Siapa kata belajar itu membosankan? Tak perlu risau kalau anak-anak tak suka belajar cara tradisional yang penuh dengan buku tebal dan nota panjang. Sekarang, dengan kemajuan teknologi, anak-anak boleh belajar sambil bermain, dan yang lebih best, mereka tak akan sedar pun yang mereka tengah belajar!
So, kalau anda nak bantu si kecil belajar sambil berseronok, jom kenali 5 platform pembelajaran online terbaik untuk anak kecil berusia 1 hingga 5 tahun. Ready? Let’s go!
Khan Academy Kids – Main Sambil Belajar!
Sesuai untuk: 2–5 tahun
Siapa kata belajar tak boleh fun? Dengan Khan Academy Kids, anak anda akan dibawa masuk ke dunia penuh warna-warni yang penuh dengan aktiviti interaktif yang akan bantu mereka belajar membaca, mengira, dan memahami emosi. Semua dalam bentuk permainan yang menarik dengan karakter animasi comel yang pasti akan buat si manja teruja!
Kelebihan: Percuma! Ya, betul tu, percuma! Jadi, tanpa risau tentang kos, anak-anak boleh belajar sepanjang masa.
Lingokids – Belajar Bahasa Inggeris Dengan Lagu!
Sesuai untuk: Belajar Bahasa Inggeris
Lagu-lagu seronok, permainan interaktif, dan video pendek yang cool – semua ini adalah cara terbaik untuk anak-anak belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang super fun! Dalam aplikasi Lingokids, anak anda akan belajar kata-kata baru dalam bahasa kedua mereka melalui muzik, permainan, dan karakter yang lucu. Tak ada yang lebih seronok daripada belajar sambil menyanyi, kan?
Kelebihan:Platform ini menggalakkan pendedahan awal Bahasa Inggeris, yang sangat bagus untuk membina asas bahasa mereka.
Ads
Sago Mini World – Dunia Kreativiti Si Manja!
Sesuai untuk: 2–5 tahun
Pernah terfikir nak bagi anak buat dunia mereka sendiri? Dengan Sago Mini World, mereka boleh eksplorasi dan cipta dunia imaginasi mereka. Main dengan karakter-karakter comel, buat rumah atau kereta yang mereka impikan, dan belajar sambil berinteraksi dalam permainan yang membuka ruang kreativiti tanpa batas!
Kelebihan: Fokus pada perkembangan kreativiti dan imaginasi yang penting untuk tumbesaran otak si kecil. Tak hanya seronok, tapi juga mendidik!
BabyTV Video – Belajar Melalui Video Santai
Sesuai untuk: 1–4 tahun
Ads
BabyTV adalah pilihan yang tepat untuk si kecil yang baru nak mula belajar. Dengan video pendek yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka, anak anda akan belajar mengenal warna, bentuk, angka, dan banyak lagi dengan cara yang sangat santai dan mudah. Sambil tengok video, mereka belajar tanpa rasa terbeban.
Kelebihan: Format video yang pendek dan mudah difahami, sangat sesuai untuktarik perhatian anak!
Dunia Didi & Friends (YouTube Kids) – Lagu Kanak-Kanak Seronok Dalam Bahasa Melayu!
Sesuai untuk: 1–5 tahun
Anak-anak suka lagu kanak-kanak? Mereka pasti suka dengan Dunia Didi & Friends! Platform YouTube Kids ini menyediakan lagu-lagu pendidikan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami dan seronok didengar. Dengan lirik yang mesra budaya tempatan, anak-anak boleh belajar tentang pelbagai nilai dan konsep asas sambil menyanyi bersama Didi, Friends, dan kawan-kawan mereka!
Kelebihan: Dengar lagu, belajar, dan nikmati budaya tempatan – semuanya dalam satu! Si kecil akan terhibur sepanjang masa.
Ads
Kenapa Mama Papa Kena Cuba Semua Ni?
Ini semua tentang mengimbangkan pembelajaran dan keseronokan. Dengan semua platform ini, anak-anak boleh belajar konsep-konsep asas yang penting untuk perkembangan mereka, tanpa mereka sedar yang mereka sedang belajar. Mama papa pula tak perlu risau kerana banyak daripada platform ni percuma atau berpatutan!
