Rezeki kurniaan Allah! Siapa sangka, penantian selama 32 tahun Datuk Rosyam Nor berakhir apabila beliau selamat menimang cucu lelaki pertama yang ditunggu-tunggu selama ini.
Perasaan gembira dan kesyukurannya itu dikongsikan di instagram. Sebelum ini Datuk Rosyam sudah pun mempunyai tiga orang cucu perempuan.
“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu..Terima kasih Allah kerana kurniaanMu”
Dalam perkongsian sama, Datuk Rosyam juga memberitahu, hasil perkahwinannya, beliau dan isteri telah dikurniakan 5 anak perempuan.
“HASIL PERKAHWINAN AKU..Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah”
Ads
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz..Dikurniakan 3 cucu perempuan. Alhamdullilah”
Penantian yang sangat lama dan mengambil masa lama menunggu sang hero. Akhirnya tanggal 15 November 2021, Allah makbulkan doa selama ini.
“Proses panjang selama 32 tahun, tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah. CUCU LELAKI !yeyyyy
Ads
Tiga cucu perempuan yang menjadi penyeri Datuk Rosyam selama ini
Terimakasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?.
Diruangan komen, rakan artis tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk Datuk Rosyam Noor sekeluarga.
Tahniah buat Datuk sekeluarga. Lepas ni dah ada geng lah ye. Atoknya masih handsome bergaya lagi tu.
Ads
Kredit: IG Datuk Rosyam Noor
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim wabak covid-19, majlis kahwin, ibu mengandung, ibu bersalin dan menyusukan bayi baru lahir sangat berbeza dengan rutin kebiasaan kita.
“Doktor, saya mengandung. Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni?”
Bagi menjawab persoalan untuk ibu hamil di musim PKP dan terangkan apa persiapan yang ibu mengandung perlu buat terutamanya dari segi mental menyambut kelahiran anak, Dr Ahmad Samhan ada berkongsikan tipnya.
BOLEH PERGI ‘CHECK UP’ MACAM BIASA?
Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa. Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19, beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.
Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol, kerusi, lif. Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut. Pakai topeng muka.
Jarak jarak satu meter dengan orang lain. Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk dan sesak nafas.
BARANG APA PERLU DIBAWA KE HOSPITAL?
Barang boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam beg, supaya tidak kelam kabut. Kalau tidak nanti pening pula suami nak packing andainya anda tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital. Sediakan apa yang patut, tak perlu membazir.
SUAMI BOLEH HANTAR KE WAD?
Suami hanya boleh hantar di bawah saja bersama dengan barang. Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat.
Suami tidak dibenarkan masuk ke wad. Mengiringi masuk wad juga tidak dibenarkan. Hospital telah menetapkan polisi ini untuk mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.
SUAMI BOLEH MASUK DEWAN BERSALIN?
Suami tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin, minta maaf dan minta doa agar dimudahkan. Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik, kena kuat.
Jangan jerit dan jangan menangis, ikut arahan jururawat dan doktor untuk kawal pernafasan ketika meneran terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang belum mahir lagi curi nafas. Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staf kesihatan.
LEPAS BERSALIN, SUAMI BOLEH TEMAN DI WAD?
Tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani diwad siang dan malam. Sediakan barang keperluan bayi dan ibu secukupnya.
Jika perlu apa-apa pertolongan, boleh minta tolong jururawat. Jururawat akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti. Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin, beritahu mereka awal-awal.
BOLEH TAK MAK ATAU ADIK DATANG MELAWAT?
Pelawat tidak dibenarkan masuk. Kalau nak kirim barang atau makanan dari rumah, hanya kirimkan pada pengawal keselamatan dibawah.
Apabila discaj nanti pun, pengawal keselamatan akan tolong bawa turun semua barang ke bawah. Suami dan keluarga hanya tunggu dibawah.
ADAKAH JANGKITAN COVID BOLEH BERJANGKIT KEPADA KANDUNGAN?
Setakat ini sudah ada kes ibu hamil positif. Walaupun ibu positif,belum ada kajian yang menunjukkan virus ini boleh berjangkit kepada anak dalam kandungan atau melalui susu ibu.
Jangkitan boleh berlaku selepas anak dilahirkan sekiranya ibu batuk dan bersin pada anak.
BAGAIMANA IBU YANG ADA GEJALA JANGKITAN?
Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.
BAGAIMANA JIKA IBU MAHU MENYUSU?
Sekiranya ibu masih mahu menyusukan bayi, ibu perlu menggunakan topeng muka (face mask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik betul sebelum dan selepas memegang bayi.
Untuk ibu yang mengalami gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk, adalah dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu perahan ibu boleh diberikan kepada bayi oleh jururawat.
Doa kami agar semua ibu-ibu diluar sana dilindungi dan dipermudahkan sepanjang proses melahirkan bayi kelak.
Sematkan aura positif, usaha dan tawakal kepada Allah.Insya-Allah moga semuanya baik-baik saja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pertama kali membawa anak keduanya, Alisa Aisyah 3 tahun bercuti keluar negara.
Menurutnya, akibat Covid-19 mereka sekeluarga sudah 3 tahun tidak keluar negara untuk bercuti dan ini merupakan percutian yang dirancang saat akhir.
“Pertama kali terbang keluar selepas 3 tahun lamanya. Sekarang masa untuk percutian keluarga and it’s gonna be snow much fun!”
