Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengisytiharkan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat sebagai tepat pada masanya.
Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Mohd Sofian Osman menyifatkan ia selaras dengan rungutan sesetengah pengguna yang kurang selesa termasuk ketika berada bersama anak kecil di kedai makan.
“Ia pernah dicadangkan sejak 2015 lagi ketika kaji selidik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan terdapat 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dalam kalangan umur 15 tahun ke atas.
Ads
“Malah, data menunjukkan 35 peratus kematian di hospital-hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain.
“Cadangan ini tepat pada masanya selepas ramai yang menganggap hak mereka untuk menikmati udara bersih dicemari oleh perokok,” katanya.
Ads
Jelasnya, KKM boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih drastik memandangkan kuasa penuh telah diberi melalui Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).
Di media sosial, ramai mahu kerajaan serius dalam memastikan penguatkuasaan dijalankan dengan teliti agar perokok dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Ads
Sebelum ini cadangan dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang mahu semua restoran terbuka diisytihar sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati setiap kali melihat keadaan anak lelakinya berstatus autisme pulang dari pusat terapi di Skudai di sini ternyata berasas selepas mengetahui anak istimewanya itu menjadi mangsa dera.
Suri rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, berkata, dia pada mulanya tidak mengesyaki perkara tersebut kerana sudah lama menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6, yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.
Dia yang tinggal di Pulai Sri Perdana berkata, apabila kesan lebam dan cedera semakin ketara sejak awal tahun ini, keluarganya mula merasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Abrisam.
“Apabila bertanya mengapa ada kesan seperti itu, guru di sana memberitahu disebabkan aktiviti di pusat berkenaan. Mulanya saya percaya tapi apabila bermula Januari tahun ini, kesan kecederaan sudah mula teruk sehingga nampak kesan penampar di pipi kiri kanan muka.
“Masa tu kami sudah mula syak Abrisam didera sebab jelas nampak kesan tapak tangan dan penjelasan yang diberikan kesemuanya tidak masuk akal. Ahli terapi berkenan cakap muka Abrisam kena palang ‘monkey bar’ tetapi kesan cedera tidak seperti kena besi.
“Masa itu saya sudah tidak sedap hati. Kami tanya hampir semua ahli terapi di situ tetapi semua beri penjelasan yang kononnya anak saya tidak mahu bergerak dari palang besi itu. Hati saya berat sangat hendak terima alasan mereka”, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Setiap kali berlaku kecederaan terhadap anaknya, ibu kepada dua anak itu akan meminta penjelasan, namun pada 7 Julai lalu terdapat lebam dan kecederaan baharu pada tubuh Abrisam sekali gus membuatkannya hilang sabar.
Dia dan suami kemudian membawa anaknya itu ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini pada keesokkan hari sebelum doktor sahkan kecederaan Abrisam serius akibat dera dan bukan kerana aktiviti seperti dimaklumkan.
“Selepas itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada hari sama. Saya bawa kes anak ini mengikut prosedur. Polis minta kami bawa anak dan rujuk ke pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 24 Julai lalu.
“Laporan perubatan juga sudah keluar, anak saya disahkan didera (Alleged Physical Abuse by Therapy),” katanya dan melahirkan rasa kecewa dengan pusat terapi berbayar itu.
Nik Huzaiwati berkata, anaknya kelihatan sangat takut selepas tamat kelas terapi pada 7 Julai lalu dan kini mengalami trauma, hampir setiap malam akan berjaga dari jam 1 pagi hingga 4.30 pagi.
“Keadaan Abrisam sangat resah. Kadang dia monyok, dia sedih, apabila saya pujuk, barulah dia tidur. Tapi Abrisam ini bukan budak autisme yang jenis menangis kuat-kuat. Abrisam lebih kepada simpan kesedihan dalam diri, nanti ada masa tiba-tiba air mata bergenang.
“Anak ini anak istimewa. Walaupun dia tidak beritahu dia sakit tapi dia ada perasaan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ketua Ahli Terapi dan pihak pengurusan pusat terapi terbabit.
Jelas Nik Huzaiwati, Ketua Ahli Terapi mengatakan peralatan yang digunakan memang tidak akan membahayakan kanak-kanak.
“Mereka juga mengakui kaedah dan cara kerja yang dibuat ahli terapi salah. Mereka melihat kecederaan pada Abrisam, besi tidak akan hasilkan kecederaan seperti kesan penampar pada wajah anak,” katanya.
Baru-baru ini viral di Twitter kejadian seorang bayi tergelincir di eskalator gara-gara ibu bapanya bawa stroller dan menggunakan eskalator. Kejadian tersebut berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC). Bagi ibu bapa yang membawa stroller adalah dilarang menggunakan eskalator.
Namun sikap kurang prihatin sesetengah pengguna di Malaysia yang mengambil kesempatan menggunakan kemudahan lift yang disediakan untuk golongan yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya dan ibu bapa yang menggunakan stroller telah menyebabkan lift sentiasa penuh dan golongan ini tidak berpeluang untuk menggunakan lift.
Puan Diana, seorang pengguna facebook telah berkongsi cara mudah untuk membawa anak memandangkan lift sentiasa penuh. Ikuti perkongsian beliau.
Assalammualaikum Parents! The reason malas nak bawak stroller dah…sebab mentality mcmni la. Bila escalator tu berpalang mmg tak boleh sumbat la Quinny Modd kiteorang yg lama tu..jual sudah…amik GB Pockit +…senang nyelit…senang simpan n travel.
TAPI….bila menyelit org pandang semacam satu hal…security guard tenung lg satu hal… Mcm tak civilize je rasa.
Jadi kita dpt solution nahhhh mari gendung je budak kenit ni
Dulu kakdy tak tahu yg Baby Carrier ni ada size umur…igtkan pakai time baby smp 1thn lebih…sebab kebanyakkan carrier kecik kecik
Skali masa buat event kat Tugeda Carrier baru tahu yg Tugeda Carrier dari baby smp ke besar boleh pakai sampai umur 4tahun pun boleh! AduhLaaaaaaaa. Kalau anak kita jenis size kenit2 sesilap 5thn pun boleh pakai lg
Dahla Rayn ni xreti duk diam bila kt shopping Mall….berdesup ilang…or else org langgar dia sbb kenit…jd utk langkah keselamatan terus order 1 Tugeda Carrier…fuhhh senang kerja hakak sumbat dia dlm tu je bila kt tempat ramai org and nk travel paling senang xyah tutup lipat stroller…
Kdg kt rumah dia mengelinja sgt hakak buh dia dalam carrier sambil masak or iron baju…Dpt dah solutions utk Clinggy baby mcm si Rayn ni.
Kes pertama varian yang dibimbangi (VoC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria. Difahamkan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.
“Kanak-kanak ini tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.
“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, hari ini.
“Kes tidak mempunyai gejala dan jalani isolasi 14 hari. Manakala ujian terhadap ibu dan adik perempuan menunjukkan keputusan negatif.”
Sementara itu, 35 kontak rapat dalam penerbangan adalah negatif. Punca jangkitan kes masih dalam siasatan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!