Kanak-kanak yang sedang membesar memang kita sedia maklum aktif dan suka meneroka. Berlari, memanjat dan banyak lagi aktiviti yang dibuat tidak kira dalam rumah mahupun di luar rumah bersama adik-beradik ataupun rakan yang seusia mereka.
Tapi ada sesetengahnya yang mengalami kesukaran untuk bernafas setiap kali terlalu aktif dengan aktiviti yang dijalankan. Justeru menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa yang melihat keadaan anak sukar bernafas.
Seperti yang ditanyakan oleh seorang ibu tentang keadaan anaknya yang aktif namun ada ketikanya kelihatan tercungap-cungap dan sukar bernafas. Dr Hairin Anisa Tajudin, Pakar Laktasi, Pakar Kanak-kanak Pusat Rawatan ADDA dan Pensyarah Pediatrik di Monash University Malaysia menjelaskan keadaan tersebut.
sumber foto: Google image
Anak lelaki saya berusia 6 tahun dan seorang yang aktif. Namun, ada ketikanya dia kelihatan tercungap-cungap dan sukar bernafas. Pernah juga dia mengeluh menyatakan perkara yang sama iaitu sukar bernafas. Adakah tanda tersebut menunjukkan dia mempunyai asma? Mohon pandangan daripada doktor.
Mama risau, Petaling Jaya.
Jawapan yang diberikan oleh Dr Hairin Anisa:
Ads
Terima kasih atas soalan Puan.
Kanak-kanak kebiasaannya di peringkat usia begini, amat aktif bermain dan selalu akan keletihan. Namun, mereka tidak sepatutnya mengalami masalah susah bernafas kecuali sebahagian kecil kanak-kanak yang menghidapi penyakit lelah (asma). Jika anak yang tercungap-cungap ketika ligat bermain, mungkin dia terlalu keletihan atau memang dia mengalami sesak nafas.
Bagaimana ibubapa dapat mengenalpasti samada anak terlalu keletihan bermain atau diserang asma (asthma attack)?
Ads
Asma adalah sejenis penyakit alahan yang disebabkan oleh tindakan antibodi IgE atau komponen yang terlibat dalam mekanisme alahan menyerang saluran dalam paru-paru (bronkiol). Tindakan ini mengakibatkan keradangan berlaku pada dinding saluran dan menjadikan ianya sangat sensitif. Keradangan pada saluran paru-paru menyebabkannya ianya bengkak dan menghasilkan kahak yang berlebihan daripada biasa. Pesakit asma amat mudah terkena serangan setiap kali terdedah kepada faktor alahan tertentu dalam makanan, cuaca / udara sejuk, minuman atau makanan yang sejuk atau terlalu penat bermain (exercise induced asthma) atau jangkitan virus. Serangan ini akan menyebabkan otot sekeliling saluran bronkiol yang bengkak (akibat keradangan) akan mengecut dan menjadi sempit (lihat gambar). Akhirnya, pesakit akan mengalami gejala batuk dan sesak nafas (bernafas laju dan dada berombak).
Sekiranya anak Puan menghidapi asma, dia akan terlalu mudah terkena serangan (lelah) setiap kali terdedah kepada faktor alahan (seperti yang dinyatakan di atas) selain daripada bermain terlalu aktif. Anak akan berasa sesak nafas, terbatuk-batuk dan kadang kala nafasnya berbunyi seperti wisel halus (wheezing) yang menandakan bahawa saluran bronkial menjadi sempit (bronchoconstriction). Jika serangan yang teruk, anak boleh menjadi kebiruan kerana kekurangan oksigen.
Ads
Namun berbeza jika anak hanya mengalami keletihan bermain, dia tidak akan sesak nafas apabila terdedah kepada faktor alahan tertentu yang lain. Maka, untuk pastikan anak mengalami asma atau tidak, bawa anak berjumpa doktor semasa dia mengalami batuk dan sesak nafas untuk mendapatkan pengesahan diagnosis. Jika doktor mendengar bunyi wisel halus dalam paru-paru melalui stetoskop, ini bermaksud anak Puan besar kemungkinan adalah pesakit asma. Maka, rawatan yang sepatutnya untuk asma mesti diberikan oleh doktor.
