Pelakon terkenal, Diana Danielle menerusi instagramnya telah memuatnaik gambar bersama anak-anak melakukan aktiviti membersih alam sekitar. Mereka mengutip sampah sarap untuk dibuang ditempat yang betul.
Cara didikanya harus dipuji kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, mendidik anak harus bermula sejak kecil lagi. Diana Danielle yang mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Farid Kamil dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel Muhammad dan Nur Aurora.
Kekayaan Tak Bermakna Jika Kita Pentingkan Diri
Ads
Bagi D, kekayaan dan keselesaan yg kita selalu mimpikan x bermakna kalau kita terlalu pentingkan diri & biarkan alam sekitar kotor, busuk dan mati sehingga tidak dapat dinikmati oleh makhluk Tuhan yg lain.
Peliharalah Alam Sekitar Dengan Baik
Ads
Kuatkan hubungan bersama alam sekitar dan alam ni jugalah yg akan pelihara kita dgn sebaiknya. Ajar anak2 kita untuk hormati alam, semoga apa yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya bukanlah hanya sisa sisa sampah sarap kita sendiri.
Selalu Terapkan Tentang Kepentingan Menjaga Alam
Ads
#setulusikhlas dari keluarga kecil kami, DD Aurora & Muhammad serta mama/Tokma kami yang selalu terapkan ttg kepentingan menjaga alam yg dianugerahkan Allah
Rata-rata netizen memuji cara didikan Diana. Cara didikannya boleh dicontohi oleh ibu bapa yang lain dan jadikan aktiviti seperti ini sebagai riadah dan dapat mengeratkan bonding bersama keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebahagiaan pasangan suami isteri dan keharmonian rumah tangga terletak kepada sikap setiap pasangan bagaimana untuk mencorakkannya. Suami sebagai ketua keluarga kena faham tanggungjawab dan menyediakan nafkah walaupun tak semewah pasangan lain.
Bila lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’ itu keluar dari mulut suami, automatik suami kena faham dan isteri pun tahu apa yang perlu dilaksanakannya. Jika di awal perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan itu normal.
Fasa bercinta dan berkahwin tak sama. Bagaimana kita mengawal keadaan itu penting dan ia akan membawa kebahagiaan sehingga akhir hayat dan percayalah bahagia itu akan datang dengan sendirinya.
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, selama 10 tahun berkahwin dia tidak pernah meminta isteri membayar bil rumah dan cuba beri ikut kemampuan. Paling penting jika ada rezeki lebih bahagiakan ibu bapa dan isteri dulu, barulah rezeki tak putus.
Sebaik lafaz akad nikah disahkan 10 tahun lalu, terus aku semat dalam hati bahawa aku kini punya amanah dan tanggungjawab besar.
Masa tu gaji kecil sahaja. Gaji diploma. Puan isteri pula gaji lebih besar. Dia degree.
Namun itu tak bermakna tanggungjawab nafkah itu aku boleh abaikan. Nafkah ini dihukumkan wajib oleh Tuhan. Bukan Perdana Menteri yang tetapkan, bukan juga hakim majistret.
Maka sejak bulan pertama perkahwinan, semuanya aku tanggung. Baik dari segi sewa rumah, belanja dapur (sebahagian), belanja hospital, pakaian, bil-bil, bahkan bil telefon peribadi dia pun aku yang bayarkan.
Jika puan isteri aku berkenan nak beli apa-apa, dia akan minta izin aku untuk beli. Biasanya dia beli sendirilah. Aku cuma bagi untuk raya. Bonus raya biasanya memang aku tak sempat rasa. Semuanya aku bagi kat dia untuk pakaiannya.
Aku punya cukuplah mana yang ada. Namun biasanya puan isteri akan hadiahkan aku baju juga untuk beraya. Kalau tak, padan baju Melayu je lah. Hihi.
Tempoh 10 tahun ini, tidak pernah sekali puan isteri aku bayar apa jua bil. Duit barang dapur pertama kali aku beri padanya cuma RM50 sahaja.
“Ini sahaja abang mampu beri untuk barang dapur. Selebihnya awak topup la ya. Nanti ada rezeki lebih, abang tambah lagi.”
“Tak apa la bang. Barang dapur tu biar saya yang urus semua,” balas puan isteri 10 tahun lepas.
