Pelakon, Hanis Zalikha pernah memberitahu bahawa beliau dijangka akan melahirkan bayinya yang kedua pada bulan Ramadhan ataupun Hari Raya menerusi postingnya yang terdahulu (Baby Shower bertemakan Hari Raya).
Menerusi perkahwinanya bersama Hairul Azreen yang juga pelakon popular, mereka dikurniakan cahaya mata yang sangat comel iaitu Yusuf Iskandar. Yusuf Iskandar sangat popular di laman instagram dan mempunyai 2.6 juta pengikut.
Hanis Zalikha memuatnaik gambar Yusuf yang sedang bersarapan dengan kepsyen “ajar Yusuf buat sarapan sendiri sebelum adik keluar” sekaligus menunjukkan Yusuf sudah bersedia untuk mempunyai adik.
Hanis Zalikha: Ajar Yusuf buat sarapan sendiri sebelum adik keluar
Ads
Rata-rata netizen memuji kecomelan Yusuf. Mereka turut memuji kepandaian Yusuf menyediakan sarapan. Cara didikan Haniz Zalikha mendapat perhatian netizen.
Suka Tengok Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf
Ads
Comel Je Yusuf, Pandai Dah Buat Makanan Sendiri Ye
Menasihati anak-anak tidak semestinya perlu memarahi mereka dengan nada yang kasar, memberi ugutan dan menakut-nakutkan si anak.
Jika kita menghayati bagaimana ajaran nabi dalam mendidik anak, pasti kita ketahui banyak manfaat kepada emosi anak.
Cara Rasulullah ﷺ menyampaikan pendidikan, jika ditinjau melalui hadith Umar bin Abi Salamah r.a ini:
1. Kandungan nasihat baginda adalah menurut keutamaan. Walaupun penyataan masalah ialah tangan merata-rata semasa makan, apa yang baginda utamakan ialah mulakan makan dengan membaca Bismillah, makan dengan tangan kanan, dan dahulukan makanan yang paling hampir.
2. Baginda menjelaskan apa yang betul, bukannya menegur apa yang salah. Cara ini boleh dicapai tanpa menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam bentuk larangan, atau gertakan yang menakut-nakutkan. Mengetahui apa yang sepatutnya dibuat, harus mendahului larangan melakukan apa yang tidak patut dibuat.
3. Baginda membahasakan Umar bin Abi Salamah al-Makhzumi dengan panggilan “ghulam” yang mengandungi identiti ( budak lelaki) dan kasih sayang (emosi). Nasihat tidak jalan hanya dengan fakta dan logik. Sebaliknya ia perlu bersama dengan kasih sayang.
4. Kesan teguran Rasulullah ﷺ itu berbekas pada diri budak berkenaan hingga di dalam lafaz al-Bukhari, beliau mengulas dengan katanya bahawa semenjak itu demikianlah cara beliau makan.
5. Umar bin Abi Salamah semasa menceritakan kejadian ini, beliau menunjukkan pengetahuannya mengenai apa ‘kesalahannya’ yang mengundang teguran Nabi ﷺ . Teguran baginda bersifat ‘direct’ dan bukan secara menyindir. Misalnya dengan kata-kata “hurmm, kalau budak tu buat le cara budak-budak. Mak ayah tak ajar ke?”
6. Prioriti ilmu agama bukan fakta dan pengetahuan semata-mata, tetapi amal dan adab, dengan Tuhan dan sesama insan.
7. Di dalam konteks sirah, kita lebih dapat meluaskan manfaat dengan memikirkan Rasulullah ﷺ sebagai guru yang mendidik murid, berbanding emak ayah mendidik anak di rumah.
Sebiji telur khasiatnya cukup banyak. Tak perlu fikir nak beli dan bagi makanan tambahan lain pada anak asalkan ibu ayah tahu cara pemakanan yang betul. Jika anak anda menyukai menu telur itu satu bonus.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, telur antara sarapan padat nutrisi yang paling mudah untuk ibu bapa sediakan pada anak-anak.
Saya kongsikan 4 sebab kenapa kita perlu wajibkan telur untuk anak-anak makan dalam seminggu.
1. Telur untuk otak
Choline dalam telur berfungsi untuk merangsang bahagian otak yang mengawal memori. Anak akan mudah ingat tentang apa yang dipelajari. Sel otak anak akan berhubung dengan baik jika cukup keperluan choline yang diambil.
Ibu mengandung pun patut ambil telur untuk berikan sumber choline pada anak dalam kandungan.
2. Telur dan perkembangan tubuh badan
Telur membantu untuk kawal dan kekalkan berat badan anak dengan baik. Telur tinggi dengan protein dan mampu kenyangkan anak. Keadaan ini dapat elakkan anak dari snacking dengan makanan proses. Secara tak langsung, kita dapat elak dari risiko obesiti pada anak usia muda.