Sebab tulah pentingnya kalau mama papa langgan Astro Fibre WiFi Kencang Tak Sangkut Sangkut sekarang. Dengan kelajuan 500Mbps, memang berbaloi-baloi dengan bayaran RM90/sebulan. Fuyooo! Memang tawaran eksklusif untuk pelanggan Astro ni! Takkan nak lepaskan peluang kan, ia boleh digunakan pada pelbagai peranti untuk pengalaman penstriman, pelayaran, permainan, dan sosial yang terbaik tanpa sangkut-sangkut.
Lagi best dan bermakna dengan Astro Fibre WiFi Kencang seperti kempen terbaharu dengan kerjasama Didi & Friends dan Kakak Kencang, Hawa Rizwana melalui lagu sing-along “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” untuk menyerlahkan pengalaman penstriman dan aktiviti-aktiviti WiFi yang terbaik.
Untuk sebarang info lanjut atau melanggan, Whatsapp “Hi” ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my/fibre sekarang untuk info lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu waktu yang ditunggu-tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga. Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang-orang yang disayangi. Ada yang pergi bercuti, ada yang piknik di pantai dan sebagainya. Ada juga yang lebih suka lepak dekat rumah sahaja. Sebenarnya ‘percutian’ di rumah juga bakal memberi kesan yang menyeronokkan kepada anda dan keluarga kalau kena gayanya. Aktiviti kat bawah ni kalau buat bersama dengan ahli keluarga yang lain pasti hari minggu anda tak bosan dan terisi. Tak payah keluar rumah, dapat jimat duit paling penting dapat eratkan hubungan yang ada.
1. Deko bilik anak-anak
Kadang-kadang anak-anak bosan tengok deko yang sama dalam bilik atau bilik permainan mereka. Jom susun semula perabot dan dekorasi yang ada untuk berikan nafas baru bagi ruangan tersebut. aktiviti macam ni bukan sahaja menjadikan bilik yang kecil kelihatan lebih teratur dan selesa, dengan melibatkan anak-anak tentang pemilihan warna bilik dan kedudukan barang dalam bilik mereka sedikit sebanyak dapat buatkan mereka rasa teruja dan tak kisah walaupun hanya berada di rumah pada hujung minggu.
2. Masak menu kegemaran keluarga
Memasak dengan keluarga adalah alternatif yang pastinya menyeronokkan untuk mengisi ‘percutian’di rumah. Pilih beberapa menu makanan yang disukai oleh kebanyakan ahli keluarga. Sebagai contoh, nasi ayam, spaghetti, kek keju atau hanya cucur bilis, itu sudah cukup buat anak-anak rasa seronok. Bahagikan tugas untuk anak-anak buat supaya mereka tak bosan atau sekadar memerhati. Bagi mak-mak yang ada anak kecil, jangan lupa awasi si kecil pula ya. Dengan cara ini juga anda secara tidak langsung mengajar mereka untuk lebih berdikari dan punya rasa tanggungjawab.
3.Kelas seni di rumah
Kanak-kanak memang suka buat aktiviti seni, melukis, mewarna, mereka gelang tangan sendiri, membuat slime dan sebagainya adalah salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Persiapkan dengan barangan yang diperlukan bagi melancarkan aktiviti seni anda di rumah. Aktiviti sebegini memang bagus untuk penerokaan kreativiti si kecil di rumah.
4. Berkebun
Bagi rumah yang mempunyai laman yang luas dan besar, anda boleh menghias laman anda dengan tanaman hijau. Selain tanaman untuk mencantikkan laman tanaman herba juga boleh ditanam untuk kegunaan sendiri. Jangan lupa untuk menjemput anak turut serta dalam aktiviti anda kerana secara tidak langsung, mak dan ayah boleh mengajar si kecil bagaimana untuk menanam tumbuh-tumbuhan dan bunga hiasan pada mereka. Aktiviti ini sangat berguna untuk kanak-kanak, salah satunya adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang tumbuhan hijau yang baik untuk kesejahteraan bumi. Antara trik yang boleh anda buat bagi menarik minat si kecil adalah dengan mengajak mereka untuk mengira bilangan bunga atau meneka warna bunga yang ada di laman, mereka tentu seronok!