“Tak boleh. Ini kewajipan abang. Wajib pada seorang suami memberi nafkah ni. Walau sedikit, sekurangnya ada. Lepas dah depan Tuhan abang nak menjawab kelak,” ujarku padanya.
Sanggup ikat perut utamakan keluarga
Puan isteri hanya mengangguk sahaja. Waktu tu, setiap kali gaji, lepas bayar segala benda baki gaji sekitar RM600 sahaja.
Dengan baki itulah aku nak survive makan minum, minyak kereta, anak-anak nak aiskrim ke, mainan ke, keluar jalan-jalan hujung minggu ke. Memang sesak yakmat.
Kadang anak minta nak beli itu ini pun aku terpaksa menolak. Dalam dada punya la rasa loser tak mampu tunaikan kehendak anak-anak ni.
Namun perangai aku, walau terdesak, walau kesempitan, aku tak pernah minta duit dengan isteri.
Aku rela berhutang dengan kawan-kawan dari minta duit isteri. Rela makan berhutang kat kantin dari minta duit isteri. Sejenis ego seorang suami.
Terharunya tengah bulan isteri pula selit duit dalam dompet
Dulu-dulu, lepas tengah bulan biasanya puan isteri akan intai-intai dompet aku waktu aku tidur. Dia tengok tinggal RM2-RM3 dalam tu, dia letak senyap-senyap RM10-RM20.
Dia tahu dah, harapkan aku minta memang takkan sesekali. Jadi gitu la cara dia bantu aku. Masukkan dalam dompet waktu aku tidur.
Esoknya pergi kerja, tengok-tengok dalam wallet ada lebih 20 ringgit. Padahal sebelum tidur ada 3 ringgit je. Terharu betul masa tu.
La ni, bila aku agak lega, bila boleh bernafas dengan agak teratur, sesekali aku akan bawa kereta puan isteri keluar. Bukan nak bawa sangat sebenarnya, aku lebih selesa naik motor ke mana-mana.
Cuma aku nak tengok minyak kereta. Kalau minyak bawah setengah, memang aku bawa ke stesen minyak dan isi penuh. Topup Touch n Go kereta pula tak pernah bakinya bawah RM50.
Biar puan isteri aku tak perlu fikir apa dah kalau pegang stereng kereta. Bawalah ke mana, minyak ada, Smart Tag dengan Touch n Go pun tersedia.
Setiap tahun ada kenaikan gaji, maka duit dapur puan isteri turut sama bertambah. Dari RM50, kini dah jadi 10x ganda.
Ada rezeki lebih gembirakan ibu bapa dan isteri dulu
Dan sesekali, sebelum aku tidur aku letak duit atas meja untuk kegunaan dia. Duit bulanan tak pernah miss, namun ini sebagai hadiah.
Dia bersiap nak keluar kerja, tengok ada nota ringkas dan duit belanja pula. Siapa tak seronok dapat hadiah ye tak?
Gitulah hidup ini. Ada masa kita sesak, ada masa kita lega. Masa sesak tu, orang terdekat juga yang bantu. Maka bila lega, kita pula bantu dan gembirakan mereka.
Bila ada rezeki lebih, bukan bermaksud kita kalut nak cari yang lain. Sebaliknya Tuhan kirim rezeki lebih pada kita supaya kita layan orang yang setia bersama kita saat sukar dan susah dengan lebih baik.
Bila ada rezeki lebih, gembirakan ibu bapa dan isteri dahulu, baru kita bantu orang lain. Itu yang sebaiknya.
Kerana tiada orang lebih ikhlas dengan kita melebihi ibu bapa dan keluarga kita sendiri. Itulah dia.
Ramai ibu bapa di luar sana yang Obses dengan anak sendiri. Persoalannya, apakah tanda ibu bapa itu obses dengan anak sendiri?
Berikut merupakan jawapannya:
Adakah tanda-tanda ini terdapat pada anda? Jika ada, cuba muhasabah diri dan berbincang bersama pasangan anda untuk mengelakkan diri anda dari terjerumus menjadi ibu bapa yang sangat obses dengan anak lalu terjerumus ke arah budaya tidak sihat yang dikenali sebagai budaya ‘sharenting’.
