Bila nak memasak menu yang menggunakan daging pasti mak-mak akan berada di dapur lebih lama. Iyalah nak pastikan daging betul-betul lembut memerlukan masa yang lama untuk merebusnya. Kadang-kadang dah hampir 2 jam daging di masak tapi masih lagi kenyal dan susah untuk dikunyah.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil tentu sekali risau anak-anak tak dapat nak mengunyah daging dengan baik. Ini akan menyebabkan si kecil mudah terkecik ataupun makanan yang ditelan tidak dapat dihadam dengan baik.
Ada beberapa tip yang boleh anda semua gunakan ketika memasak daging agar daging menjadi lembut. Ikuti perkongsian daripada Awatif Osman.
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
1. Potong daging lawan urat.
Ads
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
2. Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
Ads
3. Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
4. Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Biskut mazola sememangnya biskut raya tradisi yang sejak dulu disediakan oleh mak-mak kita ketika kita masih kecil. Rupanya nak sediakan biskut ‘legend’ yang satu ini amatlah mudah. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan biskut tersedia untuk diterap bersama anak-anak. PKPB yang masih berbaki bersama anak-anak ini, apa kata kita cuba.
Resipi yang dikongsikan oleh Masni Bahari bukan sahaja mudah tetapi resipi biskut mazola yang dikongsikan olehnya cukup gebu dan sedap. Hanya perlukan lima bahan sahaja dan gaulkan sebati sebelum diterap mengikut bentuk kesukaan. Cukup mudah. Jadi jom cuba!
Bila anak dah nak mula sekolah. Mama mulalah kembali kepada rutin asal iaitu bangun seawal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Anak peringkat usia pra sekolah, biasalah masih lagi tidak pandai dan kekok untuk cuba beli makanan di kantin.
Buat permulaan mama kenalah sediakan bekal ke sekolah. Nak masak apa? Jom cuba resipi sushi yang disediakan oleh Nurul Hidayah ni. Sedap, senang dan paling penting mudah anak nak bawa ke sekolah.
Orite..cara buat sushi homemade. Simple je sebenarnya buat sushi ni, ikut selera masing-masing ye. Ni saya buat untuk bekal anak saya.
BAHAN-BAHAN:
1. Seeweed -wajib ada ye tak da ni tak jadi lah.
2.Telur Dadar -hiris nipis
3.Lobak/Timun -terpulang nak letak dua ni pun boleh je tapi anak saya tak suka timun jadi letak lobak je la.
4.Sosej -dibelah 4
5.Tikar Buluh -untuk gulung ye
6. Nasi Pulut -beras sushi ada jual juga tapi nak jimat punya pasal guna beras pulut je. Tambahkan minyak sedikit, tak perlu garam sebab telur dadar dah masin)
Tip penting pastikan pisau tajam ye untuk memotong supaya cantik.
Cara buat tengok gambar ye.
Ratakan nasi pulut, kemudian letakkan telur dadar nipis dan hirisan sosej.
Gulungkan dan tarik biar padat. Gulung hingga selesai.
Dah siap…nak potong pastikan pisau betul-betul tajam ya. Baru cantik.
Kredit: Nurul Hidayah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.
Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?
Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating.
Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!
Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.
Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.
Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.
Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.
Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan. Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating
Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut:
-Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
-Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
-Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
-Makan berseorangan disebabkan rasa malu
-Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri
Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.
Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:
-Genetik
-Jantina
-Perubahan dalam struktur otak
-Saiz tubuh badan
-Pernah mengalami binge eating semasa kecil atau sewaktu remaja
-Trauma yang menyebabkan gangguan pada emosi
-Keadaan psikologi yang lain
Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?
Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.
Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.
Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!
Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating.
Apakah risikonya kepada kesihatan?
Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.
Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.
Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.
Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.
Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.
Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).
Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS).
Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.
Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!