Oleh kerana penyakit asma ini menyebabkan kanak-kanak mengalami sesak nafas semasa aktif bermain, ibubapa menjadi “overprotective” dan tidak membenarkan anaknya menyertai sukan atau aktiviti yang lasak. Namun, perlu diingat bahawa asma ini ada ubat pencegahan dan ubat untuk membuka saluran paru-paru. Penyakit asma bukan penghalang kepada pesakit untuk aktif bermain dan bersukan. Sekian terima kasih
—————————————————————————————————–
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Nas Adila telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada awal pagi tadi di Hospital Selayang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Rindu itu menerusi akaun Instagramnya seperti dikongsikan oleh Gempak
“Allah permudahkan sangat-sangat kelahiran putera kedua saya dan suami. Terima kasih banyak atas doa kalian,” tulis Nas Adila.
Sementara itu, suami Nas Adila, Aliff Razali berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak keduanya di hospital kerajaan.
Kata bekas peserta AF6 itu, urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan walaupun pada mulanya cuak apabila isterinya mahu menaiki tangga bangunan 13 tingkat ketika kontraksi tanpa menggunakan lif.
Penularan wabak pandemik Covid-19 semakin meruncing di seluruh dunia. justeru orang ramai disarankan untuk sentiasa membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer.
Walaupun begitu, ibu dan ayah perlu sentiasa memantau penggunaan bahan kimia terutamanya yang terkandung di dalam hand sanitizer kepada anak-anak yang masih kecil.
Pusat Racun Negara dalam laman facebook berkongsi kebimbangan ini kerana sejak kes covid-19 mereka telah menerima 4 aduan berkenaan terminum hand sanitizer yang melibatkan bayi dan kanak-kanak berumur 5 bulan hingga 2 tahun. Badan ini menyeru orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya terus mengamalkan kebersihan tapi dalam masa yang sama memantau keselamatan menggunakan bahan tersebut supaya tidak memudaratkan kepada anak-anak yang masih kecil.
COVID-19 & KERACUNAN ‘HAND SANITIZER’ 💦👏🏼
SOLD OUT!
“Harap maaf, kedai kami telah kehabisan stok hand sanitizer”
Begitulah penangan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam.
Lantaran kepanikan akibat penularan Covid-19 yang semakin meruncing ini, sampai habis stok produk sanitasi tangan atau lebih dikenali sebagai ‘hand sanitizer’ di kebanyakan premis yang menjualnya. Kini, hampir semua rumah mempunyai ‘hand sanitizer’, malahan ada yang memberikan pada anak-anak untuk dibawa ke sekolah.
Namun begitu, jangan dilupa bahawa ‘hand sanitizer’ juga mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan JIKA tidak disimpan dengan selamat.
Untuk memastikan sesuatu ‘hand sanitizer’ itu berkesan, ia perlu mempunyai kandungan alkohol yang tinggi (lebih 60%). Alkohol yang biasa digunakan adalah daripada jenis etanol atau pun isopropil alkohol. Jika tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol boleh berlaku.
Keracunan alkohol yang sederhana boleh menyebabkan kesan khayal, perubahan tingkah laku, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal dan jantung berdegup kencang.
Manakala, keracunan yang teruk boleh mengakibatkan gangguan pada saraf pusat dan sistem pernafasan, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun, sawan dan juga kekeliruan pemikiran.
Terima 4 kes terminum hand sanitizer
Semenjak kes Covid-19 ini berlaku, Pusat Racun Negara telah menerima 4 kes terminum ‘hand sanitizer’ melibatkan kanak-kanak berusia lingkungan 5 bulan hingga 2 tahun. Pihak kami berharap agar kes keracunan akibat kelalaian untuk menyimpan ‘hand sanitizer’ secara selamat ini tidak akan berulang lagi. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak kecil.