Pemilik jenama Cakenis ini memberitahu, anak keduanya, Alisa pertama kali merasai pengalaman bercuti keluar negara dan bermain salji.
“Ini trip pertama kali Alisa ke luar negara”
Pelakon cantik ini sempat berkongsi video serta beberapa foto percutian mereka di laman Instagram namun tidak mendedahkan tempat percutian buat masa ini.
Video mereka sekeluarga menaiki helicopter persendirian ke pergunungan salji untuk bermain salji membuatkan ramai teruja dan tumpang gembira kerana pengalaman tersebut sangat ‘mahal’.
carlsamsudin Alhamdulillah ❤️ Rezeki Keknis and keluarga lain dari yang lain betul.
tiarajacquelina I’m so JEALOUS😍😍😍 have fun
jasryn.jasme Mewahnya rezeki ❤️❤️
ainaa.mirapenang Betul2 private travel ni 😍
alisme__ Last minute plan dia sampai terkeluar Malaysia tau. aku punya last min paling jauh belakang rumah je . Itupun tah2 tak keluar langsung 😂
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejadian tragis apabila seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba selepas dipercayai ditinggalkan bersendirian di dalam kereta selama hampir tiga hingga empat jam. Kejadian ini mengejutkan ramai ibu bapa sekaligus mengingatkan kita bahawa strok haba bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Namun, apa yang ramai tak tahu, strok haba juga boleh berlaku walaupun anak berada di dalam rumah sendiri! Ya, bukan hanya di bawah terik matahari suhu tinggi dalam bilik tertutup juga boleh menyebabkan serangan panas melampau yang berbahaya kepada kanak-kanak.
Setiap kali suhu badan anak meningkat mendadak, ramai ibu ayah terus menganggap ia tanda demam biasa. Tapi sebenarnya, peningkatan suhu yang terlalu tinggi dan mendadak boleh jadi tanda strok haba keadaan di mana badan gagal menyejukkan diri sendiri.
Persoalannya, apakah punca sebenar strok haba? Dan adakah hanya kanak-kanak yang berisiko?
Pada tahun 2017 di Amerika Syarikat, seorang ibu bernama Jennifer Abma berkongsi pengalaman cemas apabila anaknya, Anastasia, diserang strok haba semasa tidur di dalam bilik.
Dia menemui anaknya tidak sedarkan diri, berpeluh banyak, muka merah dan suhu badan panas luar biasa seolah-olah mendidih. Dalam keadaan panik, Jennifer terus menghubungi ambulans. Mujur, Anastasia sempat diselamatkan dan pulih selepas dirawat.
Ibu Anastasia pernah berkata- “Semoga ibu bapa lain boleh ambil iktibar & pastikan anda semak suhu dalam setiap bilik rumah, kerana ia boleh jadi sama berbahaya seperti meninggalkan anak dalam kereta panas.”
Kisah ini membuka mata ramai bahawa strok haba boleh menyerang walaupun tanpa pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Secara perubatan, strok haba berlaku apabila suhu badan meningkat secara mendadak hingga 40°C (104°F) atau lebih tinggi keadaan ini dikenali sebagai hipertermia.
Golongan yang berisiko termasuk:
Perhatikan simptom-simptom ini:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, segera pindahkan ke tempat sejuk, longgarkan pakaian, beri minum air, dan bawa ke klinik atau hospital segera.
Jangan tunggu anak minta baru bagi. Kanak-kanak cepat dehidrasi bila berpeluh. Ajar mereka minum air kosong dengan kerap. Elakkan minuman manis atau bergas, sebab ia boleh buat badan lebih cepat kering.
Elakkan anak main di luar antara 11 pagi hingga 4 petang. Galakkan aktiviti indoor, atau tunggu lepas Asar bila suhu lebih sejuk.
Pakaikan anak baju nipis, longgar dan berwarna cerah. Fabrik cotton paling ideal sebab menyerap peluh dan benarkan udara keluar masuk.
Walaupun “kejap je”, suhu dalam kereta boleh naik mendadak lebih 40°C dalam beberapa minit. Jadi, jangan ambil risiko — bawa anak bersama walau keluar sekejap.
Jika anak kelihatan letih luar biasa, muka merah, atau muntah, segera bertindak sebelum terlambat. Bawa ke tempat teduh dan beri air minum sebelum dapatkan bantuan perubatan.
Kalau anak mula tunjuk tanda tak selesa masa cuaca panas, cuba langkah ni:
Ramai sangka strok haba hanya berlaku bila anak main di bawah panas matahari, tapi hakikatnya ia boleh berlaku walaupun dalam bilik tidur sendiri jika suhu terlalu tinggi dan pengudaraan tak baik.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita ialah mengesan, mencegah dan bertindak cepat. Cuaca boleh panas melampau, tapi kasih sayang dan keprihatinan kita boleh jadi pelindung terbaik buat anak-anak.
Strok haba boleh berlaku dalam sekelip mata, kadang tanpa kita sedar pun. Sebagai ibu bapa, kuncinya ialah pemerhatian dan kesedaran. Jangan tunggu anak nampak lemah baru bertindak. Dalam musim panas ekstrem sekarang ni, langkah kecil seperti beri air cukup, kawal suhu bilik, dan pantau aktiviti anak boleh jadi penyelamat nyawa.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.