5.Berkhemah
Puas dengan melihat halaman rumah lebih cantik dan bersih. Satu idea kreatif lain untuk menghabiskan sisa cuti dengan keluarga adalah dengan berkhemah di laman rumah. Sediakan khemah, bantal, mainan kegemaran dan peralatan bbq. Susun jadual seakan-akan perkhemahan sebenar di luar, waktu malam pula buat bbq bersama sambil menyanyi dan bercerita. Jangan lupa ubat nyamuk ya, barulah si kecil tak serik nak berkhemah lagi di luar tanpa gigitan nyamuk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering berkongsi tentang masalah kesuburan serta hormon terganggu di media sosialnya, Pa&Ma terpanggil untuk mendekati Dr. Raihana Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Rai yang juga merupakan pengasas Efferty yang merupakan jenama susu formulasi khas bagi membantu pasangan sedang berikhtiar mendapatkan zuriat. Ketika ditemui, Dr. Rai menjelaskan terciptanya jenama Efferty adalah kerana beliau juga pernah melalui pengalaman sukar untuk mendapat cahaya mata pertama.
Jenama Efferty Berkisarkan Pengalaman Dr. Rai Sebagai PCOS Survivor
“Terciptanya jenama Efferty ini berdasarkan pengalaman silam saya sendiri yang mana saya adalah penghidap PCOS dan merupakan PCOS survivor. Saya pernah diuji tiga kali keguguran di awal kehamilan yang merupakan chemical pregnancy. Selepas berkahwin juga saya mengalami masalah haid jadi sedikit. Hari pertama saja banyak tapi hari kedua dan ketiga sedikit.”
Dr. Raihana Ismail yang merupakan pengasas Efferty dan PCOS survivor
Tambah Dr. Rai lagi, kitaran haidnya juga terganggu ketika itu. Beliau turut memberitahu yang kitaran haidnya berlaku setiap dua bulan sekali yang menyebabkan dia sukar mencari waktu subur. Dr. Rai kemudian membuat ujian darah dan mendapati hormon progestron dirinya sangat rendah.
“Bacaannya cuma 0.76 bermakna dalam setahun mungkin sekali atau dua kali saja saya ‘bertelur’ dan subur. Itulah yang menyebabkan saya susah nak hamil. End up, bila saya hamil tak lama kemudian ia akan turun sendiri menjadi darah berketul seperti datang haid. Tak sempat nak scan dan apa yang saya faham itulah rupanya kehamilan kimia. Persenyawaan berjaya berlaku tetapi sama ada sperma atau telur ovum yang bermasalah.”
Dr. Raihana bersama salah satu produk susu Efferty
Beliau turut berkongsi yang kemudiannya beliau berpindah tempat kerja yang ketika itu Dr. Rai berkhidmat sebagai seorang doktor di Jabatan Kecemasan dan kehidupannya sangat sibuk. Semasa di tempat kerja lamanya itu, beliau selalu bekerja lebih dari 24 jam, kurang minum air masak serta jadual makan yang tidak teratur.
Gaya Hidup Berubah, Dr. Rai Akhirnya Hamil Anak Pertama
“Perubahan hidup saya sangat ketara bila saya dapat berpindah dari Johor Bahru ke Terengganu. Tidur cukup dan minum banyak air masak. Walaupun berat saya naik 10kg waktu itu, alhamdulillah waktu subur tu ada disebabkan pemakanan saya seimbang. Saya ambil nasi, protein pula banyak makan ikan segar dan ambil ulam-ulaman. Cara masakan pun dibuat singgang atau ikan bakar.
Lepas enam bulan, tanpa sebarang rawatan haid saya mula teratur dan mudah jumpa waktu subur serta berovulasi. Ketika itulah saya hamil anak pertama dan selepas bersalin, saya buat keputusan untuk resign dan buka klinik perubatan swasta di Dungun, Terengganu. Dalam tempoh empat tahun saya buka klinik sendiri, saya jumpa banyak kes pasangan yang mengalami masalah kesuburan sama seperti saya. Cuma bezanya ketika di klinik saya, saya terpaksa bekalkan bermacam jenis multivitamin dan mineral kepada pesakit.”
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana masing-masing berkongsi tentang pengetahuan dan pengalaman mereka
Banyak Proses Buat Rawatan Kesuburan
Dr. Rai turut menjelaskan ketika rawatan kesuburan banyak proses yang perlu dilalui kerana ia meliputi pelbagai fasa untuk mematangkan telur, penghasilan sperma berkualiti serta mahu memastikan persenyawaan berlaku dalam tiub yang bersih dan tidak tersumbat. Kemudian perlu juga menyokong proses penempelan yang perlu berlaku pada dinding rahim yang tebal dan sihat.