Oleh itu, Pusat Racun Negara menasihatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan TANPA mengabaikan amalan keselamatan bahan kimia di sekeliling anda. Kami juga sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia diberi perlindungan dan kesembuhan daripada ancaman Covid-19 ini segera.
Sakit buah pinggang kronik dari usia 9 bulan & perlu dialisis dua kali seminggu bukan halangan untuk kanak-kanak ini teruja ke sekolah. Semangatnya itu buat ramai yang kagum!
Minggu ini menyaksikan kanak-kanak memulakan persekolahan bagi sesi 2019. Pelbagai kisah dikongsikan berkenaan dengan permulaan minggu pertama persekolahan. Kanak-kanak teruja untuk memulakan persekolahan dan mengenali persekitaran baru dalam menuntut ilmu.
SEMOGA KAKI TANGAN KUAT UNTUK MENULIS & MELUKIS
Perkongsian Puan Khairatul Azni tentang ketabahan dan keterujaan si adik,adik Hazim Hafifi yang mengalami sakit buah pinggang kronik menempuhi hari pertama persekolahan membuatkan ramai kagum. Kisah tentang Hazim tular apabila dikongsi sebanyak hampir 5,000 kali.
Adik yang sekolah tapi kita pulak risau lebih lebih. Semoga kaki tangan kuat unutk berjalan, menulis, melukis. Dia excited nak ke sekolah, bagi peluang merasa ke sekolah.
Bila bergurau kata tak payah pergi skolah la dik, dia nangis.
Semoga Hazim Hafifi dipanjangkan umur dan diberi kesihatan berpanjangan.
JALANI RAWATAN DIALISIS SEJAK BERUSIA 1 TAHUN 6 BULAN
Rupanya si kecil ini mengalami sakit pinggang buah pinggang kronik sejak berusia sembilan bulan dan telah mula melakukan rawatan dialisis untuk mencuci darah sejak berusia setahun enam bulan.
Hazim penghidap ESRF (End Stage Renal Failure) iaitu sakit buah pinggang tahap kronik didiagnos ketika berumur 9bulan. Start dialisis ketika berumur 1y6m.
MAKAN MINUM PERLU BERSUKAT
Sebagai pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis, Hazim terpaksa mengehadkan pengambilan cecair mengikut sukatan yang ditetapkan.
ELAK BERJALAN JAUH SUPAYA HAZIM TIDAK CEPAT LETIH
Hazim juga perlu mengurangkan pergerakan dan terpaksa duduk di kelas sedang kawan-kawan lain menerokai kawasan sekolah seperti kantin & tandas. Kata Khairatul, banyak bergerak dan berjalan jauh boleh menyebabkan Hazim letih.
KELUARGA USAHA NAK DAPATKAN KERUSI YANG SESUAI DENGANNYA
Kerusi di kelas juga kelihatan tidak sesuai dengan ketinggian Hazim. Ini menyebabkan Hazim jadi cepat letih kerana perlu mengangkat tangan lebih tinggi untuk menulis.
Bagi memudahkan, keluarganya sedang berussaha mendapatkan kerusi yang sesuai dengan saiz badan dan ketinggian Hazim.
NAK MERASA DUDUK DENGAN KAWAN-KAWAN
Hazim tetap tidak mahu ketinggalan. Walau pun guru membenarkan dia duduk di tepi, tapi dia tetap bersemangat untuk beratur bersama rakan sekelasnya.
PERGI SEKOLAH 3 HARI KERANA DUA HARI LAGI PERLU DIALISIS
Hazim ternyata kuat semangat. Walau pun hanya bersekolah 3 hari seminggu kerana dua hari lagi perlu diperuntukkan untuk rawatan dialisis, dia tetap teruja untuk ke sekolah. Keluarganya mengharapkan berlaku keajaiban di mana Hazim boleh membesar seperti kanak-kanak lain.
Kebanyakan memberikan sokongan dan galakan kepada Hazim dan kagum sengan sikap anak kecil ini.
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...