Bila anak selesema,banyak hingus yang terhasil dan adakalanya menyebabkan hidung anak tersumbat. Kasihnya seorang ayah, Achey sanggup sedutkan hingus Tiara untuk lancarkan pernafasannya.
Sejak mempunyai anak angkat, Achey kerap berkongsi perkara-perkara yang berkaitan anak. Bertuahlah Nur Tiara Zinnirah, 3 bulan kerana mempunyai ibu bapa yang sangat menyayanginya.
Betullah orang kata, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk anak. Untuk melancarkan pernafasan anak, Nur Tiara Zinnirah, Achey telah bertindak menyedut hingus anaknya hingga tertelan.
Video yang ditonton sehingga lebih 200 ribu itu telah menerima pelbagai komen dan reaksi daripada para follower. Hampir semua terhibur dengan lawak spontan Achey yang telah tertelan hingus Tiara semasa proses sedut dilakukan.
Ads
Ada juga follower yang berkongsi info dan petua untuk anak selesema.
Antara masalah yang selalu difikirkan oleh ibu ayah adalah menjadikan waktu tidur si kecil lebih senang supaya ibu tak stres dan anak pun tidur lena.
Bila ada anak kecil tugas menidurkan mereka bukan satu perkara yang mudah sebenarnya. Trend sekarang pula memang anak-anak kecil termasuk yang bayi akan tidur lewat malam.Jangan main-main hal tidur ya! Tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak anak.
Kajian juga menunjukkan bahawa kurang tidur menyebabkan prestasi kognitif yang rendah, termasuk memori, refleks dan daya tumpuan yang lemah.
Janganlah ibu bapa anggap anak boleh tidur sendiri begitu sahaja. Sebenarnya salah satu kunci utama hendak pastikan anak kecil tidur awal iaitu disiplin. Kenapa disiplin? Anak yang memang diajar rutin dan disiplin tidur awal akan patuh kepada peraturan tersebut.
Sebenarnya memang karektor anak kecil akan mudah ikut peraturan kalau ibu bapa bertegas dengan perkara tersebut. Membiarkan anak tanpa rutin, disiplin dan peraturan dan memberikan mereka kebebasan membuat apa sahaja mengikut kemahuan hanya akan menjadikan anak sukar dikawal.
Cakap memang mudah tapi untuk melaksanakannya sangatlah sukar. Hanya ibu bapa yang melaluinya sahaja tahu betapa mencabarnya mendidik anak kecil tidur awal. Namun ia bukan hal yang mustahil apabila ibu bapa sedia berkorban masa dan keseronokan mereka sendiri demi memastikan anak tidur awal.
Tentu anda pernah lihat wajah ceria dan bahagia anak bila dia bangun tidur. Itu tandanya dia cukup tidur! Cuba bandingkan pula keadaan anak anda bila dia tak cukup tidur. Bukan anak sahaja yang buat hal tapi anda berdua pun mulalah nak naik angin.
Jadi berusahalah disiplinkan anak untuk tidur awal supaya mereka sentiasa cukup tidur. Mungkin anda boleh cuba tip mudah ini. Mana tahu menjadi. Bolehlah share pula dengan ibu-ibu lain.
1. Tutup lampu dan gajet di rumah
Bergantung pada usia anak anda untuk mengaplikasikan tip ini. Bagi yang ada anak bawah usia 6 tahun, seawal pukul 8.30 malam dah boleh mula bagi ‘hint’ kepada mereka sudah tiba masa untuk tidur dan berehat. Antara yang boleh dibuat, tutup lampu di rumah kecuali hanya satu lampu sahaja yang dibuka. Tutup semua gajet (termasuk handphone atau laptop papa & mama ya), tak lupa juga TV di rumah.
Ibu bapa kena berkorban untuk berhenti menonton TV atau melakukan sebarang tugas yang melibatkan penggunaan gajet. Semuanya demi kebaikan anak anda. Kalau tak biasa buat kaedah ini, jangan terkejut jika anak anda akan mengamuk bila pertama kali membuatnya. Tapi anda perlu kentalkan hati dan tegas melakukan disiplin ini. Kejayaan memerlukan kesabaran!
2. Kurangkan anak tidur waktu siang
Kadangkala ada anak yang jenis tidur siang terlalu lama. Kalau boleh elakkan kerana ia akan membuatkan mereka tak mengantuk di waktu malam dan masih bertenaga untuk bermain.