“Akhirnya, dengan bermacam-macam multivitamin tu terformulasilah susu Efferty ni pada tahun 2019. Syukur, selepas sebulan pelancaran kita dah berjaya bantu sebanyak 80 pasangan untuk menimang cahaya mata. Kita ambil masa dari tahun 2015 sehingga 2019, selama empat tahun ni untuk mencari formula terbaik untuk Efferty.
Saya menyambung pengajian dalam bidang estetik dan banyak belajar tentang anti penuaan. Jadi selama saya belajar tu, saya dapat mengenalpasti apakah formula untuk menyokong setiap fasa untuk rawatan kesuburan. Jadi dari bulan 6 sehingga bulan 9 2019, kita buat R&D dan betul-betul lancarkan produk Efferty pada bulan September 2019.”
Syifa Melvin Kongsi Pengalaman Minum Efferty
Ketika sesi interviu ini dijalankan, selebriti Syifa Melvin juga turut ada untuk berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi pengguna Efferty. Pempengaruh media sosial ini telah mengamalkan Efferty sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid.
Syifa Melvin amalkan Efferty sebelum berkahwin kerana mengalami masalah hormon
“Syifa boleh terdetik untuk mencuba Efferty kerana (tak ramai yang tahu) Syifa pernah ada masalah hormon. Kita rasa kita okay, kita normal sebab datang haid macam biasa setiap bulan tapi Syifa sebenarnya pernah kena Uterine Polyps di mana ada ketumbuhan dalam rahim Syifa. Ketumbuhan tu banyak dan membuatkan hormon Syifa jadi tak okay.
Lepas tu Syifa menjalani pembedahan dan selepas tu hormon memang tak okay langsung. Rambut gugur, pendarahan tanpa henti tapi ketika tu tarikh perkahwinan Syifa dah semakin dekat. Jadi Syifa fikir, kena buat persediaan awal. Bagusnya Dr. Raihana ni sebab video dia selalu keluar di TikTok.
Yang buat Syifa tertarik untuk follow Dr. Rai bila ada satu video tu, dia ada kongsikan tentang simptom hormon terganggu. Dr. Rai ada share kalau kita mudah mengantuk lepas makan, itu tanda hormon tak cantik. Itulah yang trigger saya jadi titik permulaan kenal dengan Efferty sebab ada tanda tu pada saya.”
Katanya lagi, dia mula mengikuti Dr. Rai di media sosial sebelum berkahwin. Banyak perkongsian Dr. Rai yang menambah pengetahuan Syifa tentang masalah hormon dan masalah kesuburan wanita. Biarpun belum berumah tangga, Syifa banyak menonton video Dr. Rai untuk belajar ilmu baharu.
Syifa minum Efferty Mama sejak hamil dan sukakan perisa coklat
Tambah Syifa, beliau mencuba satu jar Efferty terlebih dahulu dan terus istiqamah sehingga haid kembali stabil dan dah mula ada ‘egg white’ (sejenis lendiran menunjukkan wanita sedang subur) kerana sudah lama Syifa tidak keluar lendiran ini sejak menjalani pembedahan sebelum itu. Disebabkan serasi dengan Efferty, Syifa teruskan minum sehingga sekarang. Kini, Syifa bertukar ke Efferty Mama.
Berkongsi tentang penerimaan keluarga tentang kehamilannya, mereka semestinya teruja. Biarpun tidak menunggu lama, tetapi disebabkan pernah mengalami masalah sebelum itu membuatkan keluarganya terkejut dan sangat gembira dengan perkongsian berita baik tersebut.
Efferty Mudah, On The Go!
Menjawab persoalan sudah berapa lama mengamalkan Efferty, Syifa memberitahu yang dia sudah minum susu ini sejak bulan 6 tahun 2022 dan kemudian berkahwin pada bulan 11 tahun yang sama. Selepas mendirikan rumah tangga, Syifa ‘kosong’ sebulan sebelum beliau disahkan hamil.
Turut berkongsi mengapa dirinya boleh setia mengamalkan Efferty, Syifa mengatakan yang dia adalah seorang yang suka meneliti dan mengkaji tentang sesuatu produk itu sebelum digunakan.
