologi bioperubatan. Malah, pusat perubatan swasta terbesar di negara ini juga mempunyai bidang subkepakaran terluas dan sering menjadi hospital rujukan dan bagi pesakit domestik dan antarabangsa.

Selain itu, hospital utama di bawah Sunway Healthcare Group (SHG) ini turut menekankan penjagaan kesihatan terhadap golongan wanita dan kanak-kanak dengan membangunkan Pusat Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak secara eksklusif.

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Dengan kekuatan 19 orang pakar perunding pediatrik yang berpengalaman luas, Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway ini menawarkan perkhidmatan am dan kompleks seperti rawatan minimal invasif untuk penyakit wanita, serta kepelbagaian subkepakaran pediatrik untuk keperluan neonatal hinggalah kepada pembangunan kanak-kanak. Tidak hairanlah kanak-kanak juga mudah berasa selesa dengan kemesraan jururawat dan doktor serta tidak berasa resah atau takut semasa menerima rawatan.

IKLAN

Pakar Peruding Pediatrik:

  • Dr Ang Hak Lee – Pediatrik & Pediatrik Kardiologi
  • Dr Anis Siham binti Zainal Abidin – Pediatrik & Pediatrik Rawatan Intensif
  • Dr Ch’ng Tong Wooi – Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi
  • Dr Cham Weng Tarng – Pediatrik & Pediatrik Reumatologi
  • Dr Cheong Shu Meng – Pediatrik & Neonatologi
  • Dr Chye Joon Kin – Pediatrik & Neonatologi
  • Dr Cindy Chan Su Huay – Pediatrik & Pembangunan Pediatrik
  • Dr Eni Juraida binti Abdul Rahman – Pediatrik & Pediatrik Hematologi dan Onkologi
  • Dr Heah Sheau Szu – Pediatrik & Pediatrik Dermatologi
  • Dr Khoo Boo Aik – Pediatrik & Neonatologi
  • Dr Lim Wei Leng – Pediatrik & Neonatologi
  • Dr Mohamed Najib bin Mohamed Unni – Pediatrik & Pediatrik Hematologi dan Onkologi
  • Dr Nazrul Neezam Nordin – Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi
  • Dr Norazlin binti Kamal Nor – Pediatrik & Pembangunan Pediatrik
  • Dr Norzila Mohamed Zainudin – Pediatrik & Perubatan Respiratori Pediatrik
  • Dr Tan Teong Yong – Pediatrik
  • Dr Tay Chee Geap – Pediatrik & Pediatrik Neurologi
  • Dr Yiaw Kian Mun – Pediatrik & Pediatrik Nefrologi
  • Dr Yip Cheng Wan, Rosalie – Pediatrik & Pediatrik Cardiologi

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web sunwaymedical.com  juga di Facebook, SunwayMedical dan @sunwaymedical di Instagram untuk melihat pelbagai aktiviti dan tawaran harga paling menarik untuk anda.

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di talian, 03-7491 9191.

Terbaik! Ramai Tidak Tahu Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Tawarkan Rawatan & Kemudahan Bertaraf Dunia. Ibubapa Wajib Semak Ini!

Tahniah juga kepada Pusat Perubatan Sunway yang telah dianugerahkan sebagai Hospital Komprehensif & Kemudahan Bertaraf Dunia Pilihan Pa&Ma pada tahun ini!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI