Ada waktunya kita marah bila mana anak asyik minta telur setiap kali makan. Jangan dilarang kerana nasi berlaukkan telur ini cukup baik untuk anak. Wajib makan setiap hari!
Telur mempunyai begitu banyak khasiatnya malah amat disyorkan sebagai makanan kegemaran anak setiap hari. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Ramai salah faham tentang telur. Tapi, dua pesakit yang saya jumpa minggu ni, buatkan saya terpaksa share dengan korang yang telur teramatlah bagus untuk semua.
Mereka dah buktikan, yang telur langsung tak bersalah tinggikan bacaan kolesterol. Korang boleh tengok dalam gambar bacaan kolesterol yang perfect betul.
Ads
Dua pesakit ni, makan telur setiap hari. Paling kurang pun, 4 kali seminggu. Terkejut saya dengan persamaan ni, bila saya tanya apa tabiat pemakanan mereka.
Dah lebih 3 tahun mereka amalkan makan sampai 3 atau 4 biji telur setiap pagi masa breakfast.
Anak-anak dan keluarga kita, jom ajar diorang makan telur jugak. Ajar dari kecil, biar telur jadi menu favourite anak-anak dan seisi keluarga.
Ads
Nak lentur buluh, kena dari rebung kan.
5 sebab kenapa kena ajar anak dari baby untuk makan telur;
1. Makanan tinggi nutrisi yang sangat mudah nak buat
2. Betain dalam telur bagus untuk kesihatan jantung
3. Choline dalam telur bagus untuk otak dan bayi dalam kandungan.
4. Lutein dan zeaxanthin bagus untuk kesihatan mata
5. Telur tinggi protein dan bantu untuk dapatkan berat badan yang ideal
Ads
Telur bukan penyebab kolesterol dan jantung. Betulkan salah faham yang kita dah bawa sejak kecil ni tau.
Raja segala buah, Durian memang menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Tak sah rasanya kalau tak merasa seulas durian jika musimnya tiba. Namun bila ada anak kecil, pasti ada yang curi-curi beri anak rasa durian. Makan durian barulah anak Melayu tak gitu?
Namun adakah bayi dibolehkan makan buah durian ini? Apakah kebaikan disebalik raja segala buah ini? Ada yang cakap tak elok bagi baby makan durian! Dalam artikel kali ini, Dr Amalina Mohd Daud berkongsi khasiat buah durian dan bagaimana cara untuk kenalkan durian kepada bayi.
Sebelum ini saya percaya bahawa durian sepatutnya diperkenalkan lewat kerana ia sangat manis.
Tetapi sebenarnya kerana kita ingin memperkenalkan pelbagai jenis makanan, kita harus memberi peluang durian untuk berada dalam mulut bayi kita.
Yess durian boleh diperkenalkan kepada bayi kita seawal ‘weaning’ asalkan kita beri pada jumlah yang sederhana. Durian sangat kaya dengan karbohidrat, vit B, protein, lemak, mineral dan antioksidan. Itulah raja buah yang sebenar!
Walaupun durian berisiko tercekik akibat bijinya, anda sebenarnya boleh memasaknya cukup lama sehingga ia empuk. Anda boleh sama ada kisar sehingga menjadi serbuk atau melenyek sehingga halus.
Pada gambar di atas, saya telah memasukkan cara intro durian pada usia tertentu. Jadi boleh rujuk.
Saya tahu ia agak bertentangan dengan intuisi untuk memberikan durian kepada bayi. Tetapi… adakah anda akan memberi?
Madu memang memang berkhasiat dan mempunyai pelbagai kelebihan. Kita sentiasa mahukan makanan yang terbaik untuk bayi. Tapi tahukah anda madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi?
Madu tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan. American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Ramai yang yang tidak tahu madu bahaya kepada bayi berumur di bawah 12 bulan walaupun madu telah diletakkan atau dicampur ke dalam makanan ketika dalam peringkat pemprosesan. Terdapat kebanyakan etnik dan budaya yang terus memberikan bayi madu seawal dari lahir dan terus memasukkannya awal ke dalam diet bayi tanpa menyedari tindakan ini boleh mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa si kecil.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Walau bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan!
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
TANDA-TANDA AMARAN BOTULISME BAYI
Botulisme akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi. Gejala biasanya muncul dalam masa 12-36 jam selepas bayi terdedah kepada makan makanan yang tercemar. Ia juga mungkin berlaku seawal beberapa jam dan sehingga 10 hari. Gejala botulisme pada bayi mungkin berlaku sehingga 14 hari kemudian!
Bayi dengan botulisme mungkin mempunyai gejala berikut:
Gejala ini disebabkan oleh lumpuh otot yang disebabkan oleh toksin bakteria. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda botulisme, terus bawa ke bahagian kecemasan dengan segera kerana ia boleh mengancam nyawa!
Orang dewasa tidak terjejas dengan sejumlah kecil spora botulinium berbanding bayi. Pada orang dewasa, jumlah spora botulisme yang ditelan (jika ada) dari madu sangat kecil jumlahnya kerana kita mempunyai usus matang. Usus orang dewasa mengandung asid yang cukup untuk menangkal pengeluaran toksin yang menghasilkan bakteria botulisme.
Sebaik sahaja bayi mencapai umur satu tahun atau lebih, usus mereka akan mempunyai keseimbangan asid yang akan membantu memusnahkan dan melawan sebarang toksin yang menghasilkan bakteri botulisme.
BOLEHKAH BAYI SAYA MAKAN MAKANAN YANG DIBAKAR DENGAN MADU?
Spora botulisme hanya boleh dibunuh oleh haba yang tinggi yang boleh diperolehi dalam tekanan pembakar. Toksin (yang dihasilkan dalam keadaan anaerob) hanya boleh dimusnahkan dengan mendidih (WHO). Jadi secara teknikal, madu tidak selamat untuk bayi walaupun dalam bentuk yang dimasak seperti dalam makanan yang dipanggang seperti roti.
Spora botulisme TIDAK akan musnahkan semasa proses memanggang atau melalui mana-mana kaedah memasak rumah. Berbincanglah dengan pakar pediatrik dengan untuk mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang travel umrah bersama anak kecil dan tipsnya, ikuti rancangan TV Pa&Ma pada Rabu, 4 September 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Datin Fouziah Ghous dan suami Datuk Zhafran.
Meskipun anda dan pasangan merupakan ibu bapa yang sangat cermat, akan ada juga masa di mana situasi tidak dapat dikawal dan akhirnya si kecil anda jatuh sakit. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda dijangkiti penyakit-penyakit biasa yang akan sembuh seiring dengan peredaran masa. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga bayi anda dan ubah sedikit diet seharian mereka.
Berikut merupakan beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu untuk menjaga pemakanan bayi yang sakit:
Bagaimanakah anda perlu menyusukan bayi anda yang sakit?
Penyusuan badan merupakan cara utama untuk membekalkan bayi anda yang masih lemah dengan antibodi dan nutrien penting. ini sangat diperlukan untuk anak anda menguatkan sistem imun dan melawan bakteria. Oleh itu, teruskan memberi bayi anda susu badan. Anda juga boleh memberikan mereka susu formula tetapi bukan pada kekerapan dan jangka masa yang lama. Ini kerana bayi yang sedang sakit cenderung untuk muntah setiap kali selepas sesi penyusuan.
Perlukah anda terus menyuapkan makanan pejal kepada mereka?
Anda boleh terus menyuapkan makanan pejal kepada bayi anda selagi makanan tersebut mudah untuk dihadam, mengandungi nutrien yang tinggi dan bayi anda masih mahu untuk memakannya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya mereka tidak mahu makan makanan pejal?
Jangan memaksa mereka untuk makan sebaliknya tukarkan diet bayi anda daripada makanan pejal kepada minuman sekiranya mereka tidak berselera untuk makan. Ini mungkin menunjukkan badan mereka terlalu letih untuk menerima sebarang jenis makanan. Ketika ini, anda perlu memberikan makanan cair atau minuman yang tinggi nutrisi dan pastikan mereka kekal berhidrasi.
Apa yang perlu diberikan kepada bayi anda yang sedang sakit?
Pakar perubatan menyarankan ibu bapa untuk mengubahsuai sedikit sajian bayi anda bergantung kepada jenis penyakit mereka:
Batuk dan demam selsema: tingkatkan pengambilan vitamin C mereka dengan menambahkan bawang merah, bawang putih dan pelbagai makanan kaya vitamin C yang lain. Jika bayi anda berusia 1 tahun ke atas, anda juga boleh berikan mereka air suam bercampur madu. Produk tenusu tidak disarankan kerana ia akan mengakibatkan senak perut dan meningkatkan penghasilan mukus.
Sakit perut: tingkatkan pengambilan cecair dan berikan makanan yang mudah untuk dihadam. Doktor juga mungkin mencadangkan kanak-kanak yang yang mengalami sakit perut untuk mengikut diet BRAT (banana-rice-apple-toast).
Proses penyembuhan
Selera bayi anda akan kembali setelah mereka sembuh. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu tergopoh-gapah dan memaksa mereka untuk mengikut diet sajian yang anda mahukan selagi mereka masih belum bersedia. Berhubunglah dengan doktor anda untuk memberikan vitamin atau suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan bayi anda.
Sakit gigi ketika hamil jangan dipandang ringan. Kisah seorang ibu yang meninggal akibat sepsis ini menjadi peringatan penting untuk mendapatkan pemeriksaan.