“Kita nak tahu apa isi kandungan dalam produk tu semua kan. Jadi dalam Efferty tu, lengkap dah ada semua. Syifa pun bukanlah orang yang suka nak telan sampai berbelas-belas biji suplemen setiap hari. Semua khasiat tu dah ada dalam Efferty, jadi senang. Kita tinggal bancuh dan minum. Pada Syifa Efferty menyenangkan dan ia ‘on the go’ dan mudah kalau nak travel tu jadi mudah.”
Apabila ditanyakan tentang perisa kegemarannya, Syifa dengan segera menjawab yang beliau sukakan rasa coklat. “Syifa dari awal sampai sekarang, memang dengan coklat. Sebab sedap! Lepas ni nak try perisa Taro pula, mana tahu boleh dapat twin.”
Tambah Syifa lagi, suaminyalah menyarankan untuk bertukar ke Efferty Mama. Setiap hari, sudah menjadi rutin Safawi untuk memastikan dia membancuh susu buat isteri tercintanya.
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana bergambar bersama
Banyak Testimoni Berjaya
Ketika ditanyakan tentang testimoni yang berjaya dibantu, sejak berada di pasaran Efferty telah berjaya membantu lebih daripada 5000 pasangan yang direkodkan untuk mendapatkan zuriat (dengan izin Allah SWT).
“Masih ada lagi testimoni yang belum reveal dengan kami. Bercerita tentang kisah testimoni yang paling menyentuh perasaan saya adalah kisah Pn. Junaidah yang menanti selama 15 tahun untuk mendapatkan cahaya mata. Selama enam bulan haidnya tak turun, lepas berikthiar dengan Efferty masih tak turun haid. Rupa-rupanya dia dah hamil dan dia tak perasan.
Masuk bulan kelima barulah dia dapat tahu yang dia hamil. Itupun selepas dia mengalami masalah sembelit yang teruk dan dia ke farmasi untuk dapatkan ubat. Mujurlah ahli farmasi bertanya sama ada dia hamil atau tidak kerana ubat itu tidak boleh dimakan sekiranya mengandung. Kebetulan suami dia ada sekali dan dia gesa isterinya untuk beli UPT.
Ketika saya menemurah Pn. Junaidah ada ibunya sekali. Ibunya juga ada berkata yang tak sangka ada juga rezeki untuk bermain dengan cucu dari anak sulungnya itu. Selama ini, Pn. Junaidah hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sahaja.”
Tambah Dr. Rai lagi apabila sudah menanti sehingga 15 tahun, sesebuah pasangan itu biasanya sudah pasrah dan malas nak mencuba UPT lagi. Namun, terkejut sungguh Pn. Junaidah dan suami apabila UPT mereka menunjukkan dua garis. Kedua-dua mereka menangis dan terus ke klinik berdekatan. Apabila buat ujian saringan rupa-rupanya sudah hamil lima bulan dan jantinanya anak lelaki. Menurut Dr. Rai, usia anak Pn. Junaidah kini sudahpun tiga tahun.
Rangkaian produk susu Efferty yang berkualiti dan diyakini
Pemakanan Untuk Pasangan TTC
Pa&Ma juga sempat menemuramah dietitian yang berkhidmat untuk Efferty International Sdn Bhd, Cik Amira, yang berkongsi tentang pemakanan untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil. Katanya, kedua-dua suami dan isteri perlu menjaga pemakanan. Tambahnya lagi, ia penting untuk memastikan sperma yang berkualiti dari suami dan isteri pula perlu bersedia untuk pelbagai proses sebelum hamil.
Cik Amira yang merupakan dietitian untuk untuk Efferty International Sdn Bhd
“Menurut kajian dari segi pemakanan tidaklah susah sangat kalau nak cuba hamil cuma perlu seimbang dan mencukupi khasiat dari sumber karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak yang baik. Saya sarankan cara pemakanan pinggan suku-suku separuh sebab ramai orang yang lebih gemar makan lebih sumber karbohidrat.
Sebenarnya lebih bagus makan lebih banyak sumber protein dan serat dari sayur dan buah-buahan. Ia juga kaya khasiat yang banyak membantu untuk menghasilkan sperma terbaik serta proses pematangan telur dan penempelan lebih lancar.”
Tambah Cik Amira, antara nutrien yang diperlukan oleh kaum wanita adalah seperti zat besi, folate, Vitamin C, A dan D serta banyak lagi. Turut menjawab tentang persoalan mengapa pasangan TTC harus mengelak pengambilan makanan proses dan ayam.
