Ajar Anak Untuk Tak Kongsi Sudu, Straw Yang Sama Dengan Kawan. Punca Anak Mudah Jatuh Sakit

Share

Punca penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan. Antara penyebab penyakit yang paling biasa adalah kerana organisma seperti bakteria, virus, kulat atau parasit.

Punca penyakit berjangkit

Sememangnya terdapat banyak organisma hidup sama ada di dalam atau di luar tubuh kita.Umumnya, kewujudan organisma ini tidak berbahaya, bahkan ia mungkin mendatangkan manfaat.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, beberapa organisma boleh menyebabkan penularan penyakit.

Ada beberapa penyakit berjangkit boleh merebak daripada seorang individu kepada individu lain.

Sebahagian yang lain boleh disebarkan oleh serangga atau haiwan. Dalam sesetengah kes, punca penyakit berjangkit mungkin kerana pengambilan makanan atau air yang tercemar mahupun terdedah kepada organisma persekitaran.

Bagi anak kecil yang sedang mengembang imunisasi tubuh, pasti mereka lebih terdedah dan berisiko untuk dijangkiti.

8 penyebab penyakit

Jom ketahui antara penyebab penyakit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak.

Bakteria
Organisma ini bertanggungjawab untuk penyakit seperti radang tekak, jangkitan saluran kencing dan tuberkulosis (batuk kering).

Virus
Walaupun lebih kecil daripada bakteria, virus menyebabkan banyak penyakit seperti selesema biasa hingga AIDS.

Kulat
Banyak penyakit kulit seperti kurap disebabkan oleh kulat. Jenis kulat lain boleh menjangkiti paru-paru atau sistem saraf.

Parasit
Malaria disebabkan oleh parasit kecil yang disebarkan oleh gigitan nyamuk. Terdapat juga parasit lain boleh merebak kepada manusia daripada najis haiwan.

Punca penyakit berjangkit: Hubungan secara langsung
Cara lain penyebab penyakit berjangkit adalah dengan bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyai jangkitan.

Penyakit berjangkit boleh tersebar melalui hubungan langsung seperti:

Individu kepada individu. Penyakit berjangkit biasanya merebak melalui pemindahan langsung bakteria, virus atau kuman lain daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini boleh berlaku apabila seseorang dengan bakteria atau virus menyentuh, mencium atau batuk mahupun bersin pada individu yang tidak dijangkiti

Haiwan kepada manusia. Digigit atau kesan calar berpunca oleh haiwan yang dijangkiti boleh membuatkan anda jatuh sakit. Dalam keadaan tertentu, boleh membawa maut.
Ibu kepada anak yang belum lahir. Seorang wanita hamil boleh menyebarkan kuman yang menjadi punca penyakit berjangkit kepada bayinya yang belum lahir. Sebilangan kuman boleh melalui plasenta atau melalui susu ibu. Kuman di dalam faraj juga boleh menular ke bayi semasa kelahiran

Hubungan tidak langsung

Organisma penyebab penyakit juga dapat ditularkan melalui hubungan tidak langsung. Banyak kuman boleh bertahan pada benda mati, seperti meja atau pemegang pintu.

Apabila anak sentuh pemegang pintu yang telah disentuh oleh individu yang sedang sakit, mereka boleh secara tidak langsung ‘mengambil’ kuman yang ditinggalkan.

Gigitan serangga penyebab penyakit

Beberapa kuman bergantung pada pembawa serangga seperti nyamuk atau kutu untuk berpindah dari tuan rumah ke tuan rumah baharu.

Pembawa ini dikenali sebagai vektor. Nyamuk boleh membawa virus malaria atau virus West Nile. Kutu boleh membawa bakteria yang menyebabkan penyakit Lyme.

Makanan tercemar punca penyakit berjangkit

Kuman penyebab penyakit juga dapat menjangkiti anda melalui makanan dan air yang tercemar. Mekanisme penularan ini membolehkan kuman merebak kepada ramai individu hanya melalui satu sumber.

Atasi punca penyakit berjangkit
Agak sukar untuk anda melindungi anak daripada segalanya yang boleh menjadi faktor kepada penyakit berjangkit.

Tetapi anda boleh mengajar anak amalan kebersihan diri yang baik untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan.

Ajarkan anak untuk:

  • Membasuh tangan
  • punca penyakit berjangkit

Kuman itu merebak ketika seseorang menyentuh mata, hidung dan mulut mereka sebelum mencuci tangan.

Ajarkan anak anda batuk atau bersin ke lengannya, agar mulut tetap tertutup. Pastikan anak anda membasuh tangan setiap kali selepas mereka menggunakan tandas dan membuang hingus. Ini terutamanya jika lendiran hingus terkena tangan mereka.

Jangan lupa untuk mengajar anak mengeringkan tangan selepas mencuci. Jika tiada sumber air, didik mereka untuk guna gel pembersih tangan. Ia juga dapat membunuh kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

Suntikan vaksin
Mendapatkan suntikan imunisasi akan secara drastik mengurangkan risiko anak dijangkiti banyak penyakit.

Pastikan anda mengikuti perkembangan mengenai vaksinasi anak.

Duduk di rumah jika sakit

Jangan hantar anak ke sekolah jika dia mempunyai tanda-tanda seperti muntah, cirit-birit atau demam. Elakkan daripada menghantar anak ke pusat jagaan dan jauhkan mereka daripada kanak-kanak lain sehingga tempoh jangkitan berakhir.  Sekiranya anda tidak pasti mengenainya, dapatkan rundingan doktor.

Elakkan berkongsi

Pastikan anak tidak berkongsi topi, sikat, berus gigi, peralatan makan seperti sudu dan garpu, serta barangan peribadi dengan kanak-kanak lain.

Ini kerana ia boleh menjadi punca penyakit berjangkit. Ajarkan anak untuk tidak memegang atau menggunakan tisu mahupun tuala yang pernah digunakan oleh kanak-kanak lain.

Membersihan dan nyah kuman

Ia meliputi kawasan menukar lampin dan kerusi latihan tandas yang telah digunakan. Sebaiknya cucilah sehari sekali atau apabila nampak kotor.

Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mencegah anak daripada dijangkiti penyakit, bukan?

Paling penting, jika terdapat sebarang keraguan, bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

_____________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

IKLAN