Elakkan sama sekali anak tertidur pada lewat petang kerana ia hanya akan membuatkan mereka mengamuk jika tersedar di awal malam dan seterusnya susah nak tidur semula.
Tidur waktu siang yang diperlukan oleh kanak-kanak usia 1-3 tahun iaitu antara satu hingga dua jam sehari sementara kanak-kanak usia 4-6 tahun pula 30 minit hingga sejam sehari.
3. Bersihkan badan sebelum tidur
Kanak-kanak memang aktif bermain sampaikan mereka kerap berpeluh. Jadi, sebelum anda mengajak anak tidur bersihkan badan mereka terlebih dahulu. Kalau ajak tidur dalam keadaan baju dan muka berpeluh memang mereka tak nak tidurlah jawabnya. Tak perlu mandikan mereka macam waktu pagi.
Cukup sekadar menyiramkan segayung air supaya anak merasa lebih segar. Jangan risau dengan mitos tak boleh mandikan anak waktu malam. Tiada bukti saintifik yang menyatakan amalan mandi pada waktu malam boleh menyebabkan masalah paru-paru. Jadi, tiada masalah untuk memandikan anak pada waktu malam walaupun hanya menggunakan air paip biasa.
4. Tukar baju yang bersih
Kita yang tua pun rasa tak ‘best’ nak tidur kalau baju kotor dan berbau. Inikah pula anak kecil yang aktif. Selepas mandikan anak, tukarkan baju mereka. Secara psikologi bila sudah tukar baju tidur yang bersih, anak tahu sudah tiba masa untuk mereka masuk tidur.
5. Urut badan perlahan-lahan
Siapa tak suka kena urut dan belai badan sebelum tidur. Si kecil pun tak terkecuali. Kalau selalu sangat meragam dan mengamuk bila suruh tidur, cubalah buat tip ini. Lepas dah bersihkan badan mereka, anda suruh anak berbaring dan sapukan minyak bayi di seluruh badan si kecil.
Kemudian urut-urut mereka sambil cakap yang elok-elok tentang diri mereka. Pujilah anak, cakap “hari ni Aina baiklah. Good girl sangat. Mama sayang Aina kalau selalu macam ni.” Sambil urut dan belai badan anak, berilah ciuman penuh kasih sayang. Mesti anak akan tersenyum dan dengar cakap anda.
6. Bercerita/berzikir/menyanyi
Terpulanglah mana satu yang anda hendak buat dengan anak sebelum mereka lelapkan mata. Tapi sebelum anda bercerita atau berzikir atau menyanyi, jangan lupa tutup lampu bilik. Percayalah, tak sampai 10 minit anak anda akan terlena tidur.
Lakukan tip berikut secara konsisten tanpa jemu sehinggalah anak biasa dengan rutin tidur awal mereka. Jangan berharap proses ini boleh berjaya selepas hanya sekali dua cubaan. Apa yang penting anda berdua perlu bersabar dan jangan putus asa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis disebabkan pelbagai punca. Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda?Ikuti perkongsian juruterapi ini.
Sebenarnya tangisan bayi dan kanak-kanak sama sekali tidak boleh diabaikan, ibu ayah mesti disiasat puncanya. Menurut Puan Zuraini Abd Karim, seorang juruterapi cara kerja berkongsi tentang ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sehingga 10 minit.
Membiarkan anak menangis dalam tempoh yang lama amat tidak disarankan dan boleh memudaratkan. Berikut ialah perkongsiannya;
Dear expert, Kindly advise.
Dear all, Please be wise.
Dear new parents, Kindly read and ask.
Topic:
Tips utk dapatkan tidur lena bagi bakal2 ibubapa dan ibu bapa yang baru ada baby dengan sengaja membiarkan baby nangis selama 5-10 minit.
#1 Kenapa sampai 10 minit?
– dalam tempoh itu mcm2 boleh berlaku.
Where are you parents?
Masih berselimut?
Tengah makan?
Tengah mandi?
Tengah masak?
Tengah bertarung nyawa?
Bukankah response pertama ibu yang melahirkan bila dengar babynya menangis, terus terbangun… Why you against this natural call? Bukan bertambah stress ke bila dengar baby nangis?
#2 Kenapa perlu dibiarkan?
Untuk tukar mind set baby.