Cik Amira bersama salah satu produk susu Efferty
“Kalau kita sedang merancang untuk hamil, kita kena ambil sumber protein yang pelbagai dan seimbang seperti daging, ikan dan kekacang cumanya dikhuatiri kalau makan ayam sahaja kerana sekarang ni banyak yang disuntik dengan hormon tambahan. Itu antara faktor yang akan merosakkan fungsi hormon dalam badan kita. Ia juga mengganggu penghasilan hormon. Kalau nak makan ayam, carilah ayam kampung.”
Cik Amira (kiri), Syifa Melvin dan Dr. Raihana bersama antara rangkaian produk susu Efferty
Simptom Hormon Terganggu
Ketika ditanyakan tentang bila seharusnya seorang wanita perlu merasa risau jika dirinya masih belum hamil, Dr. Rai menjelaskan ia mengikut peringkat usia seseorang.
“Kita tahu kadar kesuburan seorang wanita akan semakin menurun apabila menginjak usia. Bila dah masuk 35 tahun dan dah masuk bulan keenam berikhtiar hamil, saya sarankan untuk segera berjumpa doktor dan buat ujian saringan.
Tak perlu tunggu lama, kalau dah masuk enam bulan masih tak hamil boleh rujuk doktor kerana kita berkejar dengan masa. Semakin berumur, kuantiti telur akan berkurangan. Sama juga dengan lelaki. Pertama kita jumpa doktor dan jaga pemakanan dan gaya hidup. Ada juga yang ubah sikit saja gaya hidup mereka, seperti contoh tidur awal dan elak makan lewat malam boleh membantu hormon jadi stabil dan mudah nak hamil.”
Dr. Rai juga ada berkongsi simptom-simptom yang boleh dikenalpasti sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah hormon.
“Sebenarnya lelaki dan wanita boleh gunakan teknik ni. Cara mudah, setiap kali lepas makan berat kita akan rasa mengantuk atau dalam sehari tu mesti ada rasa nak makan atau minum manis. Nak cari kek, kuih-kuih atau bila tak dapat nasi tu ada rasa lemau dan lesu itulah tanda hormon terganggu. Rambut pun banyak gugur dan kulit jadi kusam pun antara simptom yang boleh kita tengok.”
Bagi yang ingin memperkenalkan haiwan-haiwan secara dekat kepada anak-anak, di sinilah lokasi paling terbaik bagi mereka. Farm In The City yang berlokasi di Sri Kembangan, Selangor ini adalah pilihan tepat untuk anak-anak kita mendekati haiwan sambil belajar mengenal haiwan peliharaan.
Zoo peliharaan dengan keluasan seluas 7 ekar ini dimiliki oleh Eureka Farm Sdn.Bhd. Kunjungan anda bersama keluarga ke sini sememangnya memberikan seribu pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini di lepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung.
Terasa kekok juga apabila ayam dan burung berterbangan bebas sambil kaki tiba-tiba tersentuh kura-kura di jalanan. Menakjubkan. Menariknya kesemua haiwan ini seperti rusa, kura-kura, ayam dan arnab yang dilepaskan begitu jinak malah tidak mengganggu pengunjung yang menyapa dan merakamkan aksi di lensa kamera mereka.
10 Tarikan Utama
Apa yang anda perlu tahu, kawasan dengan keluasan 7 ekar ini memakan masa dua hingga tiga jam untuk dijelajahi. Lanskapnya yang penuh dengan rimbunan dan pepohon di setiap laluan membuatkan kepenatan dua jam langsung tidak terasa.
Zoo yang dibuka pada tahun 2012 ini sentiasa dipenuhi pengunjung saban minggu terutama sekali setiap hujung minggu. Di sini kesemua haiwan dibahagikan kepada 10 stesen mengikut kumpulan haiwan mereka.
Antara stesen ini adalah Tortoise & Turtle Farm, Reptile Cavern, Bird Aviary, Savannah, Pet Village, Jungle Walk, Exhibition Hall, Vegetables & Fruits Farm, Deer Land dan Parrot Interaction.