Budaya ‘sharenting’
Menurut dua kajian berkaitan yang dijalankan oleh Mariea Grubbs Hoy, profesor dari College of Communication and Information dan Alexa K. Fox, pembantu profesor dari University of Akron, budaya ‘sharenting’ berlaku akibat ibu bapa baru terutamanya yang masih baharu senang terpengaruh dengan ibu bapa lain dan perasaan sendiri lalu dengan mudah berkongsi segala butir peribadi anak seperti nama, tarikh lahir dan paling bahaya, foto dan video mereka.
Menurut mereka, perkongsian informasi seperti ini mungkin sudah dianggap sebagai norma masa kini namun sebenarnya akan menjejaskan privasi dan reputasi anak malahan turut mengundang bahaya kepada keselamatan mereka!
Konklusinya, tidak salah jika anda terlalu obses dengan anak sendiri kerana ia adalah satu perasaan alami yang akan berlaku kepada setiap ibu bapa tetapi jangan terlalu keterlaluan. Ini kerana budaya ‘sharenting’ boleh mengundang bahaya kepada keselamatan anak anda.
Anak-anak yang lahir sebagai tanda cinta ibu bapa adalah anak-anak yang suci. Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.
Sebab itu, seawal ibu tahu ada penghuni kecil dalam rahim, ibu semestiya perlu jaga emosi kerana ia akan mempengaruhi anak bila lahir. Begitu juga selepas anak lahir dan sepanjang proses membesarkan mereka. Semua fasa ini penting untuk perkembangan anak yang baik.
Perkongsian dari Terapis Cara Kerja dan ibu kepada 4 cahaya mata ini, Siti Aisyah’ Rozalli memberi gambaran sebenar dalam ilmu keibubapaan sepanjang mendidik anak.
SAYA RASA SAYA PERNAH TERSILAP URUS ANAK
😞 Kita tak berjaya jaga emosi masa mengandung
😞 Kita tak berjaya urus emosi masa dalam pantang
😞 Kita beri anak gadget terlalu awal
😞 Kita letak expectation yang terlalu tinggi sampai anak kita stress
😞 Kita tak perasan yang anak kita ada lewat perkembangan dari awal
😞 Kita tak belajar cara main dengan anak untuk rangsang EQ & IQ anak
😞 Kita lambat cari solusi kepada masalah parenting kita
😞 Kita tak mampu berikan yang terbaik yang kita harapkan untuk anak kita…
Dan banyak lagi silap urus yang kita rasakan sepanjang perjalanan parenting kita.
Mama, ayah…
Dalam hidup ni, kita tak lari dari kesilapan. Terutamanya dalam mengurus anak-anak.
Normal untuk kita rasa yang kita pernah tersilap cara. Tapi kan, mama ayah. Jangan terus rasa hopeless. Jangan terus rasa down.
Setiap kali Allah campak rasa tersalah urus itulah tandanya ALLAH SAYANG.
Setiap kali Allah lahirkan rasa sesalan itulah tandanya ALLAH SEDANG TUNJUKKAN JALAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA.
Allah mahu kita perbaiki apa yang kita tersalah urus. Kita kan hambaNya. Dia sayang kita
Syukurlah bila kita rasa kita tersalah urus. Maksudnya, Allah mahu beri peluang untuk kita perbaiki diri.
Macam mana nak perbaiki?
1️⃣ Tenangkan diri, mohon bantuan Allah. Bangun malam, solat hajat spesifik untuk perjalanan parenting kita.
2️⃣ Belajar, belajar dan terus belajar bagaimana cara untuk uruskan anak dengan kaedah paling natural dan menyantuni fitrah anak.
3️⃣ Bangkit segera!!! Jangan biar rasa bersalah menghantui kita. Terus bangkit dan perbaiki cara.
4️⃣ Berkawan, bersahabat dengan orang yang rajin belajar parenting. Dengan rakan yang positif dan membina diri kita.
5️⃣ Peluk cium anak setiap hari. Kasih sayang anak itulah sumber kekuatan kita untuk terus mendidik mereka dengan cara terbaik yang kita mampu.
Kita semua usaha. Usaha sama-sama. Saya pernah tersilap. Ibu-ibu lain juga pernah tersilap. Kita manusia. Normal untuk tersilap.
Tapi, syukurlah kita sebab Allah izinkan kita untuk sedar dan perbaiki diri.