3. Telur tiada gula
Makanan yang selamat untuk kita mulakan sebagai makanan pertama anak di waktu pagi.
Bila ada telur, kita dapat kurangkan sarapan anak dengan cereal, sandwich, donut, roti canai dan sebagainya.
4. Tinggi nutrisi
Telur ada sumber iron, protein, lemak, Vitamin A, D, E dan B12, serta choline. Semua ini sangat diperlukan oleh anak kecil kita kan. Jadikan telur sebagai salah satu makanan pemula hari anak-anak, supaya mereka membesar dengan sihat, kuat dan bijak.
Cari jalan supaya anak kita tak tolak telur bila diberi. Pelbagaikan idea menu telur supaya anak tak jemu nak makan selalu.
Campurkan telur dengan pilihan karbo dan fibre supaya lengkap menu sarapan anak kita.
Boleh ya, sama-sama kita cuba untuk jadikan telur makanan kegemaran anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kami tidak kisah anak lelaki atau perempuan asalkan sihat dan sempurna, dapat seorang pun kira syukur sangat-sangat.” Ini jawapan positif daripada ibu bapa.
Namun yang jadi masalahnya bila mulut orang sekeliling pula yang sibuk bertanya “laa anak lelaki lagi”.. “semua anak perempuan ke..”. Apabila soalan-soalan ni bertalu-talu ditanya, akhirnya hati ni pun akan rasa terkesan.
Bagaimanapun nasihat daripada Ustazah Asma’ Harun ini untuk anda sebagai suami isteri boleh buatkan kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dan semua yang berlaku itu adalah rahsianya.
KEPADA YANG BERTANYA DAN BERSEDIH
Sering saya ditanya, “ustazah ada tak amalan, doa atau tips untuk dapat anak perempuan?, anak saya 4 orang semua lelaki, teringin sangat nak anak perempuan, saya stress dengan provokasi & pertanyaan orang”.
Ustazah, “salah ke jika semua anak saya perempuan, 6 orang, saya letih dan stress dengan ayat suruh beranak lagi, mana tahu dapat lelaki, supaya ada wakil jadi imam atau yang angkat jenazah kita esok..macam-macam ustazah orang cakap..”
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang, paling manis cukuplah mendoakan dalam waktu yang sama memberikan kata-kata yang positif.
Saya sendiri, bila tengok seseorang yang memiliki ramai anak tapi 1 jantina, di antara yang selalu saya katakan..
“SubhanAllah, semua anak lelaki ya, tak apa.. Nanti dapat semua anak perempuan ekspres, menantu esok-esok, untung juga semua anak lelaki, cukup untuk angkat jenazah kita 4 penjuru.. SubhanAllah..”
“Alhamdulillah, semua anak perempuan comel-comel, ramailah pembantu kat rumah ya, insyaAllah anak-anak ni esok melahirkan ramai pejuang agama Allah, darah daging puan juga..” Dan lain-lain cara membahagiakan mereka.
Tuan Puan,
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak”.
Pertama, jika kita ditanya tentang anak semua sama jantina, jawablah ia adalah kurniaan Allah SWT, baca dan fahamilah firman Allah dibawah :
Surah Asy-Syura ayat 49 dan 50 :
لِّلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki”,
أَوۡ يُزَوِّجُهُمۡ ذُكۡرَانًا وَإِنَٰثًا وَيَجۡعَلُ مَن يَشَآءُ عَقِيمًا إِنَّهُۥ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
“Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Allahu Akbar, Allah maha mengetahui atas setiap pemberian dan ketetapanNya. Hikmah di sebalik ketetapan itu akan dirasai oleh orang mu’min, sungguh segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna.
Kepada yang teringin nak anak, sama ada dah nikah atau belum, atau dah sampai tua tetap tidak ada anak. Percayalah, semua yang kita inginkan namun tidak dapat di dunia ini, lalu kita sabar, redha dan bersangka baik, yakinlah akan diberikan di Syurga kelak .
BAGI SOALAN ADA TAK TIPS ATAU DOA.
Selalu saya jawab, maaf tak ada tips, mungkin saintis ada jawaban, wallahua’lam. Tapi tentang doa, silakan doa dengan ayat sendiri, ayat umum atau khusus. Allah Maha Mengetahui keinginan yang terkandung di dalam hati.
Soal boleh ke tidak minta doa jantina anak, iya boleh, silakan.. Sebagai hamba kita berhak meminta dengan cara kita, sebagai Tuhan, Allah berhak menunaikan permintaan kita dengan CaraNya.
Cuma yang jauh lebih utama daripada isu jantina anak, banyakkanlah berdoa agar dapat anak yang soleh, Surah As-saffat 100 :
رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk orang yang shalih.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!