Di Tortoise & Turtle Farm, terdapat beberapa ekor himpunan kura-kura daripada pelbagai negara. Antaranya Africa , Aldabra Island di Seychelles dan sebagainya. Paling menarik di sini ditempatkan beberapa jenis spesis kura-kura yang jarang ditemui misalnya cengkerang bercorak leopard, cengkerang berbentuk bintang juga tidak ketinggalan Dinasour Snapping Turtle yang cukup unik dan pelik.
Namun menariknya sudah pastilah pada beberapa ekor kura-kura Aldabra yang didatangkan khas daripada Pulau Aldabra di Seychelles. Kura-kura kedua terbesar di dunia ini dilepaskan berkeliaran dan untungnya pengunjung boleh juga memberi makanan berupa kangkung, yang disediakan buat pengunjung.
Pandangan mata pengunjung pasti tertumpu pada pelbagai jenis kambing dan kawan-kawan yang menyambut kedatangan pengunjung, sebelum memasuki pintu utama mini zoo ini. Di sini juga ditempatkan haiwan lain termasuklah kambing biri-biri India, kambing susu, ayam dan juga burung merpati.
Reptile Cavern antara yang mendapat perhatian pengunjung. Lebih-lebih lagi kehadiran ular sawa batik, ular tiung juga pastinya dua ekor buaya kedua terkecil di dunia. Unik sekali.
Memberi burung makan di tapak tangan sendiri di Bird Aviary pastinya meninggalkan seribu pengalaman buat anak kecil kita. Selain melatih anak lebih berani dan cintakan haiwan, mereka juga dapat mengenal akan ciptaan Allah yang satu ini.
Di sini ditempatkan lebih 30 jenis burung yang terdiri daripada burung jenis air seperti itik juga darat iaitu ayam. Burung tempua, budgie, pipit, merpati, setiawan dan pastinya burung Violet Turaco yang berbula seperti baldu ini pasti buat anda teruja.
Langkah anak-anak pastinya terhenti lama kala berada di Pet Village. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bermain dengan arnab dan tikus Belanda, menangkap ikan di longkang kecil juga melihat ikan melompat bebas kala diberikan makanan di anjung kolam besar. Pastinya ia satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.
Memasuki kawasan Savanna pastinya buat anak lebih berani. Di sini ada tarikan kewujudan Alpaca, keluarga unta yang unik dan menarik perhatian. Begitu juga dengan spesis kura-kura ketiga terbesar di dunia, Sulcata Tortoise, yang pastinya mampu menarik perhatian anak-anak kita. Seterusnya, Di deer land, terdapat rusa Jawa jinak, rusa kedua terbesar di Indonesia dilepaskan begitu sahaja sambil mengekori kita meminta makanan.
Ladang Sayur Alami
Tidak hanya mengenal haiwan, disini juga anak-anak dapat belajar mengenal pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Vegetables & Fruits Farm. Menariknya kesemua tanaman di sini ditanam menggunakan kaedah tradisional dan bersifat diy, dimana kebanyakkan pokok ditanam di dalam botol mineral, bekas-bekas plastik dan pasu kecil.
Lebih menarik lagi, kawasan ladang ini dilengkapi dengan sebuah perigi kecil, khusus untuk menarik perhatian pengunjung. Lebih dekat dengan tanaman,begitu juga ilmu baru buat anak-anak.
Raccon, Meerkat & Mamorset
Salah satu monyet terkecil di dunia, white ear marmoset yang dipamerkan di sini amat menarik perhatian pengunjung. Dilepaskan bebas di dalam sangkar bersama haiwan lain seperti hedgehog.
Rupanya yang comel ditambah saiz yang cukup kecil buat pengunjung langsung tidak menyedari kehadirannya. Namun gaya lincahnya buat kita terpana. Penuh aksi!
Raccon yang dilepaskan di pohonan kayu pasti buat anda terpukau. Sebanyak 10 ekor raccon dilepaskan bebas dan paling jinak. Begitu juga dengan kehadiran Meerkat yang cukup popular menerusi tayangan Madagascar. Dapatlah anda melihat rupanya secara dekat.
Perlu Tahu
*Dibuka pada tahun 2012 dengan keluasan 7 ekar.
* Dibahagikan kepada 10 stesyen mengikut jenis haiwan dan kumpulan.
*Harga tiket RM 39 bagi dewasa dan RM32 bagi kanak-kanak.
*Lebih 100 spesis haiwan di pamerkan secara dekat dengan anda.
Farm In The City merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Petting Zoo Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.