Oh really?
Baby ada mind set ke???
What is mind set?
Yang saya kenalpasti keperluan.
IBU AYAH PERLU FAHAMI KENAPA BAYI MENANGIS
Apa “occupation” baby?
– tidur, makan, tukar lampin.
Macam mana they meet those needs?
– they cried.
Cried tu pun occupation tau!
Kerja!!! Perbuatan dengan sebab.
Nangis tu cara mereka beritahu,
“mommy, daddy, Saya…”
– lapar
– takut
– tak selesa
– panas…sejuk…
– sakit
– berak
– i need my parents!!!
Jadi kita boleh beza ke which cried for each and every reason?
USAH ABAIKAN, SIASAT PUNCANYA
And that is why juga kita x boleh ignored crying baby.
Find out kenapa.
Be there.
If it is so frequent bawa kepada pakar.
Jangan sampai nanti viral lagi sekali…
“kalaulah saya bangun untuk menyusukan baby saya/melihat kenapa dia menangis, dia mungkin boleh diselamatkan…”
JANGAN BERSENANG SEKARANG BERSUSAH KEMUDIAN
Cik Tipah…
Cik Piah…
Puan Bedah…
Puan Senah…
Makcik nk bagitau,
Semua parents nk easy parenting.
Tapi easy yg macam mana?
Jangan bersenang sekarang bersusah kemudian.
KESAN MEMBIARKAN BAYI MENANGIS
Read. Find out more,
Apa kesan membiarkan baby nangis kepada perkembangan mereka?
In my clinical opinion, you are not doing any good for the baby.
– baby needs bonding, so that, they feel save.
– baby needs touching, so that, they feel loved.
– baby needs your attention, so that, they feel important.
I wish, one day, I don’t meet any parents with any issue yang membuatkan mereka perlu hadir menjalani occupational therapy kerana being neglect at this age.
Tanya pada diri sendiri, why do I need to follow such advise?
– utk ubah mind set or utk tidur lebih lama pada waktu malam is not a good answer.
INI YANG PERLU ANDA INGAT
DO NOT CREATE UNNECESSARY EFFECT.
Be there for them.
Cherish the memory.
Feed the demands.
It is your child after all.
Menangis sebab lapar tu apalah sangat berbanding baby lain yang menangis tanpa kita tau sebabnya.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pola tidur bayi boleh dipengaruhi oleh beberapa perkara, termasuk penyakit, percutian atau pertukaran rutin.
Ada juga sebab-sebab berkaitan perkembangan menyebabkan yang dahulunya tidur dengan baik sekarang mula bangun di tengah malam apabila sudah berusia lebih daripada enam bulan.
Jika bayi anda dengan tiba-tiba mula berjaga di tengah malam, ambil langkah ke belakang untuk menilaikan situasi.
1) Adakah ini disebabkan keadaan dalam biliknya?
2) Adakah cuaca bertukar yang menyebabkan bayi rasa terlalu panas pada tengah malam? Cuba sejukkan badannya atau pasangkan bidai berwarna gelap.
3) Adakah jiran membuka lampu luar yang bersinar masuk ke dalam bilik bayi? Jika ya, selesaikanlah masalah itu.
Juga pertimbangkan adakah masalah berjaga malam yang datang dengan mendadak ini berlaku selepas dia pulih daripada sakit atau selepas balik daripada bercuti? Atau berlaku serentak dengan perubahan dalam perkembangannya?
Jika bayi anda telah menguasai kemahiran fizikal baru, contohnya belajar merangkak, dia mungkin mahu mencubanya sebaik saja mendapat peluang, walaupun pada tengah malam. Sesetengah bayi suka melonjak ke atas untuk berdiri, tetapi tidak pandai merebahkan diri kembali tanpa pertolongan.
Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah berjaga malam ini ialah dengan mengikut cara yang sudah pun menunjuk kesan dahulu. Iaitu, jangan dengan tiba-tiba menukar rutin tidurnya atau cara anda menidurkannya.
Pastikan anda konsisten dengan cara yang anda lakukan ini untuk beberapa minggu. Ini akan membantu bayi anda kembali tidur sepanjang malam sebaik saja isu sementara tersebut diatasi.
Disemak oleh Dr Winston Yong, bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang kini pakar perunding paediatrik di sebuah hospital swasta.
Sumber: